Kehilangan MH370 menyebabkan bumi seolah-olah berhenti berpusing
dan manusia terkaku seketika. Kehilangan
ini merupakan kes kemalangan udara yang paling misteri sehinggakan langsung
tidak mempunyai sebarang petunjuk biarpun operasi pencarian sudah memasuki hari
ke 6.
Bagaimanapun, dalam kita sedang terkaku itu, ada pihak yang pantas
sekali bertindak balas dengan membuat berbagai spekulasi serta ulasan, iaitu
media barat dan juga pembangkang Malaysia. Kedua-dua pihak ini sejak dari awal
berita diterima, tidak henti-henti menimbulkan persoalan mengenai kredibiliti
semua yang terlibat, iaitu kerajaan Malaysia, pihak MAS sehinggalah kepada
juruterbang yang turut menjadi mangsa dalam insiden ini. Sekali imbas, mereka
kelihatan seolah-olah ‘meraikan’ dan bukannya ‘mengangisi’ musibah yang
berlaku.
Liputan media barat seolah-olah cuba menggambarkan sistem
imigresen dan juga keselamatan di Malaysia sebagai teramat lemah. Dari situ, mereka menggunakan
pendedahan mengenai 2 penumpang yang menggunakan passport curi, untuk melukis
gambaran pengganas dipeta Malaysia.
Walhal, kes passport curi melepasi imigresen untuk menaiki pesawat
di negara-negara Eropah dan Amerika sendiri, bukanlah perkara asing.
Perkara ini pernah didedahkan oleh Jamal Dajani di Huffington Post
5 Mac 2010, di mana 27 agen Mossad menggunakan passport curi untuk menjalankan
operasi gelap mereka. Pendedahan ini berikutan pembunuhan komander Hamas, Mahmoud al-Mabhouh in Dubai pada 19 January 2010.
Dua lelaki
yang dikaitkan dengan pembunuhan tersebut telah memasuki Amerika kemudiannya
dengan menggunakan pasport Irish dan juga British yang palsu. Kes ini, walaupun telah terdedah luas,
tidak pula menarik perhatian media barat untuk memburukkan imej imigresen,
syarikat penerbangan mahupun kerajaan negara terlibat.
Dalam kes kehilangan MH370, bagaimanapun, media asing
membangkitkan perkara ini secara serentak dan tersusun dalam nada untuk
memburukkan Malaysia. TIME,
The Guardian, CNN, Australian News, New Zealand News semuanya cuba menyusun
cerita yang sama, iaitu kelemahan dan kemungkinan keganasan. Di celah-celah itu, diselitkan pula
‘kemarahan China’ atau ‘rungutan China’ terhadap Malaysia.
Media pro-pembangkang, seperti Malaysian Insider, Malaysiakini dan
juga blog-blog peribadi pemimpin pembangkang juga memainkan rentak yang
sama. Rata-rata
mengutamakan ‘kelemahan’ Malaysia berbanding ‘nasib penumpang MH370’. Persoalan mengenai ‘keganasan’
juga dibawa secara tidak langsung.
Biarpun pihak penyiasat kemalangan udara dan pasukan penyelamat
antarabangsa memuji tindakan professional Malaysia serta beberapa kali memetik
pengiktirafan terhadap MAS sebagai antara syarikat penerbangan yang paling cekap,
selamat dan professional, namun segala pujian tersebut tidak diberi perhatian
oleh pembangkang dan media asing. Mereka
jelas lebih berminat untuk memburukkan Malaysia.
Pembangkang telah diketahui mempunyai jaringan dengan tangan asing
melalui NGO-NGO yang memakai nama ‘hak asasi’, antaranya BERSIH dan
SUARAM. Berdasarkan
hakikat ini, maka satu persoalan yang timbul ialah apakah sebenarnya peranan
pembangkang dalam tragedi kehilangan MH370?
Persoalan yang sama pernah ditanya ketika insiden Lahad Datu, di
mana pembangkang menggunakan strategi yang sama. Ketika insiden Lahad Datu, pembangkang
juga meletakkan ‘kelemahan kerajaan’ mengatasi ‘nyawa rakyat’ dalam ulasan dan
liputan media mereka. Namun,
akhirnya pendedahan dari pihak risikan Filipina mengesahkan penglibatan
pemimpin pembangkang sendiri dalam insiden tersebut.
Justeru, apakah salah jika kita bertanya sama ada kehilangan MH370
turut merupakan ‘modal politik’ pembangkang semata-mata?
Perjuangan pembangkang selama ini memperlihatkan usaha berterusan
untuk menarik campurtangan asing dalam percaturan politik mahupun undang-undang
negara. Ketika Anwar
mula-mula ke penjara dalam kes liwat 1998, beliau mendapat sokongan penuh dari
rakan-rakan zionisnya di barat. Percubaan
demi percubaan dilakukan untuk menekan Malaysia agar membebaskan
Anwar. Sokongan barat
terhadap Anwar tidak pernah padam sehingga ke hari ini. Malah, Anwar sendiri merujuk kepada
beberapa ‘tokoh Zionis’ seperti Wolfowitz dan AlGore sebagai ‘sahabat’.
Sejak itu, Anwar a.k.a pembangkang tidak jemu-jemu atau segan
silu terus mencuba
menjemput campurtangan asing. Apabila
kalah dalam PRU-13, berkali-kali pembangkang cuba menjemput Australia untuk
masuk campur. Nama
negara ini diburukkan semahu-mahunya bagi memperlihatkan keadaan yang teramat
buruk sebagai alasan memerlukan ‘bantuan’ asing.
Hari ini, kehilangan MH370 telah menunaikan hajat pembangkang
untuk mengheret negara asing, terutamanya Amerika, untuk campurtangan. Walaupun Amerika di sini untuk membantu,
tetapi kemasukan mereka ke sini bersama dengan aset perisikan keselamatan serta
mendapat pula capaian kepada aset keselamatan kita, tidak seharusnya diambil
mudah.
Atas alasan operasi ‘mencari dan menyelamat’, Amerika pasti mampu
mendapat maklumat penuh secara terperinci mengenai semua aspek keselamatan dan
pertahanan negara. Bayangkan
jika Amerika mengesahkan yang kehilangan MH370 adalah akibat keganasan, maka
pastinya mereka akan mendesak kepada capaian yang lebih tinggi dalam segala
aspek keselamatan negara.
Kita pasti, kerajaan tidak akan membenarkan semua ini
berlaku. Namun, dengan
kecanggihan peralatan yang dimiliki oleh Amerika, apakah kita pasti yang mereka
memerlukan kebenaran?
Mungkinkah ini menjelaskan kenapa pembangkang begitu beria-ia
menyahut kritikan media asing terhadap negara ini? Mungkinkah pembangkang sedang membantu
kuasa asing untuk mencapai apa jua objektif mereka di rantau ini?
Mungkinkah pembangkang begitu khianat sekali?
Melihat dari sikap pembangkang yang tidak punya patriotisme dan
sering memburukkan negara, ditambah pula dengan laporan risikan Filipina
mengenai Lahad Datu, maka apa yang boleh kita katakan ialah segalanya mungkin. Ketamakan kuasa dan wang
memungkinkan manusia rakus untuk berbuat apa saja. Dan siapakah yang paling rakus di
dalam Malaysia sehinggakan depan belakang, lelaki wanita, semuanya sama
saja?
Apapun, kita tidak boleh menghentikan pencarian MH370 dan terpaksa
menanggung segala risiko yang datang bersamanya. Doa kita kepada penumpang dan krew
agar selamat hendaknya. Doa
kita juga kepada Malaysia agar kedaulatannya terus terpelihara.
No comments:
Post a Comment