Sunday, May 6, 2012

Wajarkah Anak Bawah Umur Diheret Dalam Gelanggang Politik?

akhir tahun 2011 lalu kecoh pasal anak seorang ketua menteri mencabul kehormatan rakan sekelasnya. isu hangat ini banyak tersiar di blog-blog terkenal. pihak PR dengan lancang menuduh UMNO/BN dan kerajaan cuba mengheret kanak-kanak yang berusia 16 tahun ke gelanggang politik binatang yang terlalu kejam dan kotor.


pihak pembangkang bersuara mempertahankan hak kanak-kanak dan menganggap aset negara ini tidak seharusnya tidak dilibatkan dalam kancah politik. suara mereka dalam laman malaysiakini. sila lihat di sini http://www.malaysiakini.com/news/179044.
berbagai pihak disalahkan oleh mereka terutama kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

kini, kenapa pula diperhimpunan Bersih 3.0 pada 28 april yang lalu hak kanak-kanak 'dilacurkan'? kenapa kanak-kanak turut diheret dalam perhimpunan yang akhirnya menjadi rusuhan dan huru-hara? 
nyawa sikecil terdedah pada bahaya. kebanyakan yang membawa anak dalam perhimpunan Bersih 3.0 adalah bangsa Melayu? kenapa mereka dipergunakan dalam perhimpunan haram itu? kenapa kaum lain tak bawa anak-anak mereka?



bila sentuh tentang isu anak ketua menteri mencabul rakan sekelas, bukan main lagi puak pembangkang ini menghentam kerajaan dan mengatakan itu adalah rancangan UMNO/BN untuk memburukan dan memfitnah anak ketua menteri pulau pinang itu. dalam perhimpunan Bersih 3.0 terdapat kanak-kanak yang terlibat tetapi kenapa puak pembangkang membiarkan saja dan senyap tak kata apa-apa pun???

anak ketua menteri dibela tapi anak penyokong diabaikan. macam tu?

1 comment:

Muhammad Naguib bin Kaharudin said...

Tuan,

Mohon add link blog saya http://gombakgempur.blogspot.com/

TQ. Pangkor 1315