Thursday, May 24, 2012

Contoh Pendidikan Percuma Yang Tak Berapa Nak Nampak.

'pendidikan percuma'... mendengarnya memang teruja dan nampak bagus kerana memberi kesan mendalam kepada rakyat khususnya para pelajar untuk melanjutkan pelajaran tanpa dibebani yuran yang tinggi dan sebagainya.

tetapi jika kita lihat dalam skop yang lebih luas, bagaimana mentaliti bangsa kita di Malaysia, terutama orang Melayu. tak usah cerita tentang bangsa lain, cukup kita tengok bangsa Melayu... 

pendidikan percuma sebenarnya banyak telah diadakan walaupun tidak pada skop yang luas. contohnya, seperti seminar dan kursus yang selalu diadakan untuk para pelajar atau pun bukan pelajar, tak kira untuk beberapa hari pun.

kemudahan seperti dewan seminar, peralatan kursus, nota-nota, makan dan minum, penginapan dan sebagainya sepanjang kursus dijalankan, peserta tidak perlu membayar sesen pun. tetapi kekadang keadaan ini tidak berapa mendapat sambutan yang menggalakkan, ada yang datang lewat, tidak hadir pada sesi tertentu mungkin penceramahnya tidak menarik perhatian, ada juga yang pada awalnya menghantar nama tetapi bila sampai masa membatalkannya pula pada saat akhir. berbaloikah apa yang disediakan penganjur secara percuma?

adakah keadaan seperti ini yang kita inginkan terjadi apabila pendidikan percuma disediakan secara menyeluruh???

jika bangsa lain boleh berdiri sendiri tanpa mangharapkan bantuan pihak lain kenapa tidak bangsa Melayu sendiri?

ini cuma contoh yang kecil yang tak berapa nak nampak. perumpamaan yang lebih kurang dan pendapat yang biasa-biasa saja. ~BB.

No comments: