Puak pembangkang nampaknya cukup tidak puas hati apabila berita
kehilangan pesawat MH370 mengalihkan perhatian dari Ketua Pembangkang yang
telah didapati bersalah Jumaat lepas. Rata-rata
komen mereka di media sosial tidak segan silu memperlekeh tragedi kehilangan
ini sambil mengutuk kerajaan.
Berbagai-bagai teori dikemukakan bagi mengaitkan tragedi tersebut
dengan kes Anwar Ibrahim. Mereka
juga merungut kononnya kerajaan lambat bertindak, lambat mengumumkan perkembangan
terkini, sengaja menyembunyikan fakta dan berbagai-bagai lagi. Mereka mempersoal langkah mencari dan
menyelamat dan aset yang digunakan. Malah
mereka mencemuh keprihatinan para pemimpin kerajaan, terutama Datin Seri Rosmah
sebagai lakonan.
Kesimpulannya, mereka hanya ingin mengutuk kerajaan, dan langsung
tidak prihatin terhadap mangsa MH370 . Mungkin
dengan memaki hamun kerajaan setiap hari memberikan mereka satu kepuasan jiwa
yang tidak terhingga. Oleh
itu, segala kemarahan atas keputusan mahkamah yang mendapati Anwar bersalah
dihamburkan sepenuhnya dalam memperkatakan tragedi MH370.
Anwar sendiri, di dalam blognya langsung tidak prihatin dengan apa
yang terjadi terhadap MH370. Anwar
terlalu sibuk cuba membela diri dan mencari publisiti. Anwar benar-benar kecewa apabila
demonstrasi yang dirancang semalam tidak menjadi mungkin kerana rakyat terlalu
sibuk risaukan MH370. Penafian
Anwar yang beliau tidak pernah meliwat telah ditenggelamkan berita tragedy
tersebut.
Lebih malang bagi Anwar apabila dalam usaha Anwar untuk menafikan
yang beliau bersalah, Majlis Peguam pula tiba-tiba mengesahkan bahawa beliau
seorang peliwat. Petikan kenyataan rasmi Majlis Peguam adalah seperti
berikut:
“Majlis Peguam amat terganggu dengan hukuman penjara lima tahun
ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Rayuan, atas apa yang jelas
merupakan hubungan seks suka sama suka antara dua orang dewasa.”
Majlis Peguam berhujah bahawa kesalahan di bawah Seksyen 377A yang
meletakkan liwat sebagai jenayah hanya terpakai jika liwat tersebut dilakukan
atas dasar paksaan. Sedangkan, Anwar melakukannya atas dasar kerelaan
mangsa.
Jelas, Majlis Peguam cuba memutar-belit undang-undang negara dan
cuba menghalalkan liwat.
Anwar selama ini begitu bersungguh-sungguh menafikan beliau
meliwat, dan kononnya tuduhan liwat hanyalah konspirasi dan fitnah UMNO tetapi
kenyataan akhbar Majlis Peguam tersebut secara langsung menolak semua penafian
Anwar sekali gus, diri Anwar sendiri ke dalam gaung.
Sehingga kini, Anwar mahupun peguambelanya masih belum memberi
sebarang komen mengenai kenyataan akhbar Majlis Peguam.
Nampaknya, walaupun kehilangan MH370 dianggap oleh penyokong PR
sebagai ‘mengganggu’ strategi Anwar untuk membuat kecoh sempena keputusan
rayuan kesnya, tetapi ia telah memberi sedikit kelebihan kepada Anwar apabila
rakyat terlepas pandang akan kenyataan akhbar Majlis Peguam.
No comments:
Post a Comment