Bapa
kepada Saiful Bukhari, mangsa liwat kepada Anwar Ibrahim hari ini membuat satu
sidang akhbar tergempar bagi membuat kenyataan terbuka memohon maaf kepada
anaknya. Azlan Mohd Lazim yang sebelum ini mendakwa dia dan anaknya telah
dipergunakan oleh pihak tertentu, pada satu sidang media 8 Mac lalu menarik
kembali semua dakwaan yang dikatakan itu.
Menurut
Azlan, penarikan balik kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini kerana merasakan
telah mengkhianati anak kandungnya dan menyesal atas keterlanjuran tersebut.
Selain pengumuman maaf itu, Azlan turut memaklumkan keluar dari PKR dan
menegaskan kes liwat yang melibatkan Saiful bukan satu konspirasi.
Azlan
ketika sidang akhbar yang diadakan di salah sebuah hotel di Cheras memaklumkan
menarik kembali pemohonan maaf keatas Anwar Ibrahim.
“Kejadian
liwat yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim adalah benar (berlaku) dan ia bukanlah
satu konspirasi politik. Saya juga ingin menarik balik permohonan maaf saya
kepada Anwar dan keluargarnya” katanya.
Beliau
turut mengatakan bahawa kenyataan pada hari ini dibuat secara sukarela tanpa
ada sebarang unsur paksaan dari mana-mana pihak kerana menyedari akan kesilapan
yang telah dilakukan.
"Sebelum
ini saya mungkin termakan hasutan daripada kawan-kawan sehingga tergamak
mengkhianati Saiful dan keluarga. Dengan kenyataan ini diharap dapat
menyelesaikan kekeliruan yang timbul dari kenyataan saya sebelum ini.
"Kepada
seluruh ahli keluarga saya terutamanya ibu saya, adik-beradik saya, keluarga
arwah ibu Saiful dan lebih-lebih lagi anak saya yang telah saya khianati,
Saiful Bukhari, saya ingin memohon ampun dan maaf yang tidak terhingga kerana
tindakan saya telah membuat keputusan yang salah," ujarnya lagi.
Dengan kenyataan tersebut, pasti akan
membuatkan Anwar pening kerana tidak lagi dapat mengunakan isu kenyataan dan
permohonan yang dikeluarkan sebelum ini.
No comments:
Post a Comment