Thursday, May 10, 2012

Pusat Karaoke Tawarkan Pakej Minuman Keras Kepada Pelajar?




risalah ini telah diedarkan di kawasan ampang. pusat karaoke ini menyediakan pakej minuman keras (tiger bir la tu) kepada pelajar? jika masih belajar sudah diasuh untuk minum minuman keras, bayangkanlah bila mereka besar nanti macam mana. sepatutnya pusat karaoke seperti ini tidak menawarkan minuman keras kepada pelajar. tawaran harga pakej pulak lagi tu. ish...ish...ishh.... 

oleh kerana ingin keuntungan pemilik karaoke ini tidak ambil peduli tentang masa depan pelajar-pelajar yang datang berkunjung ke pusat hiburan ini. tidak kiralah bangsa dan kaum apa sekali pun, masa depan anak-anak harus dijaga supaya dikemudian hari anak-anak kita menjadi orang yang berguna.

pihak berkuasa seharusnya memantau dan menghalang kegiatan seperti ini. apa akan jadi jika minuman seperti ini menjadi kebiasaan pada anak-anak kita? terutama yang beragama Islam. ibubapa juga memainkan peranan untuk memantau kegiatan anak-anak di bawah umur ketika mereka di luar rumah. kenali siapa kawan-kawan mereka agar mereka tidak terjebak dalam gejala yang tidak sihat.


No comments: