Semalam ada satu kes
unik dan agak tak masuk akal apabila seorang pemuda berusia 23 tahun, Mohd
Fadhli Khaharruddin tampil dengan dakwaan kononnya dia dibenarkan mengundi dua
kali di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Sungai Isap Kuantan, Pahang.
Laporan polis mengenai kes itu telah di buat pada hari pengundian 5 Mei 2013
lepas dan semalam 21 Mei 2013 pemuda itu tampil dalam sidang akhbar bersama
pemimpin PKR & PAS.
Dalam PRU-13, kerusi Parlimen Kuantan dimenangi oleh Fuziah Salleh dari PKR
sementara DUN Tanjung Lumpur tempat di mana pemuda tersebut mengundi turut
tersenarai sebagai pengundi pula berjaya dirampas dari BN dan dimenangi calon
PAS, Rosli Abdul Jabbar.
Dalam sidang akhbar semalam pemuda itu mendakwa tindakannya cuba mengundi dua
kali dilakukan secara spontan dan tanpa perancangan setelah dakwat kekal yang
dicalitkan pada jarinya luntur.
"Saya mengundi kali pertama jam 10.30 pagi di saluran 4, peti undi Sekolah
Kebangsaan Sungai Isap dan kemudian undi kali kedua pada jam 1.15 petang di
lokasi yang sama," dakwanya.
"Dengan cara mengundi sebanyak dua kali maka saya boleh membuktikan bahawa
sistem pilihan raya masih boleh dipertikaikan," kata pemuda itu semasa
sidang media di pejabat Adun Tanjung Lumpur.
Ada sesiapa percaya? Entah bagaimana Fadhli berjaya melepasi tapisan nama oleh
ejen tempat mengundi yang terdiri dari PKR, PAS dan BN cukup mencabar minda
kita untuk mencari jawapannya.
Setiap pemilih berdaftar yang hadir untuk mengundi namanya akan disebut kuat
supaya ejen parti yang bertanding melakukan pemerikasaan seterusnya memotong
namanya sebagai telah mengundi.
Nak dikatakan ketiga-tiga ejen itu berkonspirasi, tidak logik. Atau kesemua
ejen tempat mengundi dari pelbagai parti politik itu tidur nyenyak dan gagal
melaksanakan amanah yang digalas, pun agak keterlaluan.
Pemuda itu mungkin ikhlas membuat dakwaan tersebut tapi dilihat pada
kecenderungannya bersama-sama pemimpin PKR dan PAS dalam 'mendedahkan' perkara
tersebut, sudah sah kalau tak PKR tentu saja PAS yang disokongnya.
Kalau dia penyokong BN dah tentu calon BN yang kalah di Parlimen Kuantan
dan DUN Tanjung Lumpur yang dicarinya, tak gitu?
Dari sudut lain, misal katalah memang berlaku perkara yang di dakwa, jika benar
begitu maknanya kemenangan Fuziah di Parlimen Kuantan dan Rosli di DUN Tanjung
Lumpur boleh dipersoal dan dipertikaikan.
Maka suka atau tidak, eloklah pengundian semula dilakukan untuk kawasan
Parlimen Kuantan dan DUN Tanjung Lumpur, bukan begitu?.
Sekali lagi, andai benar wujud pengundian dua kali oleh individu yang sama,
elok juga kalau kemenangan PR di kawasan-kawasan lain yang melibatkan calon PKR
dan PAS di siasat sama seterusnya pengundian semula dilaksanakan bagi
memastikan ketelusan.
Manalah tahu kot kegagalan BN menguasai majoriti dua pertiga Parlimen tempohari
mempunyai unsur sebegini.
No comments:
Post a Comment