Thursday, May 10, 2012

Tubuh Negara Islam Tiada Dalam Perlembagaan PAS!!


pada 3 julai 1999 di pengkalan chepa, nik aziz berkata 'terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri-ciri kafir'. bagaimanapun beberapa bulan sebelum itu iaitu pada 12 mei 1999, nik aziz menekankan bahwa demi memastikan hubungan dengan DAP berjaya, PAS sanggup tidak mendirikan negara Islam. katanya ; 'kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam'.

pada 4 ogos 2001, nik aziz menekankan ketiadaaan hasrat menubuhkan negara Islam dengan berkata ; 'bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri perlembagaan itu'.

tetapi kata-kata nik aziz berubah-ubah mengikut khalayaknya kerana sebelum itu pada 24 januari 1999, nik aziz membertiahu khalayaknya bahawa DAP sebenarnya mahu menolong kerajaan kerajaan Islam yang diusulkan oleh PAS. kata nik aziz ; 'siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima samada DAP, MCA dan MIC. kalau nak tolong mengapa kita tolak. jika DAp ikhlas nak tolong PAS, saya terima. usahkan DAP, SYAITAN pun saya terima'.

benarkah DAP mahu menolong kerajaan Islam? adakah DAP akan mengundi bersama dengan wakil-wakil rakyat PAS bagi meluluskan pindaan perlembagaan yang membolehkan hukum hudud?
atau PAS yang terpaksa menolak hasratnya untuk melaksanakan undang-undang Islam dan mewujudkan negara Islam bagi mengikat DAP untuk mendampingi mereka?

sebaliknya apa yang berlaku ialah nik aziz yang lain ingin menolong dap atau di dalam bahasa nik aziz, Islam yang menolong kafir apabila nik aziz berkali-kali mempertahankan DAP.
pada 25 jun 1999, nik aziz berkata; 'PAS sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari pendamaian itu (dengan DAP), setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa...'

lantaran pada 5 november 1999, nik aziz berkata lagi,
'PAS boleh terima pemimpin DAP jadi perdana menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh barisan altenatif'. kenyataan nik aziz ini ternyata amat berbahaya kepada masyarakat Islam kerana di dalam pakatan rakyat hari ini, PAS adalah parti yang minoriti. oleh yang demikian sudah tentu syarat bukan PAS yang boleh mendabik dada membuat syarat kepada DAP.

tidak dapat nak salahkan tok guru haji Lah apabila pada pandangan beliau yang tinggi ilmu agamanya menyelar nik aziz sebagai sesat. kerana pada 23 april 1994, nik aziz telah berkata, 'jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram'.

dan pada 12 ogos 2009 yang lalu, nik aziz berkata,
'DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. yang orang Islam tolak itu lebih menghina Islam'. di dalam kerakusan untuk mempertahankan tampuk kuasa dan di dalam kerakusannya menubuhkan kerajaan pusat di peringkat persekutuan, nik aziz sanggup menjadi mengkarung yang boleh berubah-ubah rupa bentuk dan warnanya. di dalam bahasa kelantan ia dipanggil pok kor.

yang lebih menakutkan ialah jika dia menjadi pok kor angguk yang akan mengangguk-anggukan kepalanya sepanjang masa. dan akan menganggukan sahaja kepalanya kepada DAP yang merupakan parti terbanyak perwakilan di dewan rakyat di dalam pakatan rakyat. gemullah tok guru haji Lah Lubuk Tapah sewaktu hidupnya juga seperti tok guru haji Lah pondok Geting gelisah dengan perndirian nik aziz yang sering bagi para tok guru terlalu mempolitikkan agama atau dengan bahasa kasarnya, menjual agama untuk menghalalkan politiknya.

kegelisahan itu menjadi-jadi bila nik aziz secara terbuka berkata sanggup berkawan dengan syaitan, berkata Allah gedebe atau samseng, Allah mencarut di dalam al Quran dan lain-lainnya, contohnya bila nik aziz berkata adalah halal untuk makan tupai.

saya membaca kembali transkrip ucapan nik aziz ketika beliau berkata Allah mencarut di dalam Al Quran ternyata di dalam menghalalkan penggunaan khalimah 'pukimak' oleh shanon ahmad di dalam buku shit, nik aziz telah menglirukan khalayaknya dengan menyamakan definisi mencarut atau di dalam bahasa kelantan sebagai 'menyapung' adalah sama dengan tafsiran bagi ungkapan maki hamun. di dalam menghalalkan segala aspirasi politiknya, nik aziz telah tergamak memanusiakan Allah SWT. nik aziz mewarnakan sifat-sifat Allah yang Esa dengan sifat-sifat manusia. 

bahkan nik aziz berkata pada 29 april 1999. 'Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya kerana ia sudah menjadi salah satu naluri'. 'bagi saya, beliau (nik aziz) bukan lagi mursyidul am tapi mudalilul am (penyesatan umum). beliau orang yang sesat itu hakikatnya', kata tok guru ayah haji Lah, pengasas pondok Geting dan ahli majlis tertinggi persatuan pondok kelantan.

No comments: