pengasas senaman melayu tua. |
Pada tahun 1990 beliau lumpuh separuh badan dan pulih
secara beransur-ansur apabila mengamalkan senaman berdasarkan silat ini.
Beliau giat memperkenalkan Senaman Melayu Tua ini melalui
majalah terbitan syarikatnya sendiri iaitu Majalah Senibela Diri yang satu
ketika dahulu juga dikenali dengan Majalah Pendekar.
Senaman menekan aspek pernafasan dan setiap pergerakan
adalah berasaskan petua yang mempunyai perlbagai variasi serta mempunyai nama
seperti tari pring, gulung ekor naga, selak dahan, tapak sembilan dan banyak lagi.
Apabila bersukan, membuat latihan silat atau berbagai
senibela diri menyebabkan tubuh badan menjadi letih dan juga sakit. Senaman Melayu
Tua ini boleh mengembalikan kesegaran tubuh badan dan membuat si pengamal menjadi
lebih cergas.
Oleh kerana senaman ini berasaskan silat, ada pergerakan
senaman ini boleh menjadi seni mempertahankan diri yang berguna kepada pengamalnya,
terutama bagi kaum wanita dan orang tua yang menjadi sasaran penjenayah. Senaman ini melatih kepekaan otak untuk
meramal dan mendorong tubuh memberikan tindak balas sewajarnya. Antaranya pergerakan
otot yang jarang digunakan seperti belakang tengkuk, hujung jari, belakang bahu
dan pinggang.
Berbeza dengan latihan ahli sukan yang hanya memberi
perhatian terhadap otot besar tubuh. Kesan yang dialami ialah pengaliran darah
dan penglihatan lebih baik. Ada juga masalah seperti tidak boleh berdiri lama
dan duduk hingga terpaksa makan ubat penahan sakit ketika mengerjakan haji boleh hilang secara beransur-ansur selepas
mengikuti program senaman ini selama tiga bulan.
Fakta
-
Faedah senaman
-
Meningkatkan kecergasan, keceriaan dan keyakinan
diri
-
Menguatkan otot jantung dan paru-paru
-
Memperbaiki sistem penghadaman dan selera makan
-
Meningkatkan daya ketahanan badan
-
Mengekalkan kekuatan otot dan tulang untuk
memudahkan pergerakan
-
Mencapai dan mengekalkan berat badan unggul
-
Membantu tidur lebih lena
-
Memperbaiki peredaran darah dan melindungi dari
serangan sakit jantung
BB : sayangnya Senaman Melayu Tua ini kurang diminati
oleh orang Melayu sendiri. Tak tahulah samada ianya kurang dikenali atau tak
mahu dikenali. Yang pasti terdapat ramai pengamal yang terdiri dari bukan
Melayu yang aktif mengamalkan senaman ini. Antaranya pengamal dari luar Negara.
Ye, Senaman Melayu Tua ini juga dikenali di luar Negara. Agaknya mungkin dulu
senaman ini dikenali sebagai Senaman Tua, ada yang senyum sinis bila mendengar
nama itu.
Sememangnya senaman ini banyak manfaat dan dapat
menyihatkan tubuh badan jika diamalkan dengan betul dan berterusan. Orang Melayu
patut berbangga kerana Melayu ada juga senamannya sendiri.
No comments:
Post a Comment