BN Akan Menang 147 Kerusi Parlimen, itulah yang disahkan oleh laman milik Azmin Ali, Suara Pakatan Rakyat. Berita yang sama turut diterima dari sumber-sumber di sebelah Barisan Nasional.
Setakat ini, BN dikatakan akan berjaya merampas kembali 2 negeri iaitu Kedah dan Kelantan selain mengekalkan negeri-negeri yang lain. Negeri yang masih 50-50 adalah Selangor manakala Pulau Pinang pula kelihatan masih sukar.
Lebih menarik Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim juga dijangka kalah di kawasan masing-masing sekali gus memberi alasan yang lebih kukuh untuk mereka merusuh. Sehubungan dengan itu, skrip yang lengkap dengan angka-angka terperinci bagi menjustifikasi bantahan terhadap SPR juga sudah disediakan. Untuk itu, ada juga yang memberitahu bagaimana mereka menempah baju Barisan Nasional untuk dipakai ketika merusuh.
Bendera-bendera kecil berwarna-warni dihias di beberapa kawasan sebagai menandakan tempat berkumpul Laman-laman sosial juga banyak memperkatakan tentang keganasan yang melibatkan pembangkang di beberapa tempat. Jelas, bahawa maklumat mengenai kemenangan BN melalui demokrasi adalah maklumat yang boleh dipercayai.
Jika tidak, kenapa pembangkang perlu bersusah-payah menyusun atur sebuah rusuhan dan pemberontakan? Tindakan mereka bersedia untuk merusuh sebelum mengundi sudah cukup untuk membuktikan yang pembangkang sebenarnya ingin membunuh demokrasi di negara ini. Pada malam ini juga, khabar dari utara menyatakan puak-puak PAS sudah mula menunjuk lagak sambil meronda di jalanan dan membuat bising.
Di masa yang sama, beberapa blog juga mendedahkan bagaimana beberapa bas dari Singapura telah bersedia untuk membawa masuk sejumlah orang yang disyaki sebagai pengundi hantu ataupun sebagai ‘tenagakerja’ untuk rusuhan. Mereka-mereka ini akan ditempatkan di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dan akhir sekali di Kuala Lumpur. Kesemua mereka adalah dari kaum Cina.
Nampaknya mereka ini merupakan ‘pejuang-pejuang’ berani mati jika benar-benar bertekad untuk membuat perhimpunan dan seterusnya rusuhan. Namun, tidak mustahil juga mereka-mereka ini sebenarnya tidak menjangka apa yang pemimpin mereka telah ‘aturkan’ untuk mereka. Mungkin mereka menyangka yang mereka bakal berdemonstrasi aman dan tenteram, sepertimana demonstrasi ‘duduk bantah’.
Mereka tidak tahu bahawa jika kerajaan tidak bertindak keras ke atas mereka yang berhimpun, maka pihak mereka sendiri yang akan memulakan sesuatu bagi memaksa rusuhan berlaku. Mereka juga tidak tahu bahawa pemimpin mereka sudah bersedia untuk lari sementara mereka mengorbankan diri. Apapun, kita harap mereka-mereka ini akan berfikir dua kali sebelum mengikut arahan pemimpin mereka.
Tidak perlu menggadaikan nasib, masa depan, nyawa dan keluarga demi meletakkan pemimpin mereka di takhta. Hidup mereka hari ini bukannya susah, malah senang lenang dan selesa. Jika pemimpin mereka menang pun, kemungkinan untuk hidup lebih senang selepas pemberontakan adalah 1% manakala kemungkinan untuk hidup lebih susah adalah 99%.
Fikirkanlah, apakah anda benar-benar ingin meniti nasib yang sama dengan rakyat Mesir, Libya, Syria? BN bakal menang 147 kerusi, maka terimalah hakikat itu sebagai seorang pendokong demokrasi yang sebenar-benarnya.
No comments:
Post a Comment