Tuesday, May 8, 2012

Tak Ngaku Derhaka, Azmin Tuduh Ibu Terima Habuan!



kata-kata azmin tidak selari dengan perbuatannya. jika benar dia sayangkan ibunya dia mesti dengar kata ibu bukan dengar kata anwar. apa yang diceritakan oleh ibu azmin, jelas menceritakan bahawa azmin tidak menghormati ibunya dan bercakap kasar serta sanggup tidak mengakui darah dagingnya sendiri. 

bagi azmin, anwar adalah darah dagingnya. ini sudah cukup untuk menghancurkan hati ibunya. rayuan che tom agar anaknya kembali pangkal jalan dan meinggalkan anwar diambil ringan malah azmin boleh menuduh ibunya terima habuan dari UMNO yang mana sekali gus merendahkan martabat ibunya sendiri. 

luahan ibu azmin itu jelas menunjukan ianya dari hati naluri ibu yang kasihkan anak dan mahukan yang terbaik untuk anaknya agar tidak jauh tersesat dan lupa diri. tidak dipengaruhi mana-mana parti politik pun. nak tutup salah sendiri kemudian tuding jari pada orang lain? tuduh pulak UMNO heret ibunya ke kancah politik.

seorang anak yang membuat ibunya terluka hingga menitiskan air mata, sudah cukup boleh dianggap sebagai anak derhaka. kalau betul ilmu agama cukup didada, kalau betul tidak derhaka, kalau betul sayangkan ibu, azmin kena buktikan kepada semua orang/rakyat, tinggalkan anwar dan kembali kepada ibunya.

sudah...sudahlah tu azmin oiii... jawatan dan kekayaan tak boleh cuci dosa pada ibu dan juga tak boleh bawak masuk dalam kubur. ish...ish...ish...

No comments: