Untuk Warga Asing Mengundi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan pernah mengeluarkan MyKas kepada warga asing untuk mengundi. Ini merupakan satu tuduhan berat pembangkang kepada JPN yang pastinya mengikut setiap prosedur dan undang-undang negara yang tertakluk untuk mengeluarkan MyKas.
Tambahan, pemegang-pemegang MyKas tidak layak untuk mengundi kerana status sebagai Pemastautin Sementara dan bukannya warganegara. Dakwaaan penyokong pembangkang adalah tidak benar dan berniat jahat untuk memburukkan proses demokrasi negara. Ini semua rancangan mereka untuk memburuk-burukkan kerajaan BN agar rakyat semua tertipu dan mengundi mereka untuk menggantikan tampuk kepimpinan kini.
Satu tuduhan yang tidak berasas dan tidak dikemukakan dengan bukti-bukti kukuh oleh pembangkang. Dan ini tidak boleh menyabitkan terhadap tuduhan tersebut. Tuduhan pembangkang bahawa terdapat sebuah pesawat membawa 36,000 pengundi hantu ke Selangor adalah tidak benar sama sekali. Pesawat MH8601 yang kononnya membawa pengundi hantu dari Sabah ke Selangor adalah rekaan pembangkang semata-mata.
Kalau difikirkan logik, adalah mustahil pemerhati dan juga rakyat tidak nampak sejumlah orang yang dibawa itu untuk mengundi di Selangor. Lagi pula, kalau benar pengundi itu dibawa dari Sabah sekalipun, adakah mereka tidak mahu mempertahankan negeri mereka sendiri dari dirampas pembangkang. Ini semua manipulasi pembangkang yang sengaja mencari modal untuk menimbulkan kekacauan di kalangan rakyat dan juga penyokong mereka.
Pembangkang sengaja menggembar-gemburkan isu pengundi hantu untuk menghalalakan niat mereka membuat hura-hura bila kalah pada 5 Mei kelak. Itulah strategi yang dapat dihidu mereka yang berfikir secara waras. Sebab kalau betul mereka sudah bersedia untuk bertempur dalam pilihan raya kali ini, sduah tentu mereka tidak perlu nak buat fitnah sebegini. Mana pergi hasil kajian yang dikeluarkan di blog Anwar Ibrahim yang mana dinyatakan keyakinan beliau akan mendapat undi yang besar sehingga membolehkan dia menang dalam pertarungan kali ini.
Kalau betul hasil kajian itu sah, tak perlu rasanya buat fitnah-fitnah tak bertempat, tuduhan-tuduhan yang tak berasas dan juga provokasi murahan. Lama-lama, apa yang dirancangkan ini akan terbongkar juga penipuan yang beserta dengan agenda mereka semua ini. Politik kotor dan keji pembangkang ini nampaknya semakin tidak terkawal dan mereka semakin ghairah untuk melakukan penipuan.
Semua dilakukan kerana terdesak untuk mendapatkan undi dari rakyat dan sudah pastinya mereka mensasarkan kepada mereka yang dikategorikan sebagai 'pengundi atas pagar'. Jadi, dengan mereka isu-isu yang tidak masuk akal ini, pembangkang berharap dapat mempengaruhi mereka yang masih lagi belum membuat keputusan untuk memilih siapa yang bakal menerajui negara pada penggal seterusnya.
Tapi, fikir-fikirlah, kalau belum memerintah pun dah seronok dan ghairah menipu, apa pula keadaanya kalau dah dapat mentadbir negara? Tepuk dada, tanya selera. Berfikir gunakanlah akal, bukan ikut hati dan nafsu. Kelak diri sendiri yang terasa rugi.
No comments:
Post a Comment