Tuesday, August 23, 2011

Lagi Janji Yang Tidak Ditunaikan Kerajaan PR

Khemah kanvas jadi rumah 

KUALA LUMPUR - Di celah kepesatan pembangunan ibu kota, masih ada lagi keluarga yang terpinggir mengharungi kehidupan seharian berbumbungkan khemah kanvas untuk berlindung daripada hujan dan panas. 

Penderitaan keluarga Ghazali Othman, 55, bukan direka-reka tetapi berpunca daripada janji-janji politik yang dilemparkan kepada penduduk Kampung Berembang satu masa dahulu. 

Ghazali berkata, dia tidak meminta kehidupan sedaif begini, tetapi ke manakah keluarganya mahu pergi apabila penempatan Kampung Berembang dirobohkan setelah 28 tahun dia tinggal di situ. 

Menurutnya, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, kerajaan baru yang mentadbir Selangor melemparkan pelbagai janji manis kepada penduduk antaranya mereka akan dipindahkan ke Pangsapuri Kos Rendah. 

“Sudah hendak masuk lima hari raya, satu pembangunan tak pernah wujud di kawasan ini sepertimana yang dijanjikan. 

“Untuk keluarga berteduh, saya terpaksa pasang khemah kanvas sebagai rumah sementara untuk berlindung daripada hujan dan panas sekalipun tidak selesa,” katanya.


---------


kalau ikut yang asal, penduduk kampung berembang telah diberi wang pampasan dan diberi tempat tinggal sementara di rumah awam dbkl dan bulanan dijelaskan pemaju sementara rumah siap (pemindahan setinggan). tapi waktu itu ada juga yang degil tak mahu berpindah tetapi wang pampasan telah diambil dan dihabiskan. semasa pru 12 yang lalu mereka yang tak mahu berpindah kononnya pkr akan bantu mereka dan beri rumah mewah kepada mereka sekiranya mengundi.menyokong pkr dan pakatan. bila dah ambil alih kerajaan selangor, janji tinggal janji, kepada mereka yang percaya bulat-bulat tu, terima nasib yang diharungi sekarang. dulu bn ampang nak tolong tak nak terima. dan yang tolong sekarang kerajaan persekutuan, bn juga. ~BB~

Friday, August 19, 2011

GEMPAR!!!! 3 Exco PKR Gombak Bersama 400 Ahli PKR keluar Parti

Kome mendapat info dari PKR Gombak mengatakan pada 21/08/2011 ini 3 Exco PKR Gombak akan keluar PKR. Majlis KELUAR RAMAI-RAMAI dari PKR ini akan di adakan di hadapan rumah salah seorang Exco tersebut.

baca seterusnya : http://komesokmo.blogspot.com/2011/08/gempar-3-exco-pkr-gombak-bersama-400.html

tak tumbuh tak melata
letak galah dalam padi
tak sungguh kehendak kita
kehendak Allah Ta'ala jua yang jadi.

moga yang lain ikut sama dengan mereka ini dan semoga selangor kembali ke tangan bn semula.

~BB~ 

Orang Malaysia Beruntung..

memang! warganegara Malaysia memang beruntung. kerajaan Malaysia membantu rakyatnya tanpa mengira kaum berbanding di negara lain. anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, oku, fakir miskin serta warga emas terbela nasib mereka, tidak seperti di negara lain yang mana nasib mereka terbiar tanpa bantuan dari kerajaan mahupun ngo. kerajaan Malaysia memang perihatin terhadap rakyat walaupun konflik politik masa kini membimbangkan, namun nasib rakyat masih terbela biar pun terkadang ada yang tercicir disebabkan tidak dilaporkan. walau apa pun rakyat Malaysia harus bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana tidak mengabaikan rakyat.

namun begitu ada juga anasir luar yang tidak senang dengan keamanan di Malaysia. anasir luar ini telah mempengaruhi segelintir masyarakat di Malaysia untuk membenci kerajaan dan menggalakkan demontrasi jalanan yang mana banyak menyusahkan rakyat, menggugat keamanan, melaga-lagakan antara kaum dan sebagainya. kenapa perlu jual maruah kepada anasir luar ini? tak cukupkah apa yang kerajaan sudah berikan dan telah laksanakan selama ini?

harap pru 13 nanti rakyat boleh fikirkan semula mana yang terbaik untuk mereka.

~BB~

Thursday, August 18, 2011

Dakyah Kristian dan modal politik

sumber: http://aliasmohdyusof.blogspot.com/


Saya lebih bimbang kalau penyebaran atau dakwah Islam disekat, berbanding dengan wujudnya penyebaran atau dakyah Kristian kepada masyarakat Melayu di Malaysia.

Saya kadang-kadang berasa pelik juga, mereka terlalu takut seperti takutkan hantu bila berdepan dengan dakyah Kristian tetapi tidak pula ambil kisah dengan dakyah agama lain seperti Budha dan Hindu.

Mereka tidak segan silu memakai kod dan tali leher, tidak kekok makan pakai sudu dan garpu, tetapi merekalah juga yang paling bimbang dengan dakyah Kristian.

Kalau saya tak silap, mengikut Perlembagaan perkara 11(4), menjelaskan bahawa agama-agama lain tidak boleh disebarkan di kalangan orang Islam. Maknanya telah ada undang-undang dalam Negara kita tidak membenarkan agama lain selain dari agama Islam disebarkan kepada orang Islam di Negara ini, betulkan kalau saya silap.

Ini adalah undang-undang Negara Malaysia yang telah digubal oleh Parlimen dan undang-undang ini tidak semestinya mencerminkan ajaran atau perintah agama Islam.

Sepanjang yang saya tahu, Nabi pun tidak pernah melarang ahli-ahli agama lain samada Kristian atau Yahudi untuk menyebarkan agama mereka kepada orang Islam. Oleh itu larangan kepada dakyah Kristian dan agama-agama lain kepada masyarakat Islam di Malaysia itu saya anggap tidak ada kena mengena dengan ajaran Islam, ia hanyalah undang-undang Negara semata.

Bagi saya, orang-orang yang bimbang dengan dakyah Kristian ialah orang-orang yang tidak yakin dengan kebenaran Islam.

Agama adalah soal hati dan keyakinan, agama tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit. Kalau ada orang yang sanggup menukar agamanya dengan wang ringgit, itu adalah pembohongan dan kepura-puraaan.

Kalaulah wang ringgit boleh membeli agama, tidak mungkin Bilal bin Rabah itu akan menganut agama Islam.

Nabi tidak pernah bimbang dengan agama-agama lain. Islam agama yang benar dan telus, yang berlandaskan fakta dan hujah. Tiada kitab yang dapat menandingi keunggulan Quran.

Nabi diturunkan bersama Quran, bukan bersama senjata nuklear dan kekuatan bala tentera. Senjata nabi hanyalah lidah baginda untuk berhujah. Sebaliknya musyrikin Mekah tidak mampu untuk berhujah dengan nabi, lantas mereka menggunakan kekerasan dan mengangkat senjata untuk menghapuskan baginda.

Oleh itu tidak perlu kita berasa bimbang dengan perkara-perkara yang tidak perlu dibimbangkan. Sebaliknya yang perlu kita bimbang ialah bila lidah kita disekat untuk menyebarkan dakwah Islam, dan mereka menggunakan kekerasan untuk memadamkan hujah kita.

Kita buat-buat rasa gempar bila mendengar berita ramai orang Melayu yang telah murtad, kemudian kita sibuk salahkan pendakyah Kristian bagi menutup kelemahan kita.

Agama adalah soal hati, kita percaya kepada sesuatu agama bukan sebab ada tercatat pada Mykad. Kadang-kadang rasa macam kelakar pula bila mendengar kenyataan, ‘seseorang itu perlu terlebih dahulu memohon kelulusan jabatan agama Islam untuk murtad’.

Ingin saya merakamkan setinggi penghargaan kepada kumpulan-kumpulan dakwah yang telah dan sedang bekerja siang dan malam untuk menyampaikan kalimah Allah ke pelusuk ceruk alam. Mereka terus membuat usaha dan bergerak walaupun tanpa sokongan wang ringgit.

Ditangan mereka telah berjuta manusia mendapat hidayah tanpa dihebuh dan diriuh rendah.

Di samping itu terdapat juga pendakwah yang bergelar ustaz yang lebih selesa berceramah dimasjid-masjid, yang dikenali sebagai ‘ustaz sampul’. Yang mengharapkan elaun dan wang untuk bergerak.

Friday, August 12, 2011

Cerita Dari Seorang Paderi Mengenai Holy Water

dalam pada BB ingin tahu kandungan dalam air holy water tu akhirnya terjumpalah artikel ini yang ditulis pada jumaat, 7 disember 2007.
sumber dari : http://zulmujahid87.blogspot.com/2007/12/cerita-dari-seorang-paderi-mengenai.html
Saya mempunyai kenalan Bekas Padri Katholik daripada negeri Sabah. Nama Kristiannya
sebelum menganut Islam ialah Thomas Layden. dan kini beliau merupakan seorang mubaligh
Islam yang sangat gigih menyebarkan dakwah Islam kepada Masyarakat terutama golongan
Kristian sendiri. Bekas Padri Thomas ini berasal dari Sabah dan telah menganut islam
pada awal tahun 90han. Oleh sebab beliau seorang bekas Padri, dan pernah tinggal
bersama-sama dengan Pope (John Paul II) di Vatican, beliau sangan arif tentang agama
Kristian dan sangat arif tentang apa yang berlaku di Vatican.

Di antara perkara yang dijelaskan kepada saya, dan juga kepada orang ramai tentang
agama Kristian (Khatolik), ialah tentang Kitab Gospel Of Barnabas, yang dianggap oleh
pihak Gereja Kristian sebagai apocryphal(dianggap meragukan kandungan dan pengarangnya),
tentang biara (yang ada di bawah tanah Gereja Vatican), Celebacy (Padri dan Nun tak
boleh kahwin), bacaan talqin, kesah Confession ( memohon ampun) dan sebagainya.
Tentang Biara, beliau mengatakan bahawa di Gereja vatican, terdapat sebuah biara
(Yang namanya Biara-) yang lokasinya agak terahsia. Jalan masuk ke dalam biara
tersebut hanya berbentuk penutup lubang sahaja, tetapi dalamnya merupakan sebuah
tempat yang menyerupai istana. hanya golongan tertentu sahaja, iaitu calon-calon
Padri sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam biara ini. leh sebab itu, padri-padri
Kristian Khatolik diseluruh dunia (Yang hanya bertaraf Padri ke atas) nescaya pernah
sampai dan tinggal di dalam biara ini. Dalam biara ini, bakal-bakal padri dan nun
bercampur gaul dengan bebas, sehingga ada dikalangan Nun ini yang mengandung.
kandungan Nun ini digugurkan dan dikeringkan untuk dijadikan air the Holy Water
(Pagi ini, 22.5.98 Jam 8.30 pagi, saya telah menghubungi kawan saya itu tentang Holy
Water. Ada kenyataan mengatakan bahawa Holy Water sebenarnya dibuat di Gereja,. di
sini pada malam PASKA. Bekas Padri Thomas, mengatakan benar bahawa di sini pun ada di
buat Holy Water, tetapi Holy Water yang ini tidak digunakan sebagai air jampian.
Yang digunakan sebagaiair jampian ialah air Holy Water yang juga di buat pada malam
PASKA, tetapi menggunakan air daripada larutan janin hasil hubungan antara bakal
padri dengan nun. Padri dan nun sebenarnya tidak boleh kahwin, tetapi sebenarnya
mereka telah enjoy seks sepuas hati semasa mereka berada di dalam biara.
(kalau tidak percaya, sila tanya Padri Katholik yang berhampiran dengan anda-Padri
tidak boleh bohong! tidak boleh marah! kalau bohong , kalau marah, berdosa, kalau
berdosa siapa yang akan mengampun dosa kerana hanya padri sahaja yang boleh ampun
dosa. Pope sendiri walaupun tidak kahwin, tetapi beliau mempunyai ramai
pembantu-pembantu wanita!.(Cuba bayangkan!).Bekas Padri Thomas juga mengatakan
bahawa, keimanan sesaorang terhadap Jesus Christ sebagai Reedemer juga meningkat
apabila berada di dalam biara kerana seolah-olah pada masa itu terbayang dimata
mereka kehadiran Jesus Christ di sana.Bagaimana Jesus Christ, sebagai seorang anak
Tuhan boleh beserta dengan mereka yang melakukan maksiat!. Biasanya yang selalu
bersama-sama dengan pesta maksiat ialah Syaitan dan Iblis.

Bekas Padri Thomas juga ada menceritakan kejadian yang melucukan ketika beliau sedang
giat berdakwah menyebarkan agama Kristian di Indonesia. Pada suatu hari, beliau telah
dipanggil oleh seorang doktor dari sebuah hospital. Beliau dipanggil oleh doktor
tersebut kerana di hospital tersebut ada seorang penganut agama Kristian yang sedang
nazak. Doktor mengatakan bahawa pesakit tersebut tidak ada peluang untuk hidup. latas
beliau meminta bekas Padri Thomas untuk melakukan sesuatu kepada pesakit ini. seperti
kebiasaan yang dilakukan oleh bekas Padri Thomas, untuk membisikkan sesuatu ke
telinga orang yang hampir mati. Menurut bekas Padri Thomas, apa yang dibisikkan ke
telinga pesakit (seperti yang biasa dilakukannya ) ialah ' Nabi kamu SebenarNya nabi
Muhammad'. Peristiwa itu menjadi satu peristiwa yang menakjubkan dan melucukan kerana
pesakit yang hampir mati itu bangkit, dan menjadi kemudah menghibuhkan kepada orang
ramai tentang apa yang dibisikan oleh bekas Padri Thomas, lalu beliau menganut agama
Islam. menurut bekas Padri Thomas, bacaanyang dibuat oleh Padri semasa mengkebumikan
mayat orang Kristian (Khatolik) juga ada menyebutkan bahawa nabi yang sebenar ialah
nabi Muhammad.

Bekas Padri Thomas juga ada menceritakan peristiwa bagaiman beliau, yang merupakan
seorang bekas Padri, selalu sahaja, iaitu pada hari Ahad menerima pengakuan dosa
(Confession). Satu peristiwa yang amat menyentuh hatinya ialah peristiwa di mana
pada suatu hari, seorang yang telah kehilangan barang telah mengadu kepadanya tentang
kehilangan barang tersebut. Beliau hanya berkata dan memberi dorongan dan galakan agar
orang yang kehilangan barang tersebut bersabar. Pada hari Ahad minggu hadapannya,
seorang lelaki datang kepadanya untuk membuat pengakuan dosa (confession). Orang
tersebut telah mengaku bahawa ia telah mencuri barang orang yang mengadu minggu
yang lalu. Seperti biasa bekas Padri Thomas, mengampunkan dosa orang itu. Peristiwa
tersebut telah menimbulkan konflim dalam jiwa nya yang sememangnya telah ada dalam
dirinya, lalu beliau berkata mana keadilannya!. Manakan adil bagi seorang yang
kehilangan barang, mengadu nasib dan meratab kehilangan barang tiba-tiba apabila
pencurinya dengan senag diampunkan dosa. Kalau bagitu, mudahlah bagi sesaorang
melakukan dosa kemudian memohon ampun daripada Padri.Sekian dahulu.

Saya harap kawan -kawan saya dari penganut agama Kristian Khatolik tidak terguris
hati dengan tulisan ini, kerana saya hanya melaporkan sahaja apa yang diceritakan
oleh bekas Padri Thomas. kalau tak puas hati, sila hantar message pada saya
james@pkrisc.cc.ukm.my saya akan cuba terangkan lebih lanjut peristiwa-peristiwa
yang pernah berlaku kepada teman saya bekas padri Thomas Layde. Sekian.
---------

fikirlah sendiri. ~BB~

Thursday, August 11, 2011

Kota London bagaikan medan perang

Oleh Hussain Said dari London
hussain@bharian.com.my
2011/08/11

PEMILIK kedai menyewa peralatan dapur di utara London,  Azim Mohamed (kiri) dan pembantunya, Riaz Mohamed hanya mampu melihat kedai mereka musnah dibakar perusuh.
PEMILIK kedai menyewa peralatan dapur di utara London, Azim Mohamed (kiri) dan pembantunya, Riaz Mohamed hanya mampu melihat kedai mereka musnah dibakar perusuh.
KEGANASAN dan kekacauan dicetuskan perusuh sejak malam Sabtu lalu menjadikan beberapa kawasan di bandar raya ini bagaikan medan perang dengan banyak kesan kemusnahan. 


baca seterusnya : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KotaLondonbagaikanmedanperang/Article

Rahang patah ditumbuk perusuh
Oleh Zaharah Othman

2011/08/11

MUKHRIZ dan Noorzalina melawat Asyraf Haziq di Royal London Hospital, semalam.
MUKHRIZ dan Noorzalina melawat Asyraf Haziq di Royal London Hospital, semalam.
Pelajar Malaysia di London cerita saat cemas jadi mangsa keganasan London

LONDON: "Ini kejadian paling mencemaskan dalam hidup saya dan berlaku pantas. Saya menaiki basikal tiba-tiba dikerumuni 20 lelaki berpisau yang mahu merampas basikal. Mereka kemudian menyeluk poket seluar dan mengambil telefon bimbit.“Mereka menumbuk di dagu dan rahang hingga berdarah. Saya tidak tahu apa yang berlaku selepas itu dan apabila tersedar, saya terduduk di kaki lima dengan mulut berdarah,” kata Asyraf Haziq Rosli, 20, yang terlantar di Royal London Hospital di sini, sementara menunggu pembedahan bagi membetulkan rahang bawahnya yang pecah dan tulang pipinya yang patah.


baca seterusnya : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rahangpatahditumbukperusuh/Article  

untungnya rakyat Malaysia kejadian seumpama ini belum berlaku lagi. ini adalah kerana hasil tindakan cekap anggota polis kita menangani demo bersih yang lepas. bersih kononnya berjanji nak buat secara aman, tapi sampai masa jadi huru hara. para penyokong bersih ingkar dengan arahan polis dan mereka yang mulakan provokasi terhadap polis sebaliknya mengatakan polis yang berlaku kejam dengan mereka. kejam ke kalau tahanan diberi layan baik, diberi makan dan tempat solat disediakan. polis lepaskan gas pemedih mata, mereka kata gas beracun. kalau gas beracun, semua orang dah mati dah masa tu.

cuba kita fikirkan, nak ke kejadian macam kat london tu berlaku dalam malaysia ni? mintak jauhkan lah. mana yang kita nak pilih, negara yang aman atau negara yang huru hara??? ~BB~
 

Tuesday, August 9, 2011

Kerajaan Selangor tidak bertanggungjawab

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dilihat tidak amanah dan bertanggungjawab apabila gagal mengeluarkan sebarang kenyataan khusus mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya minggu lalu.
Sehubungan itu, Pergerakan Pemuda UMNO mendesak kerajaan Selangor supaya menyatakan secara jelas sama ada benar terdapat usaha tertentu untuk memurtadkan penganut Islam di negeri tersebut sehingga membawa kepada pemeriksaan JAIS ke gereja berkenaan.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, penjelasan Kerajaan PKR Selangor mengenai insiden itu perlu dikeluarkan segera dalam usaha mengurangkan ketegangan di antara penganut Islam dan Kristian di negara ini berikutan kejadian itu.
"Kita desak kerajaan Selangor jangan berselindung di belakang JAIS, jangan tunggu sahaja laporan itu siap, keluarkan kenyataan dengan jelas agar kita fahami apa yang berlaku.
"Dan ini bukan cara mentadbir negeri, kalau kita mahu jaga sensitiviti dan pastikan orang tidak marah, kita akan cuba menyelesaikan masalah itu dengan cepat dan bukan tutup masalah tanpa menyelesaikannya atau lari daripada masalah.
"Inilah (Tan Sri Abdul) Khalid, Menteri Besar Selangor, dia tidak berani tampil dengan kebenaran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bazar Ramadan dan Kempen Kibar Jalur gemilang Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Alam di sini, hari ini.
Khairy mengulas tindakan Kerajaan PKR Selangor yang sehingga kini tidak menjelaskan kepada umum mengenai tindakan JAIS memeriksa Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya atas dakwaan cuba menyebarkan agama Kristian ke atas penganut Islam malam Rabu lalu.
Selain dilihat mengambil jalan selamat, Abdul Khalid turut mengarahkan kesemua exco Selangor supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai insiden tersebut walaupun Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali mempertahankan tindakan JAIS berkenaan.

sumber : http://www.utusan.com.my 

Ahli politik perlu hormat tugas penguat kuasa

Oleh Shamrahayu A Aziz

2011/08/09

Sia-sia gubal undang-undang banteras kemungkaran tapi tak dimanfaat

KEGUSARAN masyarakat Islam mengenai pengembangan agama bukan Islam di kalangan orang Islam bukan perkara baru. Ia sudah lama bersarang, bukan saja di Selangor, tetapi juga di seluruh negara. Mungkin ramai pembaca yang sudah sedia maklum mengenai perkara ini. 

Kegusaran ini pernah disebut oleh Raja-Raja di dalam proses membentuk Perlembagaan negara. Hasil daripada itu kita mempunyai peruntukan yang begitu jelas dalam Perlembagaan. Menerusi Perkara 11(4) Perlembagaan membolehkan penggubalan undang-undang sekatan terhadap pengembangan agama bukan Islam di kalangan orang Islam.Oleh itu, pada 1980-an, negeri-negeri menggubal undang-undang berkaitan yang begitu sinonim dengan kedudukan Islam dan kedudukan umatnya di negara ini.


baca seterusnya : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ahlipolitikperluhormattugaspenguatkuasa/Article

isu murtad di Malaysia semakin membimbangkan. sasaran kebanyakkannya kepada golongan muda. dalam pada itu parti yang kununnya perjuangkan Islam seolah-olah dibisukan. mana perjuangan yang dulu mereka laungkan? tak gunalah kalau nama je parti yang perjuangkan Islam tetapi tidak berbuat apa-apa, seolah-olah tunduk kepada mereka yang ingin menghancurkan umat Islam.

teringat dulu masa BB keje di sebuah kedai fotostat di kajang (masa remaja dulu-dulu la). ada pendakwah kristian hantar fotostat kitab bible dalam bahasa melayu. BB pun tengoklah isi kandungan dalam  kitab tu. kalau tak kuat iman, tak ada asas agama, memang boleh terpengaruh lebih-lebih lagi kalau golongan yang muda. pening kepala gak membacanya. bagi BB biarlah jahat, asal jangan murtad.

mohon Allah Ta'ala jauhkanlah gejala murtad nih dalam keluarga dan saudara mara serta kawan-kawan BB. 

Saturday, August 6, 2011

Hasan Ali Akan Di Pecat Dari Pas

Dah banyak kali keputusan dan pendirian Exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Hasan Ali (PAS) bertentangan dengan kerajaan Pas Selangor, walaupun dilihat demi untuk mempertahankan Agama Islam tetapi membelakangkan "semangat setiakawan" dalam Pakatan Pembangkang.

Kemuncaknya Hasan Ali digugurkan daripada barisan exco Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini...

Jika kesabaran Pas terhadap Hasan Ali telah sampai kepenghujung tidak mustahil beliau bakal dipecat.


baca seterusnya : http://brojinggo.blogspot.com/2011/08/hasan-ali-akan-di-pecat-dari-pas_06.html

macam mana la nak wujudkan negara berkebajikan kalau sesama sendiri pun dah bertelagah. lau dulu hasan ali nih tak terlibat dalam politik dah elok jadi pakar motivasi je. semua ni sebab kemaruk kedudduk/kuasa la nih... huhuhu.. ~BB~

Anwar Kemaruk, Burukkan Negara Jadi Darah Dagingnya – Ismail Kijo

KUALA LUMPUR 6 Ogos – Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memburuk-burukkan negara sama ada di dalam atau luar negara sudah menjadi darah daging dan akan terus dilakukan sehingga cita-citanya tercapai.
Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo menyifatkan apa yang dilakukan oleh Anwar itu jelas menunjukkan sifatnya yang tidak pernah berpuas hati dan sentiasa mencari jalan untuk menimbulkan kebencian terhadap negara ini.
“Apa yang hendak kita hairankan dengan perangai Anwar ini, dah menjadi tabiatnya suka memburuk-burukkan sesiapa yang menentangnya walaupun mereka itu adalah kawan rapatmya sebelum ini, perkara itu sudah lama terserlah untuk insan bernama Anwar Ibrahim.

eloknya lucutkan kewarganegaraan anwar aljub ni, buat apa nak simpan lagi dalam Malaysia ni, mengabih kan bogheh yo. 
agak-agak la kalau anwar aljub terjun lombong , ada tak penyokong dia yang ikut sama??? ~BB~

Tuesday, August 2, 2011

mana azmin dapat wang yang banyak?

dengar-dengar azmin ali beri sumbangan kat surau-surau rm5,000. dalam dun bukit antarabangsa ada lebih kurang 22 buah surau dan 3 buah masjid. 22 buah surau dah rm110,000 katakanlah masjid dapat rm10,000 semua sekali dah rm140,000... wau banyak tu... peruntukan negeri selangor pun tak sampai banyak tu...mana dia dapat wang banyak tu ye kalau betullah... tapi takan la dia nak bagi sebuah surau je kan? kalau bukan dari kerajaan negeri dari mana datangnya wang tersebut ye? BB dengar pun sebab surau kat area rumah BB dapat sumbangan rm5,000 tu azmin pesan guna wang tu sampai habis untuk beli makanan (lebih kurang macam tu la)... macam pelik je pesan macam tu.

wallahualam bisawab...