Khabarnya,
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan sudah membuat laporan
kepada SPRM perihal percubaan Lim Guan Eng menyogok Tunku Aziz dengan jawatan
bergaji RM50,000 serta peluang makan angin ke luar negara. Khabarnya juga berpeluh-peluh Guan Eng cuba
menepis isu ini dan berpencak silat serta berkung-fu sakan pencacai-pencacainya
cuba menyelamatkan boss mereka.
Mana
tidaknya, apabila veteran parti, termasuk Karpal Singh sendiri yang sudah lama
makan hati dengan kebiadapan Guan Eng juga tampil menempelak beliau.
Malah
bapanya, Lim Kit Siang juga tidak menyebelahi beliau sebaliknya memihak kepada
Tunku Aziz dalam hal ini. Memetik kata-kata Tunku Aziz, Guan Eng tidak
boleh dipercayai, kurang ajar, biadap dan korup.
Jika
Lim Kit Siang lebih pandai mendidik anak, tentu DAP tidak menghadapi masalah
sebegini.
Namun,
apakan daya, Lim Guan Eng adalah produk rasis, chauvinis tulen yang akar
umbinya menjangkau jauh hingga ke Singapura dan negara asal nenek
moyangnya. Sifat hormat, tolak ansur, timbang-rasa, belas
kasihan, kasih sayang dan ikhlas terutama terhadap bangsa lain tidak pernah ada
dalam kamus hidupnya.
Tidak
pasti bagaimana taktik Guan Eng dan DAP untuk keluar dari masalah ini. Tetapi di peringkat awal ini nampak
seolah-olah Guan Eng perlu memikul kesalahan ini sendirian.
Bagaimanapun,
kita tidak hairan jika keadaan ini bertukar apabila siasatan mula dijalankan
oleh SPRM.
Kita
yakin, pada waktu itu, Karpal dan Kit Siang juga akan menyanyi lagu yang sama
dengan Guan Eng dan menuduh Tunku Aziz menipu.
Ini kerana, DAP mengamalkan prinsip parti lebih penting dari
kebenaran. Prinsip ini amat berbeza
dengan BN yang sanggup mengaku dan mengambil tindakan terhadap pemimpin yang
benar-benar bersalah sebagai mendaulatkan integriti.
Dengan
SPRM menjadi musuh utama parti yang penuh rasuah ini, kita yakin yang drama
mengalihkan isu akan berulang lagi. Jika
sebelum ini seorang saksi utama SPRM dalam kes rasuah DAP iaitu Teoh Beng Hock,
telah ditemui mati, maka tidak mustahil taktik yang hampir sama juga akan
dilakukan untuk mengalih isu dalam kes ini.
Kenapa
agaknya DAP sukar sekali mengambil tindakan terhadap pemimpin yang bersalah? Adakah kerana pemimpin yang terlibat selalunya
merupakan pemimpin di peringkat paling atas dan bukannya bawahan? Justeru, bagaimana kita mengharapkan pemimpin
atasan ini mengambil tindakan terhadap diri mereka atau anak beranak mereka
sendiri?
Inilah
akibatnya jika parti mengamalkan nepotisme dan kronisme seperti DAP di mana
hanya bapa, anak, menantu, rakan baik dan keluarga rakan baik sahaja yang
berpeluang memegang jawatan tertinggi.
Apapun
yang pasti, pendedahan Tunku Aziz berkenaan budaya rasuah dan kilas tangan DAP
bukan perkara baru. Sikap ketidaktelusan
DAP juga sudah terlalu biasa kita dengar dan sudah pun dijangka sejak sebelum
mereka memerintah mana-mana negeri pun.
Nampaknya,
apa yang kita jangka itu bukanlah tidak berasas. Ini terbukti apabila semua pemimipin mereka yang
keluar parti memberikan alasan yang sama iaitu tidak lagi boleh menerima sikap kuku-besi,
kiasu, samseng dan korup kepemimpin atasan DAP.
Justeru,
adalah menjadi satu perkara yang lucu bila DAP terus-terusan melaungkan slogan
CAT (Cekap, Amanah dan Telus) sedangkan sifat sebenar mereka sudah lama
terserlah luas dan semakin hari semakin jelas
dan terang benderang. Nampak benar mereka tidak tahu malu walaupun
seluar sudah terlondeh hingga ke lutut.
No comments:
Post a Comment