Kenapa jadi macam tu? Pos Malaysia
ada masalah ke dengan penghantaran surat-surat kelulusan BR1M ini? Adakah posmen
buat kerja sambil lewa disebabkan bayaran pos sudah dijelaskan sampai awal atau
lambat pos dah terima bayaran, macam tu???
Kalau dulu-dulu surat sampai
paling lewat pun tak sampai seminggu. sejak caj pos naik, perkhidmatan pos
nampaknya semakin kurang pantas dan kurang cekap. Dan ada juga yang mengadu nampak posmen main
campak-campak saja surat-surat BR1M tu. Adakah berkemungkinan sebab posmen yang
bertugas ini bukan penyokong kerajaan dan berniat mensabotaj penghantaran
surat-surat tersebut? siapa yang nak jawapkan ni?
Yang jenuh nak menjawab pihak
yang menyediakan tempat pemberian BR1M ini, kerana nombor telefon pejabat
memang sudah jadi popular disebabkan setiap kali pertanyaan dibuat, pihak LHDN
akan memberikan nombor pejabat berkenaan. Tapi masalahnya pertanyaan dari luar
kawasan parlimen berkenaan juga diberikan nombor telefon yang sama.
Macam mana nak semak kalau
dari awal sudah diketahui nama mereka tiada dalam kawasan parlimen berkenaan? yang
jadi mangsa kena marah ialah kerani pejabat tu. sudahlah surat lambat sampai,
lepas tu pulak tempat nak kena ambil baucar terlalu jauh kalau sudah terlepas
tarikh yang ditetapkan.
Kerja harian si kerani
terganggu kerana terpaksa menjawab pertanya berkenaan baucar BR1M. kalau setakat
jawab 2 atau 3 minit tak apalah jugak tapi kalau dah sampai setengah jam atau
lebih sampai menyebabkan kerja harian pejabat terjejas, apa kes la pulak...! Kalau macam tu baik jadi operator BR1M
saja tak payah buat kerja lain. kena marah dengan boss lagi. macam mana tu?
No comments:
Post a Comment