Wednesday, July 31, 2013

PAS Tuduh Orang Kuala Besut Kaki Rasuah

Alhamdulillah! PRK Kuala Besut berlangsung tanpa sebarang gimik keterlaluan dari pembangkang iaitu tiada drama Bangladesh, tiada laungan ‘tak ada karan’ atau gambar peti undi dijumpai diatas sampan.  Namun, itu tidak bermakna tiada tuduhan liar dilemparkan terhadap UMNO, apatah lagi apabila UMNO menang. 


Kini, telah berkumandang di dalam Harakah bahawa UMNO menang kerana rasuah.  Konon BN merasuah secara giat, menghulur wang tunai terus kepada rakyat Besut.   Malah, jika melihat dari laporan Harakah dan tulisan-tulisan para kolumnisnya serta ceramah-ceramah kempen sebelum ini pun, kita mungkin akan terbayang gambaran jentera dan calon UMNO menabur wang secara besar-besaran dan pengundi Kuala Besut pula berpusu-pusu berebut-rebut wang tersebut. 

Apakah yang boleh disimpulkan dari tuduhan Harakah ini? 

Kesimpulannya ialah, PAS menuduh orang Kuala Besut sebagai pemakan rasuah!   

Dalam keghairahan PAS menyerang, menghentam dan menghina UMNO, PAS terlupa yang mereka sebenarnya menyerang, menghentam dan menghina pengundi. 

Pengundi Kuala Besut tidak wajar dihina sebegitu sekali.  Tidak mungkin mereka memilih UMNO kerana wang.  Tidak mungkin harga diri mereka semurah itu.   UMNO menghormati pengundi Kuala Besut dan tidak pernah menganggap mereka sebagai barang yang boleh dijual beli.  Lagipun, dengan rekod perkhidmatan UMNO,  UMNO tidak perlu merasuah untuk meraih undi.  

Sebaliknya, yang jelas merasuah pengundi ialah PAS. 

Lihat saja bagaimana calon PAS, Che Long membeli undi dengan minyak percuma.   Lihat saja bagaimana PAS menjaja Che Long sebagai ‘orang kaya’ bagi menarik pengundi, seolah-olah pengundi-pengundi di situ begitu ‘hadap’ dengan wang Che Long.   Walhal, yang ‘hadap’ dengan wang Che Long sebenarnya adalah PAS sendiri. 

Tidak cukup dengan itu, PAS turut cuba merasuah pengundi dengan janji syurga.  Sedangkan PAS langsung tiada hak untuk menentukan syurga neraka sesiapa termasuk diri mereka sendiri. Apatah lagi dalam pilihanraya yang menyaksikan perlawanan antara parti yang diterajui sesama Islam dengan calonnya juga Islam.    

Jika kita ingin turut menghukum sepertimana PAS menghukum orang lain, maka dosa PAS di PRK K.Besut sahaja sudah cukup banyak.  Antaranya memfitnah BN memberi rasuah, memfitnah pengundi Besut menerima rasuah, memberi rasuah minyak, serta menghukum dengan hukum Allah SWT.   Namun, kita bukan sejahil PAS.  Kita tahu kita tidak berhak menghukum sesiapa sebagai berdosa walaupun perbuatannya nyata. 

Apa yang berlaku ialah UMNO mungkin ada memberi bantuan dan barang-barang cenderamata kempen kepada penduduk Kuala Besut dan itu bukanlah rasuah tetapi sebahagian dari proses pilihanraya selain memikul tanggungjawab sebagai kerajaan yang memerintah. 

Dan PAS juga ada berbuat yang sama iaitu mengedar cenderamata kempen kepada pengundi. Cumanya, tidak seperti UMNO, PAS jarang memberi bantuan dalam kempen-kempen mereka, tetapi sering menghulur ‘tin milo’ meminta bantuan (derma), dari pengundi pula - walaupun dalam pilihanraya di negeri yang diperintah mereka. 

Seperti kata pepatah, tangan di atas lebih baik dari yang di bawah iaitu yang memberi lebih baik dari menerima.  Oleh kerana PAS biasa menjadi penerima dan bukan pemberi, maka secara automatik, PAS bukanlah lebih baik dari UMNO. 

Maka, tidak hairanlah pengundi Kuala Besut memilih UMNO kerana mereka tahu UMNO tidak merasuah mereka, sebaliknya memberi, yakni membantu memajukan kawasan mereka bagi membuka peluang pekerjaan dan perniagaan, sekali gus memperbaiki taraf hidup mereka di masa hadapan.

Scorpene: Kenyataan Jasbir Bukti SUARAM Adalah Bangkai Bernyawa

Pembelian kapal selam scorpene tentunya sebuah peristiwa hebat di mana sesuatu yang bukan isu menjadi isu yang sebesar gergarsi dan enggan berhenti.  Ia bermula dengan dengan satu pembohongan yang besar oleh SUARAM dan seperti semua pembohongan ia hanya akan bertambah besar di mana dalam kes ini, ia telah pecah berderai sehingga tidak dapat dipastikan lagi bentuknya yang asal. 

Dan hari ini, mungkin kerana ego, SUARAM berazam untuk meneruskan pembohongan itu walaupun mereka sendiri keliru dengan kisah yang mereka reka.  Rakyat Malaysia, secara amnya sudah maklum mengenai kebenarannya dan tidak lagi memberi perhatian kepada SUARAM. 

Bagaimanapun ada segelintir yang masih terpedaya dengan persepsi negatif yang ditabur terhadap kerajaan dan terus mempercayai pembohongan SUARAM malah menderma pula untuk tujuan itu.  Di pihak SUARAM pula, mereka tentu sekali perlu memastikan semua ini berterusan.  Untuk itu, mereka menganjurkan makan malam termasuk program buka puasa menyeru orang ramai memberi sumbangan agar mereka dapat terus berbohong. 

Kita percaya sumbangan itu akan digunakan sebagai bayaran kepada pihak mereka untuk ‘menguruskan pembohongan’, termasuk membayar peguam-peguam asing, kos pengangkutan dan penginapan mereka, keraian dan juga pelbagai kos lain. Tugasnya adalah untuk terus memberitahu rakyat bahawa Altantuya adalah penterjemah dalam urusniaga scorpene dan beliau mempunyai hubungan sulit sama ada dengan Dato’ Seri Najib atau Razak Baginda.

Selain itu mereka juga perlu terus berbohong bahawa syarikat DCNS, Thales dan Perimekar, entah bagaimana telah memasukkan wang ke dalam poket Dato’ Seri Najib. Dari situ, mereka harus terus menyatakan bahawa mahkamah Perancis telah membuka fail kes dan beberapa orang bakal disapina. 

Tidak apa jika mahkamah Perancis telah membuat kenyataan bahawa kes scorpene tidak wujud sama sekali dan telah ditolak sejak dari mula kerana aduan SUARAM didapati tidak berasas.  Tidak apa jika pihak polis Perancis mengesahkan bahawa Altantuya tidak pernah menjejak kaki ke negara itu dalam tempoh urusniaga berlaku  Tidak apa jika pegawai syarikat DCNS ketawakan kisah kewujudan penterjemah kerana semua transaksi dilakukan dalam bahasa Inggeris.  Dan tidak apa jika laporan audit syarikat Perimekar telah menunjukkan tiada yang pelik dan tiada satu sen pun wang yang tidak berada di tempatnya. 

Tidak apa semua itu, kerana apa yang SUARAM perlu lakukan ialah terus berbohong mengenainya sebagai alasan untuk menganjur program dan meminta sumbangan.  Ini kerana sumbangan itulah satu-satunya cara untuk mereka menjustifikasi perbelanjaan besar yang dilakukan dan akan terus dilakukan oleh pertubuhan itu. 

Oleh itu, jika ada sesuatu yang pelik dalam pengurusan kewangan, ia bukanlah dalam pembelian scorpene, tetapi dalam operasi SUARAM. 

Bagi meletakkan titik noktah kepada semua pembohongan ini, Jasbir Singh Chahl yang terlibat secara langsung dalam transaksi scorpene telah bersetuju agar kenyataannya diambil dan diterbitkan.  The New Straits Times telah menyiarkan kenyataannya semalam. 


Dari kenyataan Jasbir, maka sahlah bahawa tiada teka-teki yang perlu diselesaikan dalam isu pembelian scorpene.  Semuanya berlaku secara telus dan jelas dan SUARAMlah yang sebenarnya berbohong. 

Terbukti kini bahawa hayat SUARAM bergantung penuh kepada pembohongan.  Jika pembohongan itu berhenti, maka tamatlah riwayat SUARAM.  Setakat hari ini, boleh dikatakan hampir tiada lagi yang mempercayai SUARAM.  Maka hiduplah SUARAM bagai bangkai bernyawa - berbohong untuk terus mendapat dana dan mengutip derma. 

“The New Village” Filem Patriotik???

Berikutan keputusan untuk menangguh filem The New Village, FINAS menyeru semua pihak agar jangan menyalahkan pertubuhan itu kerana meluluskannya.  Menurut FINAS, tugasnya bukanlah untuk meluluskan tayangan tetapi hanya menetapkan tarikh tayangan. 

 

Kuasa untuk meluluskan tayangan berada di tangan Lembaga Penapisan Filem (FCB).  Ini bermakna FCB yang perlu menjawab masalah ini.  Namun, sehingga kini masih tiada apa-apa komen dari FCB.  Ada juga menteri yang menyatakan bahawa tidak adil untuk menghukum filem tersebut berdasarkan trelernya.

Lucu kerana kita tidak mendengar kenyataan yang sama terhadap filem Tanda Putera apabila masyarakat Cina, iaitu kemungkinan besar di kalangan para pensimpati komunis, ‘mengamuk’ apabila treler filem tersebut dipromosikan.  Akibatnya, filem tersebut ditahan penayangan dan hampir dibatalkan. 

Ironinya, Tanda Putera ialah sebuah filem sejarah dan dibuat melalui pengkajian yang teliti.  Sekiranya ada yang tersinggung dengan kisah tersebut, maka kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana begitulah caranya kita berlajar dan meneruskan hidup.  Kita tidak boleh memadam atau menukar sejarah semata-mata untuk tidak menyinggung mana-mana pihak berkenaan apa yang nenek moyang mereka telah lakukan.  Malah, semua rakyat Malaysia dari semua kaum wajib menghayati sejarah yang pahit ini.  Inilah satu-satunya cara untuk kita menerapkan semangat patriotik dan nasionalis dalam generasi muda. 

Filem The New Village pula adalah berbeza dengan Tanda Putera.  Filem ini dibuat dari kacamata komunis, iaitu musuh.  Apakah patut mana-mana kerajaan atau menteri yang waras yang akan meluluskan filem yang mampu menggugat semangat patriotik yang telah sedia rapuh di kalangan rakyat negaranya?  Apatah lagi di ketika kita semua hampir tenggelam dalam masalah perkauman. 

Kita sedia maklum bahawa terdapat usaha berterusan dari anak-anak atau cucu-cucu para komunis untuk menukar sejarah bagi memperlihatkan bapa atau datuk mereka sebagai wira.  Generasi baru ini berada dalam sindrom penafian bahawa bapa dan datuk mereka adalah pembunuh yang tidak berhati perut, musuh serta pembelot kepada negara dan sebaliknya ingin sekali percaya bahawa mereka itu adalah pejuang kemerdekaan. 

Tidak kira betapa kuatnya mereka cuba menafikannya, fakta yang kekal ialah komunis ingin mengambilalih negara ini daripada penguasaan penjajah, dan juga dari penduduk asalnya.  Ini menjadikan komunis sebagai penjajah juga, bukan pejuang kemerdekaan. 

Entah bagaimana generasi baru ini tidak tahu akan kisah sebenar atau mungkin juga sengaja enggan mempercayai laporan rasmi.  Minda mereka telah terlalu lama diracuni dengan kebencian terhadap kerajaan Melayu.  Mereka percaya bahawa sejarah telah direkodkan dengan penuh prejudis terhadap bangsa di mana komunis digambarkan sebagai jahat kerana mereka terdiri dari majoriti Cina.   Jelas darah rasis begitu pekat di kalangan mereka ini sehingga mereka melihat segala-galanya dari segi ‘kaum’. 

Generasi baru Cina harus belajar melihat sejarah dengan minda yang terbuka.  Komunis bukan wira. Komunis menentang British bukan untuk memerdekakan Malaya tetapi untuk menjajahnya.  Sementara British memerintah dengan membawa ketamadunan, komunis pula membawa keganasan dan sama kejam sahaja dengan Jepun. 

Tahukah mereka bahawa komunis berpeluang memerintah Malaya selama 14 hari apabila Jepun menyerah kalah. 14 hari itu bagaikan neraka di mana sesiapa yang telah melaluinya tidak mungkin akan melupakannya. 

Dalam tempoh itu, komunis (PKM) melalui MPAJA menguasai bandar, balai-balai polis dan pejabat kerajaan.  MPAJA memperkenalkan cukai kepala, harta dan tanah.  MPAJA menghukum sesiapa sahaja yang pernah bekerja dengan Jepun. Mereka menangkap dan menyiksa orang Melayu yang disyaki bekerja dengan Jepun.  Mereka membunuh Cina yang enggan bekerjsama dengan mereka.  Mereka merompak dan merampas hartabenda rakyat sesuka hati.

Antara kejadian yang direkod :

-  Di Batu Pahat, penghulu dibunuh kerana disyaki bekerja dengan Jepun.
-  Pegawai Daerah dibunuh ketika cuba berbincang degnan PKM
-  PKM menanam seorang imam hidup-hidup kerana bimbang beliau mampu menggerakkan pemberontakan
-  Di Jelebu, masjid dan surau dicemar dengan sengaja
-  PKM membakar rumah-rumah penduduk Kg. Bakor dan Sg. Manik
-  Balai polis Bukit Kepong dibakar bersama dengan polis dan keluarga mereka termasuk anak kecil.

Dalam kata lain, kekejaman komunis menyebabkan British kelihatan seperti penyelamat apabila kembali dan membantu rakyat melawan komunis. 

Bahagian sejarah yang ini iaitu 14 hari di neraka ini, menjadikan usaha pihak tertentu untuk menobatkan komunis sebagai wira wajib dikecam.  Usaha mereka ini adalah merepek dan tidak masuk akal sama sekali.    

Sekiranya ada yang prihatin terhadap perasaan anak cucu komunis apabila filem Tanda Putera dipromosikan, maka bayangkanlah perasaan anak cucu mereka-mereka yang terkorban dan disiksa oleh komunis apabila filem The New Village mendapat kelulusan tayangan. 

Ingatlah bahawa satu dari filem ini adalah berdasarkan fakta sejarah yang mana amat penting untuk pendidikan, manakala satu lagi adalah berdasarkan fakta yang dimanipulasi.  Satu mampu menyemarakkan semangat patriotik, dan satu lagi hanya akan menjadikan keadaan yang sedia tegang menjadi semakin buruk. 

Tidakkah ini semua merupakan alasan yang cukup kukuh supaya mempercepatkan tayangan Tanda Putera, dan mengharamkan terus The New Village?  Apakah logik untuk membuka ruang perdebatan lagi?

Tuesday, July 30, 2013

DAP Terbukti Kuat Menipu : Pemilihan Semula CEC Perlu Dipantau BERSIH?

Siasatan ROS terhadap penyelewengan pengiraan semula undi bagi pemilihan jawatankuasa pusat parti DAP yang diadakan Januari lalu mendapati beberapa perkara yang masih tidak terjawab dan tidak jelas. Dalam pengiraan semula tersebut, kita telah menyaksikan penambahan dan pengurangan jumlah undi yang begitu drastik bagi beberapa individu serta tidak menepati hukum kebarangkalian matematik.

Selain itu, DAP juga masih tidak mampu memberi jawapan kepada ROS tentang kenapa 753 orang yang layak mengundi tidak mendapat notis pemilihan. ROS setakat ini tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP sekali gus membuktikan bahawa DAP telah menipu ahli-ahlinya sendiri dalam pemilihan CEC.

Tindakan DAP memanipulasi undi CEC mengundang pandangan sinis rakyat. Kita sedia maklum bahawa ‘ketelusan’ dan ‘kecekapan’ menjadi slogan utama parti itu dalam menentang Barisan Nasional. Kononnya, BN tidak cekap dan tidak telus dan hanya DAPlah yang paling cekap dan telus.

Malah, DAP juga telah mempertikaikan keputusan PRU-13 lama sebelum PRU tersebut diadakan lagi atas alasan BN tidak telus. Untuk itu, DAP telah bekerjasama dengan BERSIH untuk ‘membersihkan’ sistem PRU, kononnya.

Ironinya, pemilihan DAP sendiri terbukti tidak bersih, tidak cekap dan tidak telus. Dan imej ini akan terus kekal terpahat di dahi DAP sekiranya parti ini tidak bijak menangani isu ini. Oleh itu, seruan bekas setiausaha publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat agar pemilihan semula diadakan bagi membersihkan DAP adalah bertepatan. Ini kerana parti yang kepimpinannya terlantik dengan cara kotor tidak mungkin mampu menjadi pemerintah yang bersih. Dan jika negara diperintah oleh parti yang kotor, maka kekotoran itu akan kekal dan tidak mungkin dapat dicuci lagi.

Bagi memastikan pemilihan semula CEC berjalan dengan bersih, inilah disarankan agar BERSIH masuk campur bagi memastikan keadilan terlaksana dalam parti DAP.

Dengan cara ini, BERSIH turut berpeluang membersihkan imejnya yang terpalit najis DAP dan pembangkang serta membuktikan pertubuhan itu sebagai sebuah NGO bebas. Mungkin juga BERSIH boleh mencadangkan dakwat kekal serta pemantau dari luar negara untuk memantau pemilihan CEC DAP.

Namun, jika benar-benar ingin dianggap bersih dan telus, DAP boleh sahaja mengadakan pengundian secara terbuka, iaitu dengan mengangkat tangan. Cara ini tentu lebih mudah memandangkan DAP tidak begitu bijak menggunakan komputer untuk pengiraan.

Setakat ini, sudah tiga kali DAP tersalah kira melalui komputer iaitu ketika pemilihan awal CEC, pengiraan semula pemilihan CEC dan juga pembentangan projek terowong di bawah laut yang tersasar sehingga lebih RM2 billion.

Jika pemilihan terbuka dapat dilakukan maka kita pasti DAP akan dapat memulihkan sedikit imejnya yang telah dicop sebagai ‘penipu tegar’. Ketelusan pemilihan CEC DAP adalah penting kerana kita perlu mengelak sebarang kemungkinan sebuah parti penipu turut bertanding dalam PRU yang akan datang.

Sunday, July 28, 2013

Isu Scorpene : Pendedahan Jasbir Singh Selaras Dengan Penjelasan Kerajaan

Akhbar the New Straits Times semalam memberi ruang khas bagi menangani isu fitnah mengenai pembelian kapal selam scorpene serta pembunuhan Altantuya. Isu ini sebelum ini telah pun tenggelam kerana segala pembohongan dan penipuan SUARAM dan pembangkang telah pun terbongkar.

Namun, SUARAM dan pembangkang masih lagi berusaha untuk menghidupkannya mungkin kerana ketandusan isu. Terbaru, SUARAM mengadakan Jamuan Berbuka Puasa dengan bertemakan fitnah ini bagi mengutip derma dari orang ramai. Apa yang dilakukan oleh SUARAM ini amatlah jijik sekali kerana mengajak orang Islam berbuka dengan fitnah dan kemudiannya mengutip derma pula dari mereka.

Justeru, usaha NST untuk memberi penjelasan terperinci mengenai isu ini dilihat sebagai usaha yang tepat bagi menghentikan SUARAM dari terus mengambil kesempatan ke atas orang ramai.

Untuk tujuan itu, NST telah mewawancara Jasbir Singh Chahl iaitu seorang arkitek yang terlibat secara langsung dalam urusniaga ini. Nama Jasbir Singh Chahl pernah digunakan oleh SUARAM dengan mewar-warkan kononnya beliau merupakan antara salah seorang yang telah menerima sapina oleh mahkamah Perancis bagi kes ini. Jasbir pantas menafikannya dengan membuat kenyataan balas melalui media bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang notis sapina.

Dan kini, Jasbir tampil sekali lagi menerangkan apa yang telah diterangkan berkali-kali sebelum ini. Antara fakta yang tidak pernah berubah sama ada dalam wawancara dengan Jasbir, kenyataan pihak Perancis, keterangan di mahkamah dalam kes pembunuhan Altantuya mahupun dalam penjelasan kerajaan Malaysia adalah:

1. Altantuya bukan seorang penterjemah malah penguasaannya dalam bahasa Perancis juga tidak dapat disahkan.

2. Semua yang terlibat secara langsung dalam urusniaga scorpene, termasuk Jasbir, tidak pernah berjumpa dengan Altantuya sepanjang tempoh urusniaga tersebut iaitu pada tahun 2000 - 2002.

3. Altantuya tidak pernah menjejakkan kaki ke Perancis dalam tempoh itu sepertimana yang disahkan oleh polis Perancis.

4. Abdul Razak Baginda yang dikaitkan dengan Perdana Menteri dan Altantuya sekali gus, hanya berjumpa dengan Altantuya pada tahun 2004.

5. Altantuya dibunuh pada tahun 2006.

6. Syarikat DCNS yang menjadi pembekal scorpene menjalankan semua urusannya dengan syarikat di seluruh dunia dalam Bahasa Inggeris serta tidak memerlukan penterjemah apatah lagi dari Mongolia.

7. Syarikat Perimekar yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah dimiliki oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd, LTAT dan juga Boustead.

8. Syarikat Perimekar menerima bayaran atas perkhidmatan logistik, latihan serta pengurusan termasuk menyediakan tempat tinggal kepada 145 staff dan 49 pegawai di Perancis dan Sepanyol.

9. Syarikat Perimekar tidak pernah menerima komisyen bagi pihak Dato’ Seri Najib dan semuanya terbukti dalam laporan audit di mana keuntungan selepas cukai syarikat mencatatkan jumlah sebanyak RM105,111,191.

Semua fakta dan angka yang dibentangkan adalah menepati gambaran penceritaan, kenyataan dan penjelasan semua pihak yang terlibat. Tiada satu pun yang berubah. Apa yang berubah hanyalah angka dan fakta yang dikemukakan oleh SUARAM dan pembangkang. Oleh itu, kita tidak perlu menjadi seorang ‘genius’ untuk melihat pihak mana yang berbohong dan pihak mana yang bercakap benar sekiranya benar ikhlas ingin mencari kebenaran.

Apa yang menarik ialah Jasbir, dikatakan hampir meninggikan suara ketika wawancara kerana berang dengan tuduhan yang tidak berasas pihak pembangkang. Jelas, sebagai seorang arkitek berpengalaman dan telah bekerja dengan syarikat gergasi negara luar sejak berusia 20-an lagi, Jasbir kurang senang apabila namanya diheret ke dalam politik. Beliau sebelum ini pernah bekerja di syarikat pertahanan dan pembinaan di London dan telah terlibat dalam urusan perniagaan berjumlan berbilion dolar.

Dari situ beliau membina hubungan yang baik dengan kontraktor pertahanan di Eropah. Beliau kembali ke Malaysia pada tahun 1981 sebelum menyertai syarikat Thomson-CSF Int. iaitu anak syarikat Thales yang mana membawanya kepada urusan pembelian scorpene oleh kerajaan Malaysia. Dengan penjelasan Jasbir, rakyat Malaysia wajar meletakkan titik noktah ke atas isu skandal scorpene ini. Biarkan SUARAM dan pembangkang terus memainkan isu ini sesuka hati mereka kerana sesungguhnya ia tidak akan ke mana melainkan menghabiskan dana mereka sendiri.

Friday, July 26, 2013

ANWAR, AMBIGA SAMA-SAMA KAKI KELENTONG RAKYAT

Selepas Anwar Ibrahim, pengerusi bersama Bersih, S. Ambiga dilihat sebagai tokoh pro-pembangkang paling kuat kelentong dan pembohongannya. Semasa melancarkan inisiatif Bersih 1.0, Ambiga berjanji memastikan pergerakannya yang diasaskan bersama-sama pemimpin badan bukan kerajaan yang lain tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana parti politik, samada parti kerajaan.

Malah dalam ucapannya di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur Selangor, Ambiga berkata perarakan Bersih untuk menuntuk reformasi kepada proses pilihan raya yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan membenarkan mana-mana parti politik mengetuai bantahan jalanan tersebut. Pemimpin parti politik hanya digalakkan untuk ikut serta tetapi tidak memimpin perhimpunan. Itulah yang dijanjikan dengan penuh berkobar-kobar pada malam pelancaran itu dengan iringan tepukan gemuruh daripada para penyokong yang boleh dikatakan kesenua adalah ahli parti pembangkang atau penyokong mereka.

Walau bagaimanapun realiti apa yang berlaku adalah sebaliknya, kerana janji Ambiga sebagai seorang peguam yang dikenali ramai dan dihormati akhirnya tinggal omongan kosong yang tidak mempunyai nilai. Ambiga hilang langsung integriti dan kredibilitinya sebagai pemimpin Bersih apabila membenar pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Anwar, Mat Sabu, Lim Guan Eng serta ratusan lagi pimpinan PKR, Pas dan Dap untuk mengambil alih perhimpunan tersebut.

Maka terserlah sikap hipokrit Ambiga yang menipu rakyat bahawa Bersih bukan terlibat dalam politik serta ingin menjadi sebuah NGO yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik. Sebenar tindakan beliau membenarkan pembabitan pemimpin pembangkang mengepalai bantahan di jalan raya Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 membuktikan Bersih tidak lain tidak bukan adalah apparat politik kepada pembangkang.

Bersih berselindung disebalik slogan pilihan raya bersih, telus dan adil tetapi hakikatnya segala perancangan dan biayai siri perhimpunan 2.0 dan 3.0 selepas itu semuanya datang dari kantor Anwar. Malah bukan itu sahaja, Ambiga mengaku secara terbuka, perhimpunan haram Bersih dibiayai melalui dana kepunyaan penyangak matawang antarabangsa, George Soros.

Kesanggupan Ambiga menerima bantuan kewangan dari seorang yang pernah menjahanamkan ekonomi dan struktur sosial negara-negara Asia Tenggara termasuk cubaanya ke atas Malaysia adalah amat hina sekali sekiranya beliau mengaku seorang warganegara yang patriotik sebagaimana yang sering didakwanya. Hubungan dengan Soros yang mempunyai hubungkait yang rapat dengan gerakan Zionis sedunia tidak memungkinkan Bersih menjadi bersih dan suci seperti yang ingin ditonjolkan kepada rakyat Malaysia.

Apatah lagi apabila Bersih menjadi alat kepada cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri, sudah tentu akan dicurigai oleh rakyat kerana terpalitnya Ketua Pembangkang itu dengan rangkaian Zionis dan Yahudi termasuk Soros. Selepas kekecewaan pembangkang menawan Putrajaya, Ambiga mengeluarkan kenyataan dengan yang berbeza dari retorik semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-13.

Beliau berkata mahu bersara daripada menjadi pengerusi Bersih dan ingin memberikan obor kepimpinan kepada lapisan generasi muda. Masa berlalu dan kini sudah hampir tiga bulan selesainya PRU13 tetapi Ambiga masih menunjukkan kelibatnya sebagai pemimpin NGO itu. Di mana janji beliau hendak bersara serta meninggalkan Bersih. Bunyi janji Ambiga sekarang dilihat seolah-olah sama dengan sandiwara yang dimainkan oleh Anwar sebelum pilihan raya lalu.

Kata Anwar beliau akan bersara menjadi tenaga pengajar di sebuah universiti di Amerika Syarikat sekiranya kalah dalam PRU13. Namun Anwar memungkiri janjinya seperti mana juga janji untuk berundur daripada dunia politik air yang dibuat di depan mantan Nainb Presiden Indonesia, Jusuf Kalla. Apa yang dilakukan adalah pusingan 360 darjah daripada apa yang janji kepada rakyat dengan mengadakan siri perhimpinan haram Blackout 505.

Inilah kualiti kepimpinan yang ditunjukkan oleh seorang yang bermimpi untuk memimpin negara. Kualiti jelek dan rendah yang sama juga di pamerkan oleh Ambiga yang juga tidak brundur dari Bersih sebagaimana yang dijanjikan tetapi menggerakkan usaha pembangkang untuk menyerang SPR saban hari untuk merosakkan imej institusi itu. Kedua-dua Anwar dan Ambiga tidak lebih daripada badut politik hanya bercakap dan bersuara mengikit selera dan kepentingan politik mereka. Sudah tiba masa rakyat membuka mata tentang pembohongan mereka da tidak terus tertipu dengan retorik kosong bak fatamorgana yang hanya mengasyikkan orang yang melihat.

Anwar Bakal Tubuh Gabungan PAS Demokrat & PKR Berimej Nasionalis-Islamis?

Berita mengenai cadangan pembentukan sebuah parti gabungan PAS dari kalangan berfahaman demokrat dengan PKR ini dipetik dari blog tersohor Blog Gelagat Anwar dan AIDC. Adalah difahamkan bahawa parti gabungan tersebut akan dinamakan Parti Demokrat Rakyat Malaysia (PDRM) dan akan membawa imej ‘nationalist-religious’ atau nasionalis-Islamis.

Usahlah sesiapa daripada UMNO mencebikkan bibir atau mengetawakan ide yang berkiblatkan Indonesia-Amerika ini, tetapi untuk pertama kalinya, renungkan dan cernakanlah maklumat ini baik-baik sebelum bersuara.

Belajarlah mengupas sesuatu berita secara terbuka dan jangan terlalu pantas membela atau menuduh sesiapa. Apa yang dapat diperkatakan mengenai berita ini? Pertamanya, jelas didapati bahawa pihak Anwar/pembangkang telah mengadakan satu post-mortem terhadap PRU-13 yang jitu dan rapi.

Mereka nampaknya mula memahami yang rakyat sudah jelak dengan retorik dan demonstrasi jalanan. Lalu mereka diam sebentar dan mengkaji apa sebenarnya yang rakyat mahukan.

Apa yang penting untuk difahami mengenai pembangkang ialah, walaupun mereka tidak pandai mentadbir dan terpalit dengan berbagai skandal tetapi mereka cukup bijak memainkan persepsi.

Malah, UMNO sendiri mengakui bahawa parti itu kalah dalam perang persepsi. Segala kebaikan UMNO tidak lagi dilihat oleh sebahagian rakyat yang terpedaya dengan persepsi yang dibina oleh pembangkang terhadap UMNO.

Apa yang dibimbangkan ialah nampaknya sehingga ke hari ini, UMNO masih lagi kabur dalam menangani perkara ini.

Sebelum ini pembangkang hanya melihat kepentingan menagih undi bukan Islam sehingga sanggup menggadaikan segala-galanya. Pedih untuk diakui bahawa UMNO juga, malangnya, turut menggunakan strategi yang sama iaitu mengemis undi bukan Islam.

Namun, sekiranya berita yang dipetik di atas adalah benar maka jelaslah bahawa pembangkang sudah belajar dari kesilapan itu. Kegilaan pembangkang merebut undi bukan Islam telah memakan diri di mana majoriti rakyat yang terdiri dari umat Islam akhirnya menolak mereka.

Dan inilah yang menyelamatkan UMNO dalam PRU-13 kerana dalam keadaan di mana kedua-dua pihak membelakangkan pengundi Islam, umat Islam merasakan ada sedikit harapan di bawah UMNO berbanding pembangkang yang didominasi DAP.

Jadi, Anwar/pembangkang sudah memahami bahawa dalam sebuah demokrasi, undi yang perlu direbut adalah undi majoriti, bukan minoriti. Dari situ mereka mengkaji kehendak majoriti dan mendapati bahawa majoriti rakyat amat mendambakan kepimpinan nasionalis! UMNO boleh memperlekeh ide ini sebagai satu lagi retorik pembangkang.

Tidak dinafikan ia memang hanya satu retorik pembangkang. Pembangkang atau Anwar Ibrahim tidak pernah meletakkan prinsip nasionalis dalam perjuangan mereka sejak dari mula dan kenapa mereka perlu menukarnya pada hari ini? Percayalah, mereka tidak akan menukarnya, tetapi sekadar membina imej dan seterusnya persepsi kononnya merekalah parti yang benar-benar prihatin terhadap kehendak majoriti.

Semua ini dilakukan sekadar untuk meraih undi majoriti dan menang pilihanraya sahaja. Oleh itu, Anwar mungkin akan kembali membawa imej Muslim sejati dan bukan lagi pejuang hak asasi. Anwar mungkin akan kembali membela Melayu dan semakin garang dengan DAP. Tentu sekali semua ini lakonan, tetapi jangan terkejut jika ramai yang terpedaya dengan lakonan itu akibat terlalu sangat mendambakan pemimpin nasionalis.

Penulis punya satu cadangan kepada UMNO dalam menangani masalah ini dan menghadapi PRU-14. Inilah dicadangkan agar UMNO membentuk imej nasionalis-professional. Tidak perlu membawa imej Islamis kerana ia hanya akan berakhir dengan terperangkapnya kita semua dalam agenda iblis untuk memecahbelah dan menyesatkan umat Islam.

Lagipun, imej Islamis tidak pernah berjaya kerana hakikatnya, kebanyakan dari kita, termasuk yang mengaku Ulama sebenarnya masih jahil lagi tentang agama. Mesir yang ingin membawa pendekatan politik-Islam juga tumpas akhirnya kerana pemimpinnya hanya melihat Islam dalam satu arah iaitu ‘agama’ semata-mata.

Politik-Islam hanya akan berjaya jika pemimpinnya mempunyai kemampuan dan kebijaksanaan dalam semua bidang, serta tidak menumpukan seluruh perhatian terhadap hukum-hakam agama semata-mata. Justeru, penulis percaya imej nasionalis-professional adalah lebih relevan dalam dunia hari ini di mana rakyat semakin kritis dan sinis.

Apatah lagi dengan hakikat bahawa negara ini bersifat majmuk. Kita tidak boleh memaparkan imej Islamis tanpa membuatkan masyarakat bukan Islam merasa terancam. Tetapi kita boleh mengajak mereka untuk turut menjadi nasionalis, iaitu satu bangsa. ‘Professional’ pula merujuk kepada kecekapan dan keterbukaan dalam pentadbiran, namun tegas dan tidak boleh diperkotak-katikkan oleh sesiapa.

Dan sikap sebeginilah yang perlu dibentuk di dalam UMNO. UMNO perlu hapuskan persepsi yang bersarang di pemikiran rakyat iaitu sebagai parti yang lembab, kampungan dan santai serta korup. Dan ini hanya boleh dilakukan jika UMNO mengambil sedikit masa untuk menilai diri sendiri dan berubah, bukannya menyerang orang atau membela diri dua puluh empat jam sehari.

Jika langkah mengubah persepsi rakyat ini tidak dilakukan segera maka ia hanya akan mengukuhkan lagi persepsi itu sekali gus membawa bencana kepada UMNO dalam PRU-14 nanti. PKR dan ‘PAS Demokrat’, atau PDRM atau apa saja panggilan nama mereka, nampaknya telah mempunyai gambaran yang jelas dan bersedia untuk memperbaiki diri dari segi persepsi.

Biarpun mereka tidak mungkin mampu memerintah dengan baik dan biarpun mereka penuh dengan skandal, korup serta diselaputi najis, namun semua itu tidak relevan dalam era di mana persepsi adalah segala-galanya. Lagipun, memperbaiki persepsi rakyat terhadap UMNO adalah lebih berkesan daripada memberitahu rakyat bahawa mereka telah diperdayakan oleh permainan persepsi pembangkang.

Ingatlah bahawa UMNO punya banyak kelebihan dalam permainan persepsi ini kerana UMNO telah terbukti mampu mentadbir dengan baik. Justeru, imej nasionalis-professional yang bakal ditonjolkan nanti bukan sekadar persepsi, tetapi realiti.

Thursday, July 25, 2013

Analisa : Kemenangan Tengku Zihan Seperti Diramal

Seperti yang telah diramalkan sebelum ini, Barisan Naisonal (BN) pasti tidak akan berdepan dengan laluan sukar, dalam misinya untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Ditambah dengan gerak kerja yang mantap dan menyeluruh, faktor calon yang merupakan orang muda, golongan professional dan datang dari keluarga yang berlatarbelakang agama dilihat antara faktor yang menyumbangkan kepada kemenangan tersebut.

Malah pendekatan BN dengan mengadakan program kemasyarakatan dan bertemu pengundi secara peribadi, lawatan dari rumah ke rumah juga dilihat berjaya mengukuhkan lagi sokongan pengundi terhadap calon BN yang mesra dipanggil 'Abe Ku'.

Berbanding dengan calon Pas selain mempunyai pelbagai isu, gerak kerja kempen yang dilakukan agak hambar dan kurang mendapat sambutan. Malah pendekatan Pas yang mengunakan kaedah lama melalui program ceramah yang diadakan pada setiap malam juga antara faktor kekalahan mereka. Ini kerana majoriti masyarakat Islam-Melayu lebih berminat untuk memberikan tumpuan dengan melakukan aktiviti berbentuk keagamaan.

Ditambah dengan faktor masalah dalaman yang dihadapi oleh parti itu dengan kumpulan ulama dan jentera muslimah, jentera dan para petugas mereka dilihat gagal menarik minat pengundi khususnya kumpulan atas pagar disebabkan gerak kerja yang tidak teratur dan lesu sepanjang tempoh berkempen yang dijalankan.


Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, dan calon PAS Endot@Azlan Yusof, 48.

DUN Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi dan daripada jumlah itu, 17,463 ialah pengundi Melayu, Cina 125 manakala selebihnya pengundi lain-lain bangsa. Kuala Besut mempunyai kira-kira 22,986 penduduk pada keluasan 41 kilometer persegi, kebanyakan terdiri daripada golongan nelayan.

Selain nelayan faktor kakitangan awam juga turut menyumbang kepada kemenangan calon BN. Walauapun Kuala Besut bukan merupakan pusat bandar utama untuk daerah Besut, namun hampir kesemua pejabat kerajaan negeri dan pusat untuk daerah Besut terletak di Kampung Raja iaitu pekan utama yang berada di bawah UN Kuala Besut.

Ini bermakna, pengundi utama yang ada di Kuala Besut adalah golongan nelayan, pegawai kerajaan dan mereka yang terlibat dengan industri pelancongan. Pada PRK ini, BN menetapkan slogan ‘Kuala Besut bertambah Biru’ untuk kempen manakala Pas tampil dengan moto ‘16-16’. Ia merujuk kepada kedudukan kerusi Dun Terengganu sekiranya parti itu berjaya merampas DUN Kuala Besut pada pilihan raya kecil ini.

Hakikatnya, ramai dikalangan pengundi akur isu DUN 'tergantung' kerusi 16:16 bukanlah suatu idea yang bijak. Dengan Kuala Besut sendiri di bawah Parlimen yang diketuai Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, pengundi cukup maklum undi yang diberikan kepada Tengku Zaihan nanti tentu akan dapat merangsang ekonomi Kuala Besut.

Kalau BN menang, manfaatnya lebih banyak berbanding 'carca marba' DUN di bawah pakatan pembangkang,

Pada PRU yang lalu, BN berjaya mengekalkan penguasaanya di Terengganu apabila berjaya memenangi 17 kerusi berbanding pakatan pembangkang yang hanya mempu menguasai 15 kerusi, iaitu 14 daripada Pas dan satu kerusi yang diwakili oleh PKR.

Ketika pilihanraya umum yang lalu, BN meletakkan calonnya Datuk A Rahman Mokhtar yang berjaya memenangi kerusi Kuala Besut  dengan majoriti 2,434 undi sekaligus menewaskan calon Pas Napisah Ismail. Allahyarham Rahman mendapat 8,809 undi berbanding Napisah yang terpaksa berpuas hati dengan 6,375 undi.

Sejumlah 79.78 peratus atau 14,108 orang daripada 17,683 pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam pilihan raya kecil kawasan itu, Rabu. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah itu termasuk 13,188 pengundi biasa, 911 pengundi awal dan sembilan orang pengundi pos.

Lapan pusat pengundian dibuka mulai 8 pagi hingga 5 petang kecuali pusat pengundian Pulau Perhentian ditutup lebih awal pada pukul 3 petang dengan 635 pengundi atau 86.6 peratus penduduk pulau itu telah keluar mengundi.

Perangkaan itu menepati jangkaan SPR yang menyasarkan peratusan keluar mengundi bagi pilihan raya kecil itu mencapai lingkungan 75 hingga 80 peratus. Pengundian berjalan lancar dengan jumlah yang keluar mengundi sejam selepas dibuka sebanyak 15 peratus dan meningkat sekali ganda pada pukul 10 pagi. Ia melebihi 50 peratus pada tengah hari.

Keadaan cuaca cerah antara faktor yang menyumbang kepada peratus keluar mengundi yang tinggi walaupun ia berlangsung pada hari bekerja. Walaupun berlaku sedikit pengurangan dari bilangan peratusan yang keluar mengundi, namun ia adalah merupakan satu perkara yang memang telah dijangkakan. Ini kerana tempoh masa yang pendek antara pilihanraya umum yang lalu telah menyebabkan pengundi luar merasa sedikit keberatan untuk pulang bagi mengundi buat kali yang kedua.

Ditambah dengan faktor sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan diadakan tidak lama lagi, ia turut menyumbangkan kepada penurunan ini. Ia kerana ramai dikalangan mereka ingin menyimpan cuti yang ada bagi digunakan untuk pulang ke kampung ketika Hari Raya nanti.

Ramai menyifatkan pilihan raya kali ini sebagai sangat tenang dan perkara itu turut diakui oleh Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mengatakan PRK ini adalah yang paling tenang sejak beliau berkhidmat dengan suruhanjaya itu.

Pihak polis juga mengesahkan tiada laporan mengenai insiden yang tidak diingini kecuali satu laporan mengenai dakwaan 'pengundi hantu' yang menurut polis individu tersebut adalah seorang lelaki yang tidak siuman. Kira-kira 3,000 anggota polis termasuk 200 pegawai terlibat dalam PRK Kuala Besut bagi mengawal perjalanan kempen dan hari mengundi, sejak 12 Julai lalu.

Wednesday, July 24, 2013

PAS Edar Risalah Palsu?


Walaupun Pas sering mengatakan dasar perjuangan parti itu adalah berdasarkan Islam, namun cara berkempen yang ditunjukkan mereka di pilihanraya kecil (PRK) DUN Kuala Besut jelas mengambarkan sebaliknya. Sekiranya sebelum ini, mereka mengunakan habuan syurga sebagai satu helah untuk memperdayakan pengundi Islam, kini gerakan dan strategi mereka semakin selari dengan pendekatan ‘Matlamat Menghalalkan Cara’ seperti yang sering digunakan PKR dan DAP.

Sebagai contoh, ketika kempen pilihanraya umum ke-13 yang lalu, pakatan pembangkang telah dikesan mengunakan kaedah pengedaran risalah palsu kononnya ketua pembangkang, Anwar Ibrahim mendapat sokongan ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qardawi untuk menjadi Perdana Menteri.

Namun percubaan yang bertujuan untuk menipu dan mengelirukan rakyat itu berjaya digagalkan apabila pihak media arus perdana, dan bloggers Barisan Nasional (BN) berjaya mengesan dan mendedahkan usaha jahat tersebut. Hasilnya rakyat khususnya pengundi mula sedar akan permainan licik tersebut lantas menghukum pakatan pembangkang dengan memberikan mandat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus menerajui kepimpinan negara.

Dengan mengunakan kaedah dan pendekatan yang sama, mereka cuba mempengaruhi pengundi Kuala Besut, dengan pengedaran risalah palsu. Ia ekoran dari beratus-ratus risalah palsu yang dikesan telah diedarkan di seluruh pusat daerah mengundi di Kuala Besut.

Risalah tersebut antara lainnya mengatakan, kononnya beberapa pertubuhan NGO Islam-Melayu mengharapkan agar para pengundi memberikan undi kepada calon Pas bagi merealisasikan semangat melayu bersatu antara Umno dan Pas. Paling menarik perhatian, isu 16-16 ‘1 Kerajaan’ turut digunakan bagi memperdaya pengundi.

Pada kempen PRK ini, Pas membawakan tema '16-16, Terengganu Baharu' kerana mahu menumbangkan kerajaan BN yang kini hanya mempunyai kelebihan dua kerusi dalam DUN Terengganu.

Namun rakyat Terengganu khususnya di Kuala Besut telah diingatkan agar menolak kempen 16-16 yang dimainkan oleh Pas itu. Ini kerana sekiranya keadaan itu berlaku ia hanya akan meletakkan situasi politik tidak stabil kerana perbalahan yang berpanjangan. Sekiranya keadaan 16-16 berlaku, ia juga akan menyebabkan kerajaan negeri tergantung dan bakal menyebabkan keadaan politik menjadi tidak menentu serta menyusahkan rakyat.

Antara NGO yang difitnah kononnya membuat gesaan tersebut ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida).

Kesimpulannya Pas ketika ini benar-benar sedang berada dalam keadaan yang amat terdesak. Isu intergriti dan moral sudah tidak lagi wujud dalam parti yang mendakwa memperjuangankan Islam  Apa yang pasti semakin lama Pas bersama DAP dan PKR, parti itu semakin jauh tersimpang dari norma dan batas kewarasan.


Husam Meraih Undi Simpati Di Kuala Besut Melalui Harakah Dan Keadilan !







Senarai Fitnah Pas, Di PRK Kuala Besut

Berikut adalah senarai fitnah dan penipuan yang telah digunakan oleh Parti ISLAM Se-Malaysia (Pas) sepanjang kempen pilihanraya kecil DUN Kuala Besut.

1.    Presiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang ketika berceramah di Kampung Nail, mengatakan parti itu tidak berminat untuk ‘merampas’ jawatan Menteri Besar Terengganu, sekiranya menang kerusi DUN Kuala Besut. Namun menurut Setiausaha Dewan Ulama, Dr Khairuddin Aman Razali, Pas akan meminta jawatan menteri besar diberikan kepada Hadi sekiranya berjaya dengan strategi 16-16.

2.    Mengedarkan risalah palsu, kononnya Gabungan NGO Islam-Melayu menyokong cubaan Pas untuk mewujudkan kedudukan kerajaan negeri Terengganu 16-16 kononnya sebagai usaha untuk membentuk semangat Melayu bersatu antara Umno dan Pas.

3.    Mengunakan kain rentang palsu untuk menyerang peribadi sekaligus memfitnah calon Barisan Nasional sebagai ‘kaki perempuan’ kerana pantang melihat dahi licin. Tambah menarik mereka turut memfitnah kononnya kain rentang tersebut dibuat oleh Umno.

4.    Haji Hadi ketika ceramah mendakwa sebarang bentuk pemberian ketika pilihanraya adalah merupakan kesalahan rasuah dan berdosa. Tetapi di masa yang sama parti tersebut mengadakan program pemberian minyak motor percuma kepada pengundi Kuala Besut yang berumur 21 tahun ke atas.

5.    Mendakwa kononnya kerajaan Barisan Nasional bertindak zalim dengan merampas tanah rakyat di Kampung Lay Out sedangkan pada hakikatnya ia adalah merupakan kerakusan yang dilakukan, ketika pemerintahan Pas di Terengganu. Mereka telah mengedarkan borang yang mereka buat sendiri dan mengutip sejumlah wang sebagai upah ukur.

6.    Mengunakan Islam bagi mengelirukan orang kampung dengan menjanjikan Syurga kepada mereka yang mengundi parti itu dan menolak Umno dalam PRK DUN Kuala Besut. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz itu boleh dianggap sesat kerana seolah-olah dia merupakan pengedar rasmi borang untuk Syurga.

7.    Nik Aziz juga mendakwa kononnya Umno hanya membina masjid tetapi tidak bersembahyang. Nampaknya selain memegang jawatan sebagai pengedar rasmi borang untuk Syurga, bekas Menteri Besar Kelantan itu turut menyandang jawatan penulis amalam solat orang Umno.

8.    Pas mendakwa kononnya Menteri Besar Terengganu telah memberikan habuan tanah untuk 1 lot rumah kepada semua wakil rakyat Umno. Namun dimasa yang sama Pas gagal menjelaskan kepada rakyat berhubung pemberian tanah seluas 150 ekar kepada wakil rakyat parti itu termasuk isteri mereka pada tahun 1999 hingga 2004  untuk  dijadikan ladang limau

9.    Parti yang mendakwa sebagai memperjuangkan Islam itu juga didapati berbohong apabila mengatakan ada dikalangan ahli keluarga Tengku Zihan yang ingin berjumpa dengan pimpinan mereka bagi menyatakan hasrat mrnyokong Pas. Sedangkan ketika program perjumpaan “Keluarga Tuan Fatimah Tuan Long” yang dianggarkan sekitar 3,000 orang semua di kalangan mereka menyatakan sokongan dan berikrar untuk terus mengundi BN.

10.  Mereka juga turut mengunakan isu kononnya calon BN, bukan merupakan anak tempatan, sedangkan pada hakikatnya Tengku Zihan adalah merupakan anak jati yang dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Besut. Malah menurut ibunya, Tengku Zihan dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Nail serta sangat rapat dengan masyarakat sekitar.

Tuesday, July 23, 2013

Gabungan Parti Cina : Komponen BN Kekal Sebagai Parti Berasaskan Kaum

Struktur Barisan Nasional yang terbahagi kepada parti berasaskan kaum telah terbukti sebagai formula keharmonian dan kemakmuran yang berjaya. Formula ini memastikan setiap kaum mempunyai suara yang lantang melalui parti masing-masing serta tidak berhadapan dengan risiko terpinggir oleh kepimpinan tertinggi. Setiap parti kemudiannya mempunyai ruang untuk menjadi pendesak kepada kepimpinan tertinggi BN.

Kepimpinan tertinggi BN pula bertanggungjawab untuk berbuat sebaiknya bagi mendapatkan keputusan secara muafakat ke atas setiap isu yang dibangkitkan. Dan matlamat terakhir adalah pasti iaitu ‘kebaikan bersama’. Seperti yang kita sedia maklum, struktur BN ini sering dijadikan sasaran kritikan pembangkang sebagai ‘rasis’. Inilah diingatkan bahawa pembangkang di Malaysia masih belum matang.

Sehingga ke hari ini, semua kritikan mereka tidak membawa tujuan membina. Telah terbukti kini bahawa semua yang didesak dan dikritik oleh mereka hanya membawa kepada keadaan yang jauh lebih buruk. Contohnya, ISA, Akta Darurat, Dakwat Kekal dan Akta Hasutan. Dalam kata lain, kritikan yang keluar dari mulut pembangkang adalah kritikan yang membinasakan kerana itulah matlamat mereka iaitu membinasakan BN, bukannya mengukuhkan negara.

Justeru, tekanan pembangkang agar BN menjadi tidak rasis dengan menukar struktur parti adalah sebenarnya bertujuan untuk melemahkan BN. Berikutan dengan kekalahan teruk semua parti Cina di dalam komponen BN dalam PRU-13 yang lalu, terdapat saranan agar kesemua parti-parti tersebut bergabung sahaja. Secara dasarnya, penggabungan tidak membawa apa-apa perbezaan dari segi kekuatan sekiranya sikap dan pendekatan masih sama. Namun, tidak dinafikan ia mungkin mampu memudahkan pengurusan di semua peringkat dan mungkin juga mampu menjimatkan kos dalam beberapa segi.

Bagaimanapun, penggabungan wajib mengambil kira struktur asal dengan mengekalkannya sebagai parti yang berasaskan kaum. Ini kerana, seperti yang dikatakan di atas, struktur inilah yang membawa kejayaan kepada Malaysia, hatta kaum Cina terutamanya, yang telah menolak BN dalam PRU lepas akibat percaya bahawa kerajaan telah menindas mereka. Telah terbukti bahawa parti semua kaum sebenarnya tidak akan mampu membela semua kaum.

Sebaliknya, yang terbela hanyalah kaum yang mewakili kepimpinannya. Contoh paling jelas ialah DAP. Parti DAP diterajui oleh kaum Cina dan sejak penubuhannya sehingga kini tiada siapa dari kaum lain yang dapat ‘menembus’ penguasaan kaum itu walaupun di peringkat Bahagian. Malah, kepimpinan DAP memastikan pula mana-mana individu dari kaum lain yang diberikan jawatan penting, merupakan individu yang mempunyai karektor yang cukup lemah iaitu boleh dipijak atau dimanipulasi dengan mudah, supaya matlamat Ketuanan Cina tercapai.

Paling jelek ialah apabila DAP meletakkan seorang Cina dengan nama Melayu bagi mewakili Melayu, semata-mata untuk mengaburi atau menipu orang Melayu ‘hidup-hidup’. PKR juga sama. Walaupun dikatakan sebagai parti berbagai kaum, namun apakah logik jika Anwar membenarkan PKR diterajui oleh kaum lain, atau orang lain selain keluarga dan kroninya? Begitu juga Gerakan, apakah mungkin Gerakan diterajui kaum lain selain Cina, walaupun ia kononnya sebuah parti berbagai kaum? Jawapannya, tidak mungkin sama sekali.

Sebaliknya, kaum-kaum minoriti dalam parti-parti majmuk ini semua hanyalah tidak lebih dari tunggul atau simbol hipokrasi semata-mata. Jelas, hanya melalui sistem parti berasaskan kaum maka satu-satu kaum itu akan benar-benar terbela. Oleh itu, inilah ditegaskan bahawa sekiranya MCA, Gerakan dan SUPP benar-benar ingin bergabung, mereka wajib menjadi parti yang mewakili kaum Cina dan tidak boleh bersifat majmuk. Janganlah kita terpedaya dengan asakan pembangkang yang menuduh UMNO dan MCA sebagai rasis. Hakikatnya, struktur BN yang berasaskan kaum itulah yang menjadi kunci keteguhan Malaysia. Dan tiada apa yang lebih diinginkan pembangkang, selain dari membuka kunci itu!

Jasa PR Pada Malaysia: Jenayah Meningkat, Provokasi Kaum Menjadi-jadi !!!


Pakatan Rakyat, melalui agen-agennya seperti SUARAM merupakan pendesak utama kepada penghapusan ISA, Akta Darurat dan Akta hasutan.  Alasan mereka, akta-akta ini telah menyekat kebebasan serta tidak adil kerana membenarkan seseorang ditangkap tanpa bicara. Untuk itu, Harakah pada hari ini terus menyiarkan kisah anak-anak tahanan ISA bagi meraih simpati rakyat sekali gus mencemuh akta itu. 

Akhirnya, atas desakan PR, kesemua Akta tersebut dihapuskan dan mereka pun bersorak gembira sebagai tanda kemenangan.  Kata mereka, kerajaan akhirnya berbuat sesuatu yang tepat apabila mendengar desakan mereka.   

Namun, malang sekali kerana ia tidak bermakna mereka akan berhenti dari menyerang kerajaan, dan jauh sekali menyokong BN. Lebih malang ialah mereka mengutuk dan menghentam BN pula apabila kadar jenayah meningkat dan provokasi menjadi-jadi. 

Akibat dari ketiadaan undang-undang pencegahan maka pihak berkuasa sukar untuk membanteras jenayah dengan lebih berkesan. Keadaan menjadi lebih teruk apabila penjenayah yang ditangkap atas dasar pencegahan pula terpaksa dibebaskan. 

Hasilnya, ialah apa yang kita lihat berlaku pada hari ini iaitu kejadian bunuh, tembak, rompak dan pergaduhan meningkat dengan mendadak. Selain itu, ramai yang semakin berani menghina dan mencabar agama Islam dan juga Institusi Raja-raja secara terbuka dan melampau. 

Hari ini, pemimpin PR tidak lagi mendabik dada bangga kerana berjaya melepaskan penjenayah.  Mereka juga enggan bertanggungjawab terhadap sikap biadap beberapa individu yang menggunakan hak kebebasannya untuk menghina dan menghasut sesuka hati. Mereka yang ditangkap terpaksa dilepaskan kerana tiada akta yang membolehkan mereka ditahan. 

Dan pemimpin PR terus bersikap seolah-olah mereka tidak ada kena mengena dengan kekalutan yang berlaku akibat ketiadaan Akta-akta di atas. Sebaliknya, mereka meletakkan segala-galanya ke atas bahu kerajaan BN.   

Dari situ juga mereka mula membina persepsi terhadap BN sebagai kerajaan yang lemah. 

Rakyat harus lebih bijak dalam menilai apa yang berlaku dan jangan sekali-kali terlepas pandang akan motif dan sikap PR itu sendiri. 

Pernahkah kita bertanya kenapa PR begitu gemar membela orang salah? Kenapa PR perlu mendesak agar dilepaskan penjenayah?  Kenapa PR ingin membuka negara ini kepada risiko ketidakstabilan? 

Apakah motif PR sekadar untuk ‘mengenakan’ BN, atau sememangnya mereka benar-benar percaya bahawa penghapusan akta-akta tersebut adalah tepat?  

Sebelum ini, PR juga ada mendesak kepada penggunaan dakwat kekal dalam PRU.  Dakwat kekal, seperti yang ditegaskan oleh SPR ketika enggan melayan desakan mereka pada mulanya, merupakan sistem yang tidak efisien dan hanya diguna di negara dunia ketiga. Namun, PR tetap mendesak dan mengasak penggunaannya sebagaimana hebatnya mereka mendesak agar Akta-akta di atas dihapuskan juga. 


Akhirnya terbuktilah sudah bahawa apa yang diinginkan sangat oleh PR itu merupakan satu kesilapan. Dakwat kekal ternyata tidak lebih dari satu prosedur tambahan yang tidak efisien dan tidak mampu mengatasi sistem sedia ada.   Maknanya, kita telah mengeluarkan kos ke atas sesuatu yang tidak perlu. 

Kesimpulannya di sini ialah PR tidak pernah membawa idea yang bernas dan tepat. Semua idea yang didesak oleh PR ke atas kerajaan adalah idea yang salah, bodoh dan merugikan semua pihak. Dalam soal undang-undang pula, idea yang mereka kemukakan ternyata membahayakan rakyat juga. 

Sebagai langkah ‘pembetulan’ dari idea-idea PR yang menyusahkan semua pihak ini, Ketua Polis, bekas Ketua Polis dan juga Menteri Dalam Negeri telah mencadangkan penggubalan Akta pencegahan baru bagi mengawal keadaan. Justeru, kita berharap agar Akta-akta baru ini akan dapat menangani segala kelemahan yang dibawa oleh idea-idea pembangkang. 

Gabungan MCA-Gerakan-SUPP : Langkah Mengurangkan Kuasa UMNO?

Perbincangan mengenai penggabungan ketiga-tiga parti komponen BN, iaitu MCA, Gerakan dan SUPP yang mewakili masyarakat Cina, kini ditangguhkan sehingga selepas pemilihan parti masing-masing.   Perbincangan ini adalah bertitik-tolak dari keputusan PRU-13 yang lalu di mana ketiga-tiga parti ini telah kalah teruk. 

Tidak salah jika dikatakan bahawa  BN pada umumnya masih lagi terpinga-pinga dalam mencari kesilapan di dalam PRU-13 lalu di mana keputusan langsung tidak menepati jangkaan dan maklumat para strategis.   Berikutan itu, ramai telah tampil mengkritik parti atas kelemahan pihak yang mengatur strategi. 

Akhir-akhir ini, kritikan semakin menjadi-jadi apabila strategi yang sama iaitu ‘akur dengan tekanan pembangkang’ tetap diteruskan juga walaupun ternyata ia merupakan strategi yang salah.   Laman-laman sosial penyokong BN ratanya-ratanya merungut kerana suara mereka tidak didengar dan sebaliknya, suara pembangkang, Majlis Peguam, SUHAKAM, BERSIH dan SUARAM lebih diberi perhatian. 

Kata mereka, kerajaan telah keliru antara ‘rakyat’ dengan ‘Pakatan Rakyat’.

Selain faktor strategi yang salah, semua pihak turut menuding jari kepada MCA, Gerakan dan SUPP yang gagal menjalankan tugas mereka untuk menarik pengundi Cina.  MCA hanya menang 7 dari 37 kerusi Parlimen dan 11 dari 90 kerusi DUN.  Gerakan hanya menang 1 dari 11 kerusi parlimen dan 3 dari 31 kerusi DUN manakala SUPP pula hanya menang 1 dari tujuh kerusi parlimen.  Pendek kata, 97% dari kaum Cina telah menolak BN dalam PRU-13.

Secara dasarnya, ketiga-tiga parti Cina ini telah mengaku bersalah.  Berikutan dari itu, MCA enggan menerima sebarang jawatan kabinet atas dasar ketanggungjawaban.  Namun, sama ada MCA, Gerakan dan SUPP, ketiga-tiganya nampaknya masih terkial-kial mencari cara untuk menangani kekalahan mereka. 

Umum sedia maklum bahawa masyarakat Cina menolak parti Cina dari komponen BN bukan kerana mereka tidak berjasa, bukan juga kerana pemimpinnya punya skandal atau korup.   Tetapi, masyarakat Cina menolak MCA, Gerakan dan SUPP kerana menuduh ketiga-tiga parti ini sebagai ‘Pak Turut’ kepada UMNO.  

Justeru, bagi memahami penolakan kaum Cina terhadap ketiga-tiga parti itu, kita wajib terlebih dahulu memahami apa yang mereka maksudkan dengan ‘Pak Turut UMNO’.   

Bagi majoriti masyarakat Cina yang dididik di Sekolah Vernakular, maksud menjadi ‘Pak Turut UMNO’ itu ialah bersuara senada dengan UMNO dan MIC dalam mendokong Perlembagaan yang tercatat di dalamnya Hak Istimewa Bumiputera dan Agama Islam sebagai agama rasmi.   Ia juga bermakna mengiktiraf Raja-raja Melayu serta menjulang semangat nasionalisme.  Dan ‘Pak turut UMNO’ juga bermakna menerima Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa utama dan bukannya Bahasa Mandarin.   

Secara ringkasnya, masyarakat Cina menolak mentah-mentah aspirasi dan identiti negara ini.  Bagi mereka, aspirasi dan identiti negara adalah UMNO dan mana-mana parti yang turut membawa aspirasi dan identiti UMNO harus ditolak mentah-mentah.  

Parti Gerakan dikhabarkan memberi syarat penggabungan sebagai wajib bersifat majmuk iaitu bukan berdasarkan satu kaum.  Kata mereka, parti berdasarkan kaum tidak lagi relevan dan buktinya, DAP telah mendapat sokongan padu masyarakat Cina kerana bersifat majmuk.  Kesepakatan DAP dengan PAS dan PKR pula kemudiannya memberi imbuhan yang lebih lagi  kepada DAP. 

Apa yang Gerakan gagal fahami ialah DAP merupakan parti yang berasaskan kaum, iaitu kaum Cina.  Kaum lain di dalam DAP adalah sekadar menjadi tunggul di mana kewujudan mereka hanyalah sebagai penyamaran bagi menutup sifat rasis tegar Cina parti itu.  Apa yang lebih  teruk, DAP bukan sahaja didominasi oleh kaum Cina, tetapi oleh satu keluarga atau keluarga tertentu sahaja.   

Berbeza dengan BN, walaupun UMNO menerajui parti ini tetapi masyarakat Cina punya suara yang cukup lantang melalui MCA, Gerakan atau SUPP.   Buktinya, kedudukan masyarakat Cina hari ini cukup selesa dan mewah sehingga mengatasi kaum-kaum lain di Malaysia.   

Satu-satunya sekatan ke atas kelantangan suara masyarakat Cina melalui ketiga-tiga parti ini ialah apabila ia melanggar aspirasi dan identiti negara.   

Justeru, jika gabungan MCA, Gerakan dan SUPP adalah dengan niat untuk menekan kerajaan agar menukar aspirasi dan identiti negara bagi mengembalikan sokongan masyarakat Cina kepada BN, maka eloklah mereka lupakan saja.   Ini kerana aspirasi dan identiti negara bukan sesuatu yang dibentuk oleh UMNO, tetapi terbentuk berdasarkan sejarah, budaya dan persekitaran secara semulajadi.  Semua warganegara wajib menghayati aspirasi dan identiti negara sendiri dan tidak boleh menolaknya hanya kerana ia tidak menepati citarasa kaumnya. 

Kesimpulannya, bergabung atau tidak bukan isunya.  Isunya ialah apakah MCA, Gerakan dan SUPP masih lagi berpegang kepada aspirasi dan cita-cita yang sama yang telah termeterai dalam Perikatan suatu ketika dahulu?  

Apakah mereka mempunyai semangat nasionalisme dan patriotisme yang sama dengan UMNO dan MIC serta menerima identiti Malaysia seadanya, iaitu sebuah negara majoriti Melayu dengan pengaruh budaya Melayu yang kuat?  Apakah mereka menerima Islam sebagai agama rasmi negara dan bahawa Raja-raja Melayu menjadi pelindungnya?   Apakah mereka menghayati sejarah negara ini?  Apakah mereka mendokong Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi, Inggeris sebagai bahasa kedua dan Mandarin hanya sekadar bahasa sampingan? 

Sekiranya MCA, Gerakan dan SUPP tidak mampu menepati perjuangan BN maka tiada ertinya lagi duduk di bawah payung yang sama.  Adalah lebih baik parti-parti ini menentang BN secara terang-terangan daripada berusaha untuk mengubah haluan BN dari dalam.   Dalam ertikata lain, lebih baik menjadi musuh di seberang daripada bergulung dalam selimut yang sama.  Lebih baik menjadi pisau yang bersedia menikam daripada menjadi gunting di dalam lipatan.

Pengundi Tempatan Berpendapat, BN Akan Peroleh Majoriti Lebih Tinggi (3,500)

PAS dengan susah payah terpaksa berusaha keras supaya kehadiran mereka di Kuala Besut benar-benar dapat mencabar kedudukan Barisan Nasional (BN) dalam usaha memenangi kerusi dun berkenaan. Namun, realitinya mereka semakin jauh ketinggalan berbanding Barisan Nasional.

Hanya berbekalkan tiga hari untuk berkempen sebelum hari mengundi, jentera parti PAS sedang berusaha sedaya upaya untuk mengambil hati pengundi dengan ceramah mereka pada setiap malam. Walaupun mendapat sambutan hambar dikalangan penduduk Kuala Besut.

Para penceramah undangan parti tersebut, termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu telah mencuba untuk menaikkan isu nasional seperti tuduhan korupsi dan projek gajah putih di Terengganu, namun sambutan tetap hambar tanpa apa-apa reaksi daripada pengundi.

Pengundi tempatan yang kebanyakkannya adalah nelayan dan petani, lebih berminat dengan hal-hal harian yang berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka. Ini termasuk keperluan untuk membina pemecah ombak di jeti dimana bot-bot nelayan boleh berlabuh dengan selamat daripada angin monsun.

Golongan pengundi di Kuala Besut adalah mereka yang boleh dikatakan kuat agama dimana surau dan masjid boleh dilihat dari jarak 100 meter dari setiap sudut pandangan. Ini menunjukkan betapa berakarnya kepercayaan dan budaya Islam di dalam diri mereka.

Hanya ada beberapa kedai Cina yang kelihatan di Kuala Besut, kebanyakkan adalah berdekatan jeti untuk ke Pulau Perhentian.

Satu-satunya mesin ATM di sini adalah Bank Simpanan Nasional, ramai peniaga mengadu bahawa ini mendatangkan kesukaran bagi mereka kerana kemudahan ATM lain hanya ada di Jertih yang jauhnya adalah lebih kurang 20 km dari Kuala Besut.

Tidak boleh dinafikan bahawa PAS adalah parti dominan di pekan yang menjadi titik pemisahan antara Terengganu dan Kelantan. Sebanyak separuh dari 31,312 penduduk di sini boleh dikatakan dari Kelantan dan hanya 17, 679 daripada mereka berasal dari Kuala Besut.

Walaubagaimanapun, pengaruh PAS semakin terhakis di kemuncak pertarungan antara PAS dan UMNO, apabila ia telah menyebabkan perpecahan diantara masyarakat dan keluarga. Kejadian dua imam dan pengasingan masjid juga berlaku di sini.

Itu berlaku pada tahun 80an dimana insiden seperti itu amat jarang untuk dilihat. Kini Kuala Besut adalah sebuah kawasan yang aman damai dimana rumah-rumah kayu berdiri seiring dengan pembangunan bangunan besar. Walaupun telah bertukar menjadi bandar moden, ia masih lagi mengekalkan ciri-ciri kampung dan tradisionalnya.

Sekiranyan dilihat dari kisah lama Kuala Besut, tindakan PAS menggunakan isu agama dan kaedah PR untuk memburukkan kerajaan tidak ditelan bulat-bulat oleh orang tempatan.

Sedang sibuk PAS dan PR memfitnah dan mengadu domba, BN pula sibuk berkempen dan memberikan fokus utama kepada projek pembangunan rumah untuk rakyat tempatan di Kuala Besut.

Selepas 10 hari berkempen secara sederhana dan berterusan, BN telah meninggalkan PAS jauh kebelakang sehingga penduduk tempatan pun berpendapat bahawa majoriti BN akan menjadi lebih tinggi sehingga 3,500 berbanding 3 bulan lepas dengan 2,434 undi.