Dalam sibuk Anwar Ibrahim membantah keputusan pilihan raya, PM Datuk Seri Najib Razak mendapat restu dari pelbagai penjuru dunia. Terbaru, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menyatakan tahniah dan sokongan kepada Najib kerana berjaya meneruskan tahun pentadbirannya di Malaysia.
Obama mengeluarkan satu kenyataan dari White House, mengucapkan tahniah kepada PM Najib kerana berjaya mengekalkan tampuk kepimpinan selepas PRU13. Ucapan tersebut disampaikan menerusi Setiausaha Media White House, Washington DC.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana hampir 80% jumlah pengundi telah membuang undi. Apa yang jelas di sini, Amerika Syarikat terus memberikan sokongan dan akan mengekalkan kerjasama dan hubungan diplomatik yang baik bersama Malaysia.
Najib nampaknya berjaya menempa nama Malaysia untuk terus kekal dikenali ramai dengan hubungan yang dijalankan dengan negara luar. Ini merupakan perkembangan yang positif untuk negara. Sokongan dari negara luar merupakan salah satu cara untuk menjadikan negara terus berkembang maju.
Dengan terus mempertahankan legasi pemerintahan Najib, Malaysia berpeluang cerah untuk mencapai wawasan yang telah dilakarkan oleh Tun Mahathir sebelum ini. Bukan setakat Amerika Syarikat, negara lain yang turut menjalinkan hubungan diplomatik yang melibatkan semua negara kecuali Israel membuktikan Malaysia mendapat tempat di mata dunia.
Nampaknya Anwar sajalah yang syok sendiri nak menjatuhkan negara. Itu semua sebab dia sendiri tidak dapat menjadikan PM sebagai takhta pencapaian dalam hidup. Malaysia sudah sedia ada aman dan maju di bawah pemerintahan BN, tidak ada perlunya untuk mengubah segala sistem dan perlembagaan yang selama ini memayungi negara.
Rakyat harus sedar dan fahami setiap pengorbanan dan perubahan yang telah BN bawakan bagi memastikan setiap rakyat dapat mengecap nikmat kesenangan di negara sendiri. Seharusnya juga kita perlu sentiasa bersyukur dan berterima kasih kerana dapat hidup dengan aman sejahtera tanpa perlu memikirkan apa yang bakal kita hadapi keesokan harinya.
Janganlah digadaikan keamanan negara dengan perkara yang masih belum pasti, sejauh mana pakatan pembangkang dapat memimpin negara dengan baik?
Apakah track record mereka untuk kita memberikan sepenuh kepercayaan kepada mereka untuk mentadbir negara? Jangan jadi kacang yang lupakan kulit. Jangan sampai menyesal. Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong jatuh berciciran.
No comments:
Post a Comment