Friday, May 4, 2012

MB Buat Tak Reti, Zuraidah Kecewa...!


Zuraidah mak lampir kecewa dengan sikap sambil lewa Khalid Ibrahim terhadap isu maksiat azmin ali bersama seorang wanita yang tersebar di akhbar. 




“Saya beranggapan respon Menteri Besar terhadap isu azmin agak mengecewakan bagi pihak kami. Sebagai seorang pimpinan dan Menteri Besar yang dilantik oleh parti, beliau tidak boleh memberi jawapan seolah-olah mahu lepas tangan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini.

Ulasan ringkas Khalid Ibrahim boleh memberi ruang kepada rakyat untuk membuat tafsiran negatif terutama  apabila ianya membabitkan dakwaan isu moral timbalan presiden parti PKR, azmin ali yang juga ahli parlimen Gombak dan adun bukit antarabangsa.

Walaubagaimanapun azmin telah menafikan di dalam akhbar bahawa lelaki di dalam gambar berkenaan adalah bukan dirinya malah menuduh UMNO sebagai dalang penyebaran gambar tersebut.

Adusss… sakitnya hati mak lampir bila orang kesayangannya tidak dibela oleh menteri besar Selangor.

 
Rakyat sekarang dah pandai menilai dan boleh mengesahkannya sendiri, sama ada orang yang di dalam gambar itu adalah azmin ataupun bukan. Tambahan lagi adik kepada azmin, ummi hafilda telah mengesahkan bahawa gambar  tersebut  99.9% adalah abangnya, azmin ali.

No comments: