Kata orang, jika kita tidak belajar dari kesilapan maka kita akan dihukum mengulangi kesilapan yang sama berkali-kali. Jika kesilapan pertama menjadikan rumah kita retak, kesilapan seterusnya pasti akan membuatkan rumah kita runtuh. Jika rumah kita retak kerana kontraktor tidak punya kredibiliti, apakah kita akan menyuruh kontraktor yang sama juga memperbaiki keretakan itu?
Kata orang bijaksana pula, perkara pertama perlu ada pada mereka yang ingin menceburi politik ialah ‘kematangan’ dan perkara utama yang tidak harus ada pada seorang ahli politik ialah sifat ‘naif’. Sedar atau tidak, sifat naïf pemimpin yang tidak menyedari keadaan sebenar di peringkat rakyat serta cenderung menaruh kepercayaan kepada pihak yang licik, merupakan bibit-bibit awal yang membawa kepada terjadinya 13 Mei 1969.
Kata orang berpengalaman, dalam menangani kelicikan musuh dalam selimut, kita tidak seharusnya mengambil sikap ‘apologetik’. Dalam konteks politik Barisan Nasional, musuh dalam selimut itu, tidak lain tidak bukan ialah MCA. Ini terbukti pada PRU-13 yang lalu apabila 97% orang-orang Cina menolak BN.
Kita dapat melihat sendiri bagaimana sepanjang penggal lalu, MCA tidak begitu berminat untuk menambah ahli tetapi menumpukan sepenuh tenaga untuk mempopularkan Perdana Menteri, iaitu taktik yang pasti akan memakan diri apabila dilakukan keterlaluan. Tidak mustahil taktik ini sebenarnya adalah satu bentuk sabotaj yang licik sekali.
MCA semestinya menyangka bahawa orang-orang Cina pasti berjaya menawan Malaysia untuk kesekian kalinya dalam PRU-13 dengan membiarkan Pakatan Rakyat menang di mana DAP mendahului jumlah kerusi. Namun, dengan kuasa Allah SWT, perancangan mereka tidak berjaya dan mereka terpaksa terus bersama BN walaupun sebahagian besar dari mereka telah mengundi DAP pada PRU lalu dan kemungkinan besarnya pada PRU akan datang juga.
Lalu, kepada BN, MCA mengaku bersalah, meminta maaf dan bersedia memikul tanggungjawab dengan menolak sebarang jawatan kabinet.
Namun, di masa yang sama, MCA meneruskan agenda Ketuanan Cina mereka melalui akhbar milik mereka iaitu The Star. Lenguh sudah tangan-tangan blogger mendedahkan kelicikan MCA sebagai amaran kepada kepimpinan BN, namun sehingga kini BN masih mengambil sikap menutup mata terhadap permainan MCA melalui The Star. Tiada amaran, tiada kenyataan tegas dari kepimpinan BN dan jauh sekali tindakan terhadap kebiadapan MCA.
Dan hari ini, The Star mempromosi DAP lagi melalui laporan Mid Autumn Festival yang memaparkan gambar peniaga dengan maskot DAP. Seperti biasa juga pemimpin BN melihatnya sebagai satu perkara kecil.
The Star membawa suara DAP bukan lagi satu rahsia, dan semua orang tahu mengenainya. Selain akhbar, MCA juga mengeluarkan produk pro-DAP melalui Universiti miliknya iaitu UTAR dan Kolej TAR.
Jelas bahawa MCA dan DAP mempunyai hala tuju yang sama tetapi berjuang melalui platform yang berlainan bagi memastikan penguasaan yang lebih meluas dan bermakna iaitu dengan menguasai kedua-dua belah pihak. Sedangkan, UMNO hanya melihat kemenangan dari segi undi terhadap BN, bukan penguasaan yang sebenar.
Mungkin kerana itu, UMNO berpura-pura tidak merasa tikaman MCA di belakang. UMNO juga pura-pura tidak mendengar gelak tawa MCA terhadap kenaifan atau mungkin juga ‘ketamakan’ atau ‘kebebalan’ mereka.
Hakikat bahawa MCA tidak lagi membawa aspirasi BN atau semangat setiakawan yang termeterai melalui kontrak sosial, langsung tidak menggusarkan BN.
Sedangkan, dalam keadaan yang begitu rapuh, BN tidak boleh memilih untuk berdiri atas kekuatan musuh. Apatah lagi kini apabila telah terbukti bahawa UMNO boleh berdiri sendiri atas sokongan padu orang-orang Melayu jika kena strateginya. Dan strategi menyimpan musuh dalam selimut bukanlah strategi yang tepat.
Sudah sampai masanya UMNO mendesak MCA meletakkan garis yang jelas dalam perjuangan mereka. Paksa MCA menyatakan di pihak manakah mereka berada. Jika BN boleh memaksa para blogger menyatakan sokongan dengan tidak mengkritik BN, maka kenapakah MCA tidak boleh diberi layanan yang sama? Apa ada pada MCA sehingga menyebabkan mereka boleh berbuat sesuka hati mempermainkan UMNO dan BN di dalam akhbar milik mereka?
Atau soalan yang lebih tepat ialah, berbaloikah segala pengorbanan memperbodohkan diri kepada MCA ini?
No comments:
Post a Comment