Friday, January 20, 2012

Pemohon JKM Dikelirukan Oleh Konco-Konco PAS.

pemohon-pemohon JKM di kawasan ampang telah dikelirukan oleh konco-konco puak PAS. tak malu betul la mereka ni, cari publisiti murahan. mengaku yang kerja-kerja proses permohonan tu mereka yang buat. kemudian mengarahkan yang bukan-bukan kepada pemohon-pemohon JKM itu. perbuatan mereka (konco-konco PAS) tu umpama melaga-lagakan pemohon dengan JKM/Kerajaan Malaysia. asal ada saje pemohon yang datang ke pejabat JKM cawangan ampang (sebelah pejabat penghulu bawah Kerajaan Selangor) ada saja sabotaj yang mereka buat.

kantoinya perbuatan mereka itu kerana terkena pada salah seorang pemohon yang tahu/kenal siapa/pihak sebenarnya yang bertungkus-lumus membuat kerja-kerja membantu untuk uruskan permohonan tersebut.
BB : teruk dah puak-puak PAS ni. asyik nak ganggu kerja orang lain je. kerja sendiri tak mahu buat, sampah bertabur, jalan belobang dan longkang tersumbat depan mata pun buat tak tahu saje. asyik ngintai kerja orang sampai kerja sendiri tak buat... ish...ish...ishhh.... kekayaan, pangkat, gelaran, kuasa semua tu bukan boleh bawak masuk kubur (mati)... wallahaualambisawab...

Wednesday, January 18, 2012

Kerajaan Malaysia (BN) Tunaikan Janji.

program pengagihan baucar  RM500 BR1M sedang berjalan. ternyata kerajaan Malaysia menunaikan janji kepada rakyat. bukan hanya sekadar janji seperti yang dibuat kerajaan PR di selangor, janji dibuat pada 2008 tapi hangat-hangat tahi ayam je, hingga kini taida yang jelas tentang janji-janji PR itu.

bantuan pelajar sekolah RM100 juga telah dilaksanakan pada akhir tahun 2011. baucar buku RM200 untuk pelajar IPTA & IPTS juga sedang diagihkan.

hari ini di Ampang, pengagihan baucar  RM500 BR1M mula diedarkan di dua buah sekolah menengah.

BB : sekarang ni siapa yang cakap serupa bikin dan siapa yang cakap tak serupa bikin. fikirlah sendiri.

Umat Islam Sokong LGBT Murtad

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Umat Islam yang menolak hukum agama yang melarang amalan hubungan sejenis seperti yang diperjuangkan kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dianggap melakukan jenayah akidah dan terkeluar daripada agama Islam atau murtad. Baca selanjutnya. (petikan dari utusan online)

‘‘Dalam hal ini kita boleh merujuk kepada firman Allah SWT menerusi surah Hud ayat 113 yang bermaksud: ‘Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan’,” katanya.

BB : ada ke Agama yang menyokong LGBT ni? Allah ciptakan manusia berpasangan dengan pasangan yang betul bukan pasangan yang songsang. ni semua kemahuan SYAITAN. makin banyak sekarang ni SYAITAN bertopengkan manusia.

Wednesday, January 11, 2012

Bila Kepandaian, Kemahiran, Kepakaran Disalah Gunakan.

kebanyakan golongan muda sekarang punyai kepandaian, kemahiran, kepakaran dalam bidang tertentu. akan tetapi kebanyakannya juga menyalahgunakan kepandaian, kemahiran, kepakaran tersebut untuk tujuan yang tidak bermanfaat, menyusahkan masyarakat, digunakan untuk lakukan jenayah serta mengancam nyawa manusia.

insiden tiga letupan yang berlaku pada perhimpunan di tempat letak kereta kompleks mahkamah jalan duta pada 10/01/2012 tempohari membuktikannya. salahguna kemahiran yang boleh mengakibatkan nyawa terkorban. ini ke yang kita semua nak?



tak terkecuali juga mahasiswa yang buat onar baru-baru ini. tidak sepatutnya mahasiswa ini memperbodohkan diri dengan kepandaian. terpengaruh dengan pihak yang tidak bertanggungjawab dan melibatkan diri ke kancah yang boleh dikatakan menghampiri jenayah. menyusahkan diri sendiri, rakyat juga paling utama menyusahkan kaumm keluarga. itu ke orang muda malaysia?

tak ketinggalan juga pengguna saluran alam maya. patutnya bijak gunakan kemudahan yang ada.

BB : kan ke bagus kalau semua kepandaian, kemahiran, kepakaran  digunakan untuk kebaikan juga membangunkan negara serta keluarga. rakyat juga yang senang dan aman.


Monday, January 9, 2012

Anwar Dibebaskan! Silapnya???

ramai yang kecewa dengan keputusan mahkamah hari ini, anwar aljuburi dibebaskan dari tuduhan meliwat saiful bukhari. terutama para blogger yang banyak mengeluarkan artikel membela saiful serta mendedahkan perbuatan keji dan jijik si jahanam ni. jangkaan anwar akan dipenjarakan menjadi sebaliknya. di mana silapnya? paling utama ramai akan target si hakim dibeli oleh manusia jahanam tu. sejauh mana kebenarannya belum dapat dipastikan. siasatan terperinci harus dibuat.

ada kemungkinan kali ini si bedabah ni lepas tapi lain kali mungkin dia tak boleh lari. apa-apa pun semuanya kehendak Allah SWT, semua orang diberi dugaan. tak mustahil selepas ini ada kes yang tidak memberikan peluang pada si bedebah ni terlepas lagi, siapa tahu... rahsia dariNYA. kita hanya mampu merancang, DIA yang berkuasa untuk tentukannya. Wallahualambisawab.

BB : jangan putus asa, kecewa sikit-sikit sudah la yang penting teruskan perjuangan untuk halang si jahanam ni.

Sunday, January 8, 2012

Gelaran Megat, Puteri, Tun dan Meor Boleh Digunakan Semula

06.01.2012, Jumaat - Tiga bulan lepas terdapat sedikit kekecohan apabila ada kerabat diraja Perak yang ingin mendaftarkan nama cucundanya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya dengan gelaran Megat kerana suami anaknya “orang kebanyakan” tidak dibenarkan lagi oleh pihak JPN kecuali ayahnya memang ada gelaran Megat. Isu ini sebenarnya memang hangat diperbincangkan dikalangan kerabat diraja terlibat. Kebiasaannya di Perak jika seorang Perempuan daripada kerabat Diraja Perak berkahwinan dengan lelaki kebanyakan iaitu lelaki yang tidak mempunyai gelaran dihadapan namanya, anak-anak yang lahir akan menggunakan gelaran Megat jika lelaki dan Puteri jika perempuan. Walau bagaimanapun cucunda-cucunda lelaki Sultan Perak sekarang yang berbapakan orang kebanyakan memang tidak menggunakan gelaran Megat dihadapan nama mereka. baca selanjutnya

sumber dari tengkusyah.blogspot.com

BB : ha... cek balik salsilah keluarga untuk kepastian... ;-)

Friday, January 6, 2012

Usah Beri Tekanan Sangat, Berpada-pada La....

minta itu ini memang senang nak buat. tapi terfikir ke tak pihak yang nak menunaikannya tu? kadang minta banyak-banyak tapi tak setimpal majlis/program/aktiviti yang dibuat. malah bila dapat banyak, lebihannya bukan nak guna untuk program seterusnya tapi terus masuk poket. kalau macam tu macam mana nak berjimat. puas la duk suruh fikirkan program yang gunakan bajet sedikit tapi manfaat yang banyak. masih tiada perubahan (transformasi) nampaknya. dah tu pulak bila tak dapat atau dapat sikit mulalah nak kata macam-macam, ugut sana, ugut sini, tapi bila dapat kadang tu satu apa program pun tak buat. memanglah ianya keperluan untuk jalankan program/aktiviti  tapi janganlah melampau-lampau. suka sangatlah dia orang ni ambil kesempatan.

BB : tak rugi pun kalau berjimat. tapi lau terus masuk poket tu, takut jadi haram lak! wallahualambisawab

Selangorku Rosak/Jahanam!!!


selangor semakin dijahanamkan oleh puak fuckatan. pihak pbt pun semakin tak endahkan keadaan sekeliling. di ampang, longkang-longkang yang tersumbat lebih dua bulan terbiar hingga melimpah serta penuh dengan sampah sarap juga penyebab air naik/banjir.

keadaan longkang-longkang yang tidak diselenggara  dengan sempurna mengundang pembiakan nyamuk terutama nyamuk aedes yang menyebabkan demam denggi. kan selangor merupakan antara negeri  yang mencatatkan rekod tinggi bagi kes demam denggi.

nampaknya bukan demi rakyat tapi demi wakil rakyat nih. ada wakil rakyat pun tak boleh harap. tengok kat sini sampah-sampah lambat diangkat, ini boleh mengundang pelbagai penyakit. cakap tak serupa bikin. tak payah la undi/pilih dia orang lagi. bertambah penyakit dibuatnya. esh...esh... eshhhh...

BB: bandar/negeri/negara bersih, dah tentu rakyat sihat. (bukan bersih yang buat onar tu tau).

Thursday, January 5, 2012

Golongan Muda Masa Kini Membimbangkan...

macam-macam dah berlaku sekarang ni. segelintir golongan muda mudah terpengaruh dengan aliran yang tidak sihat. amat membimbangkan jika ianya melarat ke arah yang lebih membahayakan. dalang-dalang yang menjadi penghasut mencetuskan demo tertentu kian berleluasa. jika tidak dibendung akan menjadi lebih serius.

siapa sebenarnya yang betul-betul perlu bertanggungjawab dengan salahlaku golongan muda ini? adakah kerana salah didikan? pengaruh kawan-kawan? pengaruh orang tertentu? politik?

rugi rasanya jika mereka ini dirosakkan supaya menjadi perosak anak bangsa yang lain. kerugian juga untuk negara kerana mereka ini sepatutnya yang menjadi pelapis untuk menjaga negara dari anasir luar. tak terkecuali dengan isu murtad, sosial, songsang, dadah dan sebagainya.

BB : kuatnya dos gula-gula penghasut nih!

Mahasiswa Berdemo, Memang Merugikan/ Menyusahkan!


bukan nak kata apa la... elok-elok dapat peluang melanjutkan pelajaran ke kolej/universiti tapi peluang tu disia-siakan dengan berdemo. memang rugi besar la ibubapa kepada mahasiswa yang terlibat dalam demontrasi/huru-hara baru-baru ini terutama di upsi. mereka tak fikir akibat perbuatan mereka tu boleh menyusahkan keluarga dan orang lain terutama gangguan kepada mahasiswa yang ingin teruskan pelajaran.

kalau ikutkan ramai yang ingin lanjutkan pelajaran ke kolej/universiti tapi tidak berpeluang yang dapat peluang pula mensia-siakannya. sayangnya yang menjadi pendemo tu pula anak Melayu yang ramai.

ini la hasil yang nak/telah dikeluarkan oleh ALJUBURI. memang keji tul. lepas tu salahkan pdrm kononnya kena belasah, tak habis-habis dengan pembohongan/fitnah. memang betul la mereka ni gunakan otak lutut untuk berfikir. satu lagi jangan lupa syaitan-syaitan juga adalah penghasut utama.



BB : walaupun belajar sampai spm je tapi tak de la ketinggalan sangat. tak masuk u pun masih boleh dapatkan ilmu.