Dengan termeterainya MOU
Penstrukturan air, maka rakyat Selangor sudah mampu melihat cahaya di hujung terowong. Walaupun penyelesaian isu air bukan
bersifat segera, namun, ia sudah cukup untuk rakyat menarik nafas lega kerana
sekurang-kurangnya, penyelesaian adalah hampir pasti.
Walaubagaimanapun, kelegaan
rakyat disambut dingin oleh beberapa pemimpin PKR Selangor.
Antaranya, Anwar Ibrahim
sendiri yang mempersoalkan tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abd. Khalid Ibrahim
yang menandatangani MOU tanpa merujuk kepadanya. Selain itu, Pengarah Strategi PKR,
Rafizi Ramli juga mempertikai tindakan Khalid dengan mempersoalkan kos yang
terlibat. Menurutnya, penstrukturan air di Selangor dengan kerjasama
Putrajaya boleh mencecah RM20 bilion, bukan seperti anggaran awal RM9.65 bilion
seperti yang diumumkan.
Rafizi menegaskan bahawa PKR
tidak bersetuju dengan kandungan MOU yang melibatkan pembinaan loji rawatan
Langat 2.
Rafizi menyentuh isu-isu
teknikal berkenaan pengambil-alihan empat syarikat konsesi air dan juga
pembinaan Langat 2 yang dikatakan tidak menepati jumlah kos yang
diumumkan. Beliau
membayangkan yang proses ini bakal melibatkan dana awam, sekali gus menaikkan
tariff air. Rafizi kemudian mendesak Khalid mendedahkan butiran MOU kepada
rakyat.
Sekali imbas, Rafizi
kedengaran seolah-olah benar-benar prihatin dengan nasib rakyat yang mungkin
akan terpaksa menghadapi kenaikan tariff air. Namun, bila difikirkan semula,
prihatinkah Rafizi jika kononnya tidak mahu bebankan rakyat dengan kenaikan
tariff air tetapi sanggup pula membebankan rakyat biar tiada air
terus?
Kenyataan Rafizi seterusnya
membuatkan kita kembali tersedar bahawa PKR hanya bermain politik dan tidak
sedikit pun prihatin dengan nasib rakyat.
Segala-galanya terdedah
apabila Rafizi berkata, “Dengan kelulusan pembinaan Langat 2, kerajaan
negeri Selangor kehilangan satu-satunya senjata yang dimiliki untuk berdepan dengan
kerajaan pusat dalam isu air.”
Kenyataan tersebut secara
langsung membuktikan bahawa PKR telah selama ini sengaja enggan bekerjasama
dengan kerajaan pusat dalam menyelesaikan masalah air di Selangor kerana ingin
menjadikan isu ini sebagai ‘senjata’ untuk menyalahkan BN.
Dalam kata lain, PKR sengaja
membiarkan rakyat menderita dan sengsara ketiadaan air semata-mata untuk
‘bermain politik’.
Justeru, tidak hairanlah sejak
mula mengambil-alih Selangor, PKR beria-ia menafikan yang Selangor bakal
menghadapi masalah air walaupun telah diberi amaran oleh pakar. PKR juga dengan megah mengaku
kononnya akan menyelesaikannya dengan cara merawat air lombong, menggunakan
teknologi canggih seperti membran, yang kononnya jauh lebih murah dan
sebagainya. Untuk itu, PKR telah menjemput pakar-pakar dari Kanada untuk
membuat pembentangan dan mengemukakan penyelesaian.
Namun, akhirnya, ternyata
sudah bahawa semua itu hanyalah wayang politik sahaja.
Apabila masalah air
benar-benar meruncing, PKR mula gelabah dan Khalidlah yang menjadi
mangsanya. Lalu, bagi
menyelamatkan diri, Khalid perlu kembali ke pangkal jalan dan memeterai
perjanjian dengan Putrajaya bagi membolehkan masalah ini selesai.
Berdasarkan apa yang berlaku
dan juga kenyataan Rafizi, jelaslah sudah bahawa PKR tidak pernah peduli jika
rakyat sengsara asalkan mereka boleh memanipulasi isu bagi menyalahkan
BN.
Bayangkan jika Khalid tidak
menerima penyelesaian yang dikemukakan oleh kerajaan Pusat, masalah air sudah
tentu tidak akan selesai selagi PKR memerintah. Kini, apabila masalah hampir selesai,
PKR tidak segan silu pula menyatakan ketidakpuasan hati dan lebih suka jika
rakyat terus menderita demi sedikit ‘modal’ untuk dijadikan ‘senjata’ politik
mereka.
No comments:
Post a Comment