Media barat yang berprestij seperti CNN, Al-Jazeerah, Fox News dan sebagainya selalu dikaitkan dengan laporan berintegriti dan benar. Mereka dijadikan rujukan bagi para pengkaji dan dianggap sebagai salah satu sumber maklumat yang penting kepada warga dunia.
Namun begitu, setelah dikaji dan diteliti semula, kebanyakkan maklumat yang dikeluarkan media barat tidak lah setepat yang kita sangka. Malah, ada diantara yang mereka keluarkan langsung tidak tepat dan di reka cipta atas agenda tertentu.
Tragedi MH370 merupakan salah satu insiden di mana media barat telah memainkan peranan untuk mensabotaj dan memalukan Malaysia. Walaupun dengan nama segah CNN, mereka sering menayangkan perkara-perkara yang negatif yang tidak tepat untuk tatapan seluruh dunia. Apa yang boleh dikatakan ialah, media barat seolah-olah mempunyai agenda tertentu agar pihak berkuasa di Malaysia nampak seperti tidak cekap dan gagal mengawal keadaan.
Contoh penipuan paling besar adalah siri wawancara yang disiarkan oleh Fox News yang sering mengetengahkan kononya tragedi MH370 itu adalah disebabkan oleh juruterbang yang beragama Islam. Pada pandangan Fox News jika seseorang itu tidak berkulit putih maka mereka adalah pengganas yang perlu dihapuskan. Tetapi disebabkan oleh kebebasan media tanpa sekatan Amerika Syarikat berita-berita rasis seperti ini masih lagi boleh disiarkan hanya kerana atas nama kebebasan bersuara.
Jika kebenaran yang dicari oleh agensi media barat, apakah kiranya mereka tidak terus memberikan sokongan dan melaporkan maklumat yang telah diberikan oleh Kerajaan Malaysia. Maklumat yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia bukanlah diambil dari satu sumber, tetapi ianya adalah hasil dari perkongsian data daripada 26 buah negara yang terlibat secara langsung dalam operasi dan menyelamat MH370.
Kerajaan Malaysia telah memberikan maklumat yang tepat dan lengkap untuk panduan bersama bagi seluruh penduduk dunia. Namun, tidak tahu dimana salahnya, media barat tetap memainkan isu konspirasi dan kegagalan pihak berkuasa Malaysia. Ini dijadikan modal oleh musuh dalaman dan luaran Malaysia untuk terus dijadikan modal bagi memfitnah pihak kerajaan persekutuan. Sungguhpun begitu pujian harus diberikan kepada pihak tentera negara lain yang sedang berusaha sedaya upaya untuk membantu dan menyelesaikan masalah ini.
Pihak media barat ternyata ingin mewujudkan sentimen negatif apabila menjemput pula Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim untuk memberikan komen tentang apa yang telah terjadi dengan penerbangan MH370 tersebut. Sudah tentu Anwar yang sudah lama berdendam dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia akan memberikan pandangan sehabis buruk dengan situasi kini. Apa natijahnya pihak media barat memaparkan maklumat yang bercanggah dan hanya spekulasi? Adakah mereka berkhidmat untuk pihak tertentu yang ingin menjatuhkan kerajaan yang sedia ada?
Dengan kebanjiran pelbagai gossip dan cerita palsu, media barat tanpa segan silu menyebarkan tentang konspirasi, dan ianya lebih daripada apa sebenarnya yang telah dijumpai oleh para penyiasat antarabangsa. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersama menegakkan kebenaran dan memberikan sokongan penuh kepada Malaysia. Tidak kira fahaman politik, agama, bangsa dan taraf ekonomi perlu mempertahankan maruah dan imej Malaysia daripada di fitnah oleh konspirasi yang telah direkacipta untuk selera rakus kapitalis media barat.
1 comment:
Casino-King - Mapyro
Casino-King in 춘천 출장마사지 Lemoore, LA is 당진 출장안마 open 강릉 출장마사지 daily 24 hours. The casino offers an incredible 광양 출장샵 variety of 상주 출장안마 games and entertainment. View hours, see maps,
Post a Comment