Begitu jelas sekali bahawa sokongan terhadap pembangkang tidaklah sekuat laungan fitnah yang mereka lemparkan terhadap kerajaan. Malah, perhimpunan BERSIH 3.0 yang ditaja oleh zionis, di mana peserta-peserta diberi bayaran juga hanya mampu mengumpul lebih kurang 25,000 orang sahaja. Itupun setelah dicampur dengan kumpulan penentang Lynas dan penyokong LGBT yang menyasarkan musuh yang sama iaitu UMNO.
Justeru, di manakah yang dikatakan kekuatan pembangkang? Di dalam laman sosial di internet sajakah? Kenapakah penyokong-penyokong tegar di internet itu tidak mampu dikumpulkan secara tersusun untuk turun berdemonstrasi ketika BERSIH 3.0? Apakah mereka tidak cukup bersemangat? Atau tidak cukup keyakinan? Atau pengecut? Atau bayaran yang diberi oleh pihak pembangkang/BERSIH terlalu rendah? Jawapannya ialah kerana penyokong mereka tidak seramai mana. Segelintir yang ada itu pula pondan-pondan, pengecut dan pak-pak turut belaka - konon ingin berjuang tetapi terhegeh-hegeh meminta simpati apabila cedera. Kerana itulah BERSIH 3.0 gagal dan kerana itulah juga pembangkang bakal kalah lagi dalam pilihanraya kali ini.
Walaubagaimanapun, kita wajar mengucapkan terima kasih kepada pembangkang kerana kita percaya, semangat yang memuncak dan kesedaran yang meningkat di kalangan golongan atas pagar yang diterjemah dalam sambutan ulang tahun UMNO hari ini adalah sedikit sebanyak berpunca dari sikap dan kelemahan pembangkang sendiri, terutamanya dalam penganjuran BERSIH 3.0. Sesungguhnya, sifat pembangkang yang sentiasa bergelumang dengan skandal dan suka melakukan kerosakan, memudahkan kerja UMNO.
Jika pembangkang perlu melakukan penipuan dan memfitnah seperti memalsukan gambar dan mereka-reka cerita tentang keburukan pemimpin UMNO, UMNO pula tidak perlu berbuat begitu. UMNO hanya perlu tunggu dan lihat sahaja bagaimana pembangkang ‘membunuh’ diri mereka sendiri secara perlahan-lahan. Itulah bezanya parti yang berjasa dengan parti yang hanya tahu bercakap. Manusia yang banyak bercakap selalunya akan lebih banyak berbuat silap. Begitu jugalah dengan pembangkang yang saban hari kerjanya adalah bercakap, berkempen dan berceramah. Semakin lama semakin banyak yang mereka tersasul dan semakin teruk mereka merapu.
No comments:
Post a Comment