04.05.2012, Jumaat - Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah telah berkenaan merasmikan masjid baru Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan yang dibina dengan kos berjumlah RM15 juta, Turut serta adalah Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah serta Menteri Besar Pahang YAB Dato' Seri Adnan Yaakob.
Dalam majlis ini baginda menzahirkan rasa dukaita baginda terhadap kecenderungan pihak-pihak tertentu mengadakan perhimpunan dan tunjuk perasaan yang menetuskan huru-hara serta mengancam keselamatan dalam negara dan menjejaskan kegiatan ekonomi. Diantara titah Tuanku Ahmad Shah :-
- "Melihat perkembangan di negara kita hari ini (terdapat) kecenderungan pihak-pihak tertentu mengadakan perhimpunan dan tunjuk perasaan yang boleh merosakkan keharmonian negara."
- "Jika diperhatikan rata-rata yang mengikut perhimpunan ini adalah orang Melayu kita yang beragama Islam"
- "Sepatutnya kita menjadi contoh kepada kaum lain untuk menjaga keharmonian negara"
Sumber :- Bernama
Raja-Raja pun tidak bersetuju dengan perhimpunan Bersih tempohari. perhimpunan Bersih 3.0 yang sebenarnya menjadi ancaman kepada rakyat lebih lagi apabila melibatkan pertumpahan darah. menyedihkan bila orang Melayu melakukan keganasan yang mana ciri-ciri itu sepatutnya tidak ada dalam diri seseorang yang beragama Islam apatah lagi yang memperjuangkannya. Islam tidak mengajar pengikutnya untuk menjadi ganas dan kejam. seharusnya umat Islam mengamalkan silaturrahim antara sesama Islam.
No comments:
Post a Comment