Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar golongan muda untuk keluar dari zon selesa dengan mencabar diri melakukan sesuatu yang boleh membanggakan diri dan negara. Beliau berkata, ini adalah untuk memastikan negara terus berdaya saing dan wujudnya sifat semangat untuk mencuba di kalangan orang muda yang seharusnya aktif dalam kehidupan seharian mereka.
Perdana Menteri turut menambah, kejayaan negara bergantung kepada daya saing dan semangat untuk mencuba di kalangan rakyat, khasnya dalam melakukan sesuatu yang tidak mungkin dilakukan orang lain.
Sambil menyifatkan kejayaan Kapten James Anthony Tan menempatkan nama dalam World Guinness Book of Records setelah menamatkan misi penerbangan solo mengelilingi dunia dalam tempoh 48 hari sebagai membanggakan negara, beliau percaya kejayaan itu mampu memberi inspirasi kepada generasi belia untuk melakukan perkara serupa demi negara.
Beliau yang dilihat sangat berbangga dengan pencapaian itu di usia 21 tahun, Datuk Seri Najib menyifatkan Kapten James telah melakukan perkara yang membanggakan negara dan yakin misi itu bukan semata-mata untuk dirinya tetapi dilakukan untuk Malaysia.
Oleh yang demikian, PM berharap lebih ramai orang muda rasa tercabar seterusnya mencabar diri untuk melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan untuk kebaikan diri dan negara.
Najib berkata kejayaan beberapa individu dari kalangan belia seperti Datuk Nicol David, Datuk Malik Mydin dan Muhammad Muqarrabin mencatat rekod dunia perlu dijadikan inspirasi kepada generasi muda untuk mencabar diri melakukan sesuatu yang lebih bermakna dalam kehidupan mereka.
Negara punyai ramai individu yang boleh dijadikan idola untuk menginspirasikan diri melakukan sesuatu yang berbeza, dan kejayaan Kapten James menambahkan lagi bilangan mereka yang boleh dijadikan teladan.
Ini sebagai satu cabaran baru untuk anak muda di luar sana khususnya bagi mereka yang terlalu taksub dengan politik pembangkang untuk mencuba sesuatu yang lebih bermanfaat dan dapat mengharumkan nama dan negara.
Berdasarkan pemerhatian, tidak ramai anak muda sekarang yang gemar mencara diri mereka dengan perkara yang mampu mendatangkan kelebihan kepada diri mereka sebaliknya lebih gemar melakukan sesuatu yang tidak pasti. Daripada apa yang diperlihatkan, kerajaaan banyak membantu dari segi sokongan moral dan fizikal kepada anak muda untuk mencabar diri mereka kepada sesuatu yang lebih baik.
Ini dilihat jauh lebih baik berbanding dengan mereka yang gemar berhimpun dan berdemonstrasi yang tidak-tidak dan memperjuangkan perjuangan yang tidak pasti. Jadi anak muda, cabarlah diri anda dnegan aktiviti yang lebih berfaedah dan menguntungkan berbanding berkhemah di Dataran Merdeka untuk tuntut perkara yang tidak-tidak.
No comments:
Post a Comment