Umum mengetahui isu kehilangan pesawat MAS
#MH370 yang menjadi misteri, telah menarik perhatian dunia. Selain memberikan
ucapan simpati dan takziah, ramai yang semakin tertanya-tanya apakah nasib
sebenar yang menimpa semua para penumpang dan anak-anak kapal itu?
Namun di sebalik kisah misteri pesawat
#MH370 itu, wujud pelbagai berita dan maklumat kononnya pesawat tersebut telah
pun mendarat di China, namun kerajaan sengaja merahsiakan mengenainya. Malah
ada juga yang memberikan pandangan yang tidak masuk akal seperti meminta
kerajaan mengupah pengamal ‘paranormal’ dan sebagainya.
Paling menarik, ada seorang kenalan
memberitahu, pada ketika ini ramai yang cuba menjadi wartawan dengan melaporkan
berita-berita yang tiada asasnya. Ada yang mengatakan, mereka menerima maklumat
dari saudara, kenalan dan mereka yang rapat dengan mangsa semata-mata untuk
meyakinkan masyarakat dengan ‘khabar angin yang dibawanya itu.
Tetapi dalam banyak-banyak komen,
pendapat, andaian, teori dan sebagainyaada segelintir di kalangan penyokong
pembangkang yang cuba mempolitikkan isu ini. Mereka mendakwa kononnya
kehilangan pesawat MH#370 adalah merupakan sebahagian dari konspirasi kerajaan.
Kononnya ia bertujuan untuk mengalihkan
tumpuan masyarakat terhadap keputusan mahkamah di dalam ke liwat II yang
melibatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Tanpa mempedulikan hati dan
perasaan kaum keluarga dan waris semua mangsa yang terlibat, mereka melemparkan
pelbagai tuduhan dan dakwaan yang jelas tiada asasnya.
Sedangkan pada ketika ini, sebagai rakyat
Malaysia yang prihatin kita seharusnya saling mendoakan yang terbaik buat semua
yang terlibat. Ia secara tidak langsung dapat memberikan sokongan moral kepada
semua kaum keluarga penumpang dan anak kapal yang pada ketika ini sedang
bersedih dan risau.
Apa yang penting pada ketika ini
mengharapkan agar misi mencari pesawat #MH370 dapat diselesaikan dengan segera.
Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke
Beijing bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dilapor hilang daripada
radar pada pukul 1.30 pagi semalam, kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA.
Pesawat itu membawa penumpang dari 14
negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia.
Buat mereka yang terlibat hentikan
spekulasi!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment