Tindakan individu yang mendakwa
dirinya sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP, yang mendakwa ingin turut sama
membantu dalam usaha mengesan misteri kehilangan pesawat MAS #MH370 dilihat
sebagai satu tindakan untuk mencari publisiti murahan. Perbuatan yang jelas
bertentangan dengan hukum agama kerana mengamalkan perbuatan khurafat itu turut
disifatkan keterlaluan kerana mencemarkan imej negara.
Media sebelum ini melaporkan kenyataan
bomoh terbabit, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80 yang mendakwa kononnya dia
mendapat alamat bahawa kesemua penumpang pesawat terbabit dipercayai masih
berada dalam keadaan selamat di satu lokasi tertentu terletak antara Laut China
Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dipastikan.
“Saya nampak pesawat itu masih tergantung
di ruang udara, di tengah -tengah ketiga-tiga lokasi terbabit. Saya tak dapat
jelaskan secara terperinci soal keselamatan mereka tetapi percaya pesawat itu
mungkin berada dalam dua keadaan sama ada diculik oleh pihak tertentu atau
disembunyikan di alam ghaib”, katanya di KLIA beberapa hari yang lepas.
Ketika melakukan ‘upacara’ mengesan
pesawat yang hilang itu, bomoh tersebut telah menggunakan buluh yang dijadikan
sebagai teropong dan bubu ikan sebagai simbolik yang akhirnya mendapatkan
kecaman pelbagai lapisan masyarakat khususnya kaum keluarga dan waris para
penumpang #MH370.
Belum pun isu tersebut reda, masyarakat
sekali lagi dikejutkan dengan tindakan bomoh tersebut yang melakukan satu lagi
‘upacara’ ritual dengan mendayung sampan di hadapan puluhan petugas media
tempatan dan asing.
Pengerusi Sekretariat Ulama Malaysia
(Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya di dalam kenyataan semalam mengesa pihak
berkuasa agama Islam di negara ini mengambil tindakan terhadap amalan yang
mempunyai unsur syirik itu.
Menurutnya ‘upacara’ ritual itu bukan saja mencemar nama baik umat Islam di negara ini secara keseluruhannya tetapi turut menjejaskan juga imej negara kerana dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang menjadi pintu keluar masuk negara.
"Kita bukan hendak menghukum semua bomoh. Jampi bukan tidak ada dalam Islam, ada. Tetapi ruqyah atau jampi dalam Islam hanya dengan membaca Al-Quran saja. Dalam Islam, kita berdoa memohon pertolongan kepada Allah," katanya.
Seterusnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) di dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan semalam turut menyelar
tindakan bomoh tersebut dengan menyatakan amalan bomoh tersebut telah
diharamkan oleh Jakim sejak 2004 kerana bertentangan dengan agama Islam.
“Mana-mana pihak juga adalah dilarang
mengelirukan masyarakat dengan penggunaan kalimah arab sebagai cara untuk
menunjukkan ia adalah bertepatan dengan syarak sedangkan hakikatnya pengamalan,
bacaan dan prosedur yang digunakan adalah jelas bertentangan dengan syarak.”
Paling menarik apabila para pencacai
pembangkang dengan pantas cuba menggunakan isu tersebut untuk mengaitkan Umno.
Mereka mendakwa kononnya tindakan tersebut adalah antara usaha yang dilakukan
oleh kerajaan dalam operasi SAR. Tidak cukup dengan itu, bomoh tersebut turut
dilabelkan sebagai ‘orang Umno’.
Apa yang menghairankan ialah, bomoh yang
sama juga sebelum ini pernah melakukan ‘upacara’ ritual dan mendakwa kononnya
pakatan pembangkang akan menang dalam pilihan raya umum ke-13.
Kenyataan itu akhirnya telah digunakan
oleh para pencacai khususnya di mkedai-media sosial untuk meyakinkan rakyat
agar memberikan sokongan dan undi mereka kepada pembangkang. Pada masa itu,
langsung tidak timbul isu ‘dia orang siapa’.
Persoalannya ialah, mengapa apabila
tindakan tersebut menyokong pembangkang ia akan ‘dihalalkan’ walaupun jelas
bertentangan dengan hukum syarak. Namun apabila tindakan tersebut dilihat
‘memalukan’ mereka yang terlibat terus dilabelkan sebagai orang Umno dan
sebagainya.
Kesimpulannya mudah, sepatutnya tidak
timbul mereka itu ‘orang siapa’. Apa yang penting ialah, sekiranya tindakan
yang dilakukan itu jelas bertentangan dengan hukum yang ditetapkan, pihak
berkuasa seharusnya segera melakukan siasatan dan mendakwa mereka yang
terlibat.
Ia bagi mengelakkan rakyat dan
masyarakat terus menjadi mangsa dan terpedaya dengan amalan-amalan syirik dan
khurafat. Para pencacai pembangkang seharusnya berhenti dengan pendekatan
politik murahan seperti ini. Ada baiknya masa yang dihabiskan dengan menabur
fitnah itu digunakan untuk mendoakan keselamatan para penumpang pesawat #MH370.
No comments:
Post a Comment