Thursday, November 24, 2011

Bila Gajah Dengan Gajah Berantam!

bila dah lama berkhidmat dalam sesebuah komuniti dan merupakan tempat bergantung sebahagian daripada kehidupan, siapa yang tak terluka bila khidmat yang telah lama dicurahkan itu tak dipandang lagi. malah diberi ugutan untuk disingkir jika tidak mencemerlangkan prestasi pada masa-masa akan datang. itu hanya alasan untuk penyingkiran itu. lagi alasan tentang sikap. yang bekerja itu manusia bukan robot dan manusia ini punya hati dan perasaan jika tidak dijaga juga akan mengalami prestasi yang tidak bagus. tekanan diberi tapi tidak dihindarkan sipenerima tekanan. jika bekerja dalam keadaan tertekan sudah tentulah prestasi kerja itu menurun. satu lagi faktor pengaruh dan hasutan dari pihak lain yang iri hati dengan kelesaan sebelum ini, boleh membuat satu hubungan kekeluarga itu menjadi sebaliknya. hargailah juga jasa yang telah lama ditanam dan hasilnya sudah pun dijamah bersama. kenapa tiba-tiba bila sudah muak dengan hasil itu maka jasa-jasa itu hendak dibuang begitu sahaja.

jika dulu ada seorang pemimpin yang begitu prihatin terhadap orang-orang yang pernah berkhidmat dan berjasa dengannya, akan memastikan keadaan stabil pada orang yang pernah berkhidmatnya dengannya, memastikan keadaan yang selesa walaupun sudah tidak berkhidmat lagi dengannya. kerana mereka ini juga sebahagian daripada masyarakat yang akan menyokong kepimpinan. tetapi Allah swt lebih sayang denga pemimpin itu dan Dia telah mengambilnya kembali.

bila digantikan dengan kepimpinan yang baru banyak yang mempengaruhi mereka. mereka sama mereka bercakaran yang jadi mangsa adalah sipengkhidmat yang mungkin juga senang digelar sebagai 'kerani cabuk' oleh sesetengah mereka. jika inginkan perubahan tak perlulah ada suara seolah-olah ugutan. kaunseling adalah lebih tepat, nasihat dan tunjuk ajar itu perlu untuk menaikan prestasi bukan beri tekanan dan ugutan. yang lebih tepat sikap ambil berat dan soal kebajikan sipengkhidmat.

 

~BB : berterima kasihlah walaupun budi sebesar kuman!

Pakatan Rakyat Tak Layak Teraju Malaysia

semenjak dari awal lagi memang tidak yakin dengan janji-janji yang ditaburkan oleh puak-puak pakatan rakyat ini. semakin hari jelas dengan penipuan, fitnah dan agenda untuk kepentingan sendiri bukan untuk rakyat. slogan demi rakyat itu hanyalah syarat untuk meraih sokongan dari rakyat akan tetapi rakyat memang sudah kena tipu oleh puak-puak ini. akan tetapi masih ramai rakyat yang mahu menyokong mereka mungkin kerana habuan-habuan yang tinggi serta janji-janji yang tertentu bagi pemimpin perantara akar umbi dan pemimpin atas. rakyat yang memilih/meyokong puak-puak pakatan ini sebenarnya memberi peluang kepada puak-puak ini untuk menikmati kesemua dana negeri yang mereka takluki untuk kepentingan pemimpin mereka. tidak terkecuali  menggunakan dana tersebut untuk mengupah penulis-penulis maya pro pakatan rakyat bagi meraih kepercayaan rakyat walaupun terpaksa membuat dosa dengan memutar belitkan fakta, memfitnah, menipu dan sebagainya. di dunia memang merasa nikmatnya, macam mana pula di 'sana' nanti?

Saturday, November 19, 2011

bantuan rm100 untuk pelajar sekolah - macam2 cerita

macam-macam cerita keluar pasal isu bantuan rm100 untuk pelajar.
ada cerita pibg nak potong bantuan tu. ada juga cikgu potong untuk jelaskan yuran sekolah yang tertangguh. ada juga ibubapa yang cakap bantuan ni hanya untuk raih pengundi bagi pru13 akan datang. ada yang kata tak dapat lagi dan macam-macam lagi...

di satu sekolah, ada seorang bapa pelajar pula sanggup memijak-mijak duit bantuan yang dia ambil, katanya takat rm100 tak ada makna apa-apa dan ini cuma untuk agenda politik. diketahui bapa pelajar itu rupanya pengikut pkr, biasalah tu.

secara tak sengaja BB terjumpa pula blog ini (pro pr) mengenai bantuan rm100. macam biasalah pihak sana tu akan memutar belitkan cerita. bagi bantuan pun salah tapi ramai yang datang ambil juga. patutnya beryukur atas rezeki yang Allah swt beri.

apa-apa pun jangan main serkap je dan para guru patutnya nak buat apa pun bincang terlebih dahulu bagi elakan tuduhan yang bukan-bukan.

bagi BB, amanah tetap amanah . jika bantuan tu untuk pelajar, harus terus ke tangan pelajar ataupun keluarga pelajar. tentang bayaran yang lain-lain jika tertangguh itu terpulang pada keluarga pelajar samada nak guna bantuan tersebut untuk jelaskan ataupun mencari cara lain untuk selesaikannya.

Wednesday, November 2, 2011

Jika Pakatan Rakyat Memerintah Kakitangan Awam Akan Dikurangkan Separuh

Sinchew Daily News m/s 9
1 November 2011 (Selasa)

Setiap Tahun Akan Dikurangkan Ikut Peringkat: Tony Pua Kiam Wee

‘Pakatan Rakyat akan melalui kakitangan awam yang sudah berusia dipercepatkan bersara, termasuk ambil contoh cara negeri China kurangkan kakitangan awam yang berlebihan, dengan adanya satu sistem untuk kakitangan awam yang kurang berkesan menjalankan tugas, akan ditempatkan di rumah dan diberi separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan perbelanjaan yang begitu besar untuk kakitangan awamnya.’

31hb JB, setiausaha bahagian penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee berkata, jika Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat sahaja, akan kemukakan satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.

Tony Pua berkata, bagi mengurangkan jumlah dan bilangan kakitangan awam ia adalah satu cabaran besar bagi Pakatan Rakyat, oleh kerana mungkin akan dapat bantahan daripada kakitangan awam itu sendiri, selepas Pakatan Rakyat memerintah, Pakatan Rakyat tidak akan laksanakannya projek itu secara mengejut.

“Pakatan Rakyat tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan Rakyat akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu yang berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing.”

Kakitangan Awam Yang Sudah Berusia Dibiar Bersara Cepat

Tony Pua berkata, Pakatan Rakyat akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja. Ia akan ambil contoh cara negeri China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi, kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.

Tony Pua Kiam Wee berkata demikian semasa menghadiri seminar bertajuk “ke mana perginya wang titik peluh kita? Beranikan diri untuk bentangkan bajet 2012” yang diajurkan oleh pemuda DAP negeri Johor, ucapan dalam seminar politik itu, sebagai membalas soalan-soalan dari orang ramai terhadap kakitangan awam negara ini yang berlebihan itu, sebagai menjawab soalan-soalan itu Tony Pua berkata demikian.

Dalam sesi soal jawab seminar itu, yang hadir Tony Pua Kiam Wee, Teo Nie Ching Timbalan setiausaha penerangan DAP, ketua pemuda DAP negeri Johor dan setiausaha DAP negeri Johor, mereka dapat mengumpulkan seramai 200 peserta yang hadir yang ambil berat tentang bajet tahun 2012, atur acara majlis itu diusahakan oleh setiausaha penerangan pemuda DAP negeri Johor puan Liau Yu Fei (terjemah Mandarin).

Tony Pua Kiam Wee juga berkata, buat masa ini kakitangan awam yang berjumlah 1.3 juta orang di negara ini, dengan nisbah 4.6 peratus daripada penduduk Negara kita; jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea, bilangan kakitangan awam mereka hanya 2 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.