Jika diperkatakan tentang kemajuan, maka secara automatik, seluruh
manusia di bumi ini akan merujuk kepada Amerika.
Segala penciptaan baru, penemuan baru, peralatan canggih mahupun
senjata pembunuh terhebat, semuanya pasti dikaitkan dengan Amerika. Biarpun Jerman, Rusia atau Perancis
serta Korea dan China turut terkenal dengan berbagai aset hebat, namun Amerika
telah menjadi ‘simbol’ kemajuan dan terpahat sebagai tamadun tertinggi di zaman
ini.
Amerika menjadi kuasa terbesar dunia bukan kerana ia menguasai
teknologi tetapi kerana ia turut menguasai media dan juga maklumat.
Sesuatu negara atau bangsa itu tidak menjadi kuasa terbesar dunia
melalui beberapa siri ‘kebetulan’ atau tidak sengaja. Penguasaan Amerika ke atas dunia
merupakan satu perancangan yang teliti melangkaui abad dan
generasi.
Setiap generasi akur mewarisi cita-cita yang sama dan meneruskan
usaha untuk mencapai matlamat tersebut. Mereka
belajar dari setiap kesilapan dan setiap kali juga akan bangun dengan lebih
kuat lagi sehinggalah pada hari ini di mana semua negara perlu tunduk kepada
mereka atau menghadapi akibatnya. Hanya kerana akal sebahagian dari kita
tidak mampu mencerna konspirasi Amerika untuk menguasai dunia, maka ia tidak
bermakna ia mustahil. Amerika berjaya menakluk dunia kerana ia sentiasa
percaya bahawa tiada apa yang mustahil.
Oleh itu, dengan segala kehebatan yang dimiliki oleh Amerika dan
kepantasan negara itu bertindak dalam kehilangan MH370, kita hairan kenapa
pesawat itu masih belum ditemui. Bukan saja tidak ditemui tetapi satu
petunjuk pun tidak ada.
Boeing 777 adalah pesawat buatan Amerika. Ia merupakan antara pesawat paling
canggih dan paling selamat di dunia. Maka,
jika ada yang mampu ‘menghilangkannya dengan begitu misteri’, ia pastilah pihak Amerika
juga. Namun, tentu sekali
ini tidak dapat dibuktikan dan kekal menjadi spekulasi.
Apa yang bukan spekulasi di sini ialah keupayaan aset Amerika
dalam mengesan pesawat tersebut.
Kita sedia maklum akan kewujudan Satelit Reconnaisance Amerika
yang mampu mengesan lokasi mahupun
letupan di udara. Pusat
kawalan satelit ini dikatakan mampu menjejak peluru berpandu, sekiranya ia
dilancarkan ke udara dan ke arah pesawat. Satelit dengan teknologi infra-red
tersebut pernah mengesan letupan ke atas TWA Flight 800 pada tahun 1996 di
Lautan Atlantik sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang JFK.
Selain itu, USS 7th Fleet
Navy yang dilengkapi radar paling canggih juga digunakan untuk operasi mencari
dan menyelamat MH370. Tidak
cukup dengan itu, tenaga kepakaran Amerika termasuk dari tentera, FBI, CIA juga
dibawakan ke Malaysia untuk misi ini.
Pendek kata, habis segala kecanggihan dan kepakaran di dunia telah
digunakan dalam usaha mencari pesawat malang ini. Habis segala teori meletup di udara,
tenggelam di laut atau jatuh di daratan telah diterokai. Namun, ia masih lagi tidak
ditemui.
Satu-satunya satellite yang dapat ‘mengesan’ sesuatu yang disyaki
sebagai pesawat yang hilang itu ialah satellite milik China. Malangnya, objek yang dikesan di Laut
China Selatan itu, bagaimanapun, disahkan sebagai bukan pesawat yang
dicari.
Yang menjadi persoalan ialah kenapa satellite Amerika tidak
mengesan objek tersebut terlebih dahulu dari China?
Apakah aset dan kepakaran Amerika tidak sehebat yang
disangka? Atau apakah ini
satu ujian ke atas Malaysia dalam usaha untuk memberi tekanan ke atas sesuatu
isu lain? Apakah ia hanya ‘umpan’ untuk mengkaji kekuatan lawan mereka di
rantau ini, iaitu China?
Amerika kemudian memberi komitmen untuk terus berada di sini tanpa
tempoh tertentu yang ditetapkan bagi meneruskan pencarian. Mungkinkah kegagalan menemui pesawat
tersebut hanyalah alasan untuk berada di rantau ini selama mungkin sehingga apa
jua ‘operasi sulit’ mereka selesai?
Dalam keadaan di mana kepakaran dan aset Amerika yang mampu
mengesan apa saja berada di dalam negara ini, di seluruh pelusuk penjuru
perairan dan juga udara, maka pasti mudah sahaja untuk mereka mengatur apa
saja.
Media barat telah mula mempersoalkan Malaysia dari segi
kredibiliti kepimpinan dan juga keselamatan. Aspek keganasan nampaknya terus
sengaja digembar-gemburkan. Rata-rata
media barat cuba menggambarkan Malaysia sebagai lemah dan tidak berdaya.
Melihat dari modus operandi Amerika dalam menguasai negara lain
seperti di Timur Tengah, kita bimbang sekiranya kehilangan MH370 ini hanyalah
permulaan kepada bencana yang lebih besar.
Teorinya ialah, buktikan dahulu kepada dunia bahawa sistem
keselamatan Malaysia tersangat lemah dan kredibiliti pemimpin Malaysia
tersangat buruk sebagai justifikasi awal keganasan yang bakal berlaku dalam
negara ini sedikit masa lagi.
Jika teori ini benar, maka satu persoalan yang mungkin kejam namun
perlu diambil kira oleh kepimpinan ialah : Apakah
berbaloi kita memberi sepenuh ruang dan kepercayaan kepada Amerika serta
memperjudikan kedaulatan negara dan nasib seluruh rakyat jelata…untuk
MH370?
No comments:
Post a Comment