Thursday, May 31, 2012

Kenapa PKR Tak Ambil Tindakan Terhadap Azmin?


semakin tak berhenti nama azmin ali meniti di bibir setiap rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan politik semasa. bermula dengan kes kecurangan isterinya shamsidar tahrin, penderhakaan kepada ibunya, perlakuan tak senonoh dalam tandas dan yang terbaru pendedahan mengenai pemilikan harta yang tak munasabah sewaktu azmin menjadi setiausaha sulit anwar pada tahun 1995 oleh raja petra kamarudin (RPK).


seperti kes video seks anwar, yang dipertikaikan soal anwar berzina dengan pelacur cina tetapi para pencacai PKR mengalihkan isu seperti rambut, perut dan sebagainya. begitulah juga dengan kes azmin ni. taktik biasa pencacai PKR untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari mempersoalkan pelbagai kes yang melilit azmin kini.

apa yang nak dipedulikan tentang azmin ini. dia bukannya bersih pun, malah kerana dia dan anwar galak menyalahgunakan kuasa di kementerian kewangan dulunya dan menyebabkan imej kerajaan BN terjejas sehingga hari ini.

yang patut dipedulikan ialah kenapa PKR tidak mengambil sebarang tindakan kepada azmin tentang kes-kes azmin. bukti dah ada, dokumen, gambar cuma mungkin veideo je belum keluar lagi kot! sekurang-kurang ambil tindakan terhadap azmin, gantung hingga siasatan selesai atau diarahkan bercuti dan sebagainya. tak semestinya nak pecat. Ini siasatan pun tak dijalankan, apa cerita nak gantung dan suruh bercuti lagi?

kalau dalam PKR sendiri tiada keadilan macamana nak berlaku adil pada rakyat Malaysia. kesalahan yang sepatunya diambilkan terutama yang rapat ataupun yang ada 'hubungan' dengan anwar, kesalahannya didiamkan dan diambil jalan mudah dengan menuduh ianya adalah konspirasi?

Ini cakap pasal Azmin tau, bukan cakap pasal Anwar pun.  Kalau Anwar tu lainlah sebab PKR ialah Anwar dan Anwar ialah PKR, maka itu tidak hairan langsung kenapa hampir kesemua jentera dan ahli PKR bangkit mempertahankan Anwar setiap kali ada skandal yang melibatkannya.  Berbeza dengan Azmin yang mempunyai kelompok pemimpin tersendiri sahaja yang menyokongnya.


Kalau inilah gambarannya, maka wajiblah rakyat Malaysia menolak parti PKR ini dan sekutu lainnya dalam Pakatan Rakyat.  Nampak sangat soal kronisme dan nepotisme begitu menebal dalam Pakatan Rakyat terutama di kalangan PKR dan DAP.  Bayangkanlah kalau Anwar menjadi Perdana Menteri dan Azmin melakukan sesuatu kesalahan.  Pada anggapan kita, agak-agaknya bolehkah Azmin dikenakan sebarang tindakan undang-undang – melihat dari keadaan sekarang?

Azmin dan sesiapa juga yang masuk inner circle yang rapat dengan Anwar akan lebih bermajarajalela, bak kata pepatah bersultan di mata, beraja di hati.  Apabila mereka ini dipuncak kuasa, semua agensi dan jabatan kerajaan akan berada di bawah telunjuk mereka.

Hanya rakyat sahaja yang mampu mengubah keadaan ini dengan memastikan hasrat kelompok ini untuk menjajah Putrajaya tak tercapai.

sumber dari beruang biru


Wednesday, May 30, 2012

Air Selangor: Otak Khalid Tak Berfungsi Kot?



rakyat selangor bernasib malang kerana ada mb macam khalid gagap nih. nak buat perancangan tak mahu buat kajian teliti. cadangan khalid gagap untuk mengalirkan air dari tasik kenyir , terengganu ke selangor  bagi mengatasi krisis air di selangor yang dijangka melanda 2014 nanti. 



apa yang dicadangkan oleh khalid gagap ialah  membina paip air baru mengikut paip gas sedia ada di banjaran titiwangsa yang menghubungkan terengganu dan selangor.

sigagap nih tau ke tidak bahawa air dan gas tidak mempunyai berat yang sama? air lagi berat dari gas. uji kaji mudah, cuba tuangkan air berkabonat ke dalam gelas, apa yang ‘meletus-meletus’ di atas, dan apa yang tertinggal dibawah?  Sudah tentulah gas yang akan meletus-letus di atas dan air yang akan tinggal dibawa.
jadi satu kerja pulak lagi untuk membina sistem pam air tekanan tinggi yang mampu menolak air dari tasik kenyir melalui banjaran titiwangsa untuk menyalurkan air ke selangor. sigagap ni dah kaji ke semua kos dan tenaga manusia yang diperlukan? kalau cadangan sigagap ni gagal, rakyat selangor akan dilanda 'kemarau air terawat' walaupun musim hujan.

ada jalan mudah kenapa jalan yang sudah juga nak dihadap. kan elok teruskan saja projek penyaliran air dari sungai pahang ke selangor (loji langat 2) yang telah dimulakan oleh BN terdahulu, kan mudah je. projek yang separuh jalan dan hampir siap kalau tiada halangan dan masalah yang diwujudkan oleh kerajaan pimpinan sikhalid gagap ni, mungkin rakyat selangor dah selesa menikmati air yang terawat. khalid tidak layak untuk memimpian sebuah negeri dan dia hanya boleh menguruskan estet. tak sebijak mana pun sigagap nih.

semenjak 4 tahun lepas, cadangan demi cadangan diutarakan tetapi hampir tiada ada satu pun yang dilaksanakan hingga kini.contohnya, cadangan menggunakan air lombong sebagai sumber altenatif bekalan air selangor. berapa banyak lombong yang dikenal pasti mampu menjadi sumber altenatif air setakat ini seperti yang dicadangan sigagap ni?


sudahkah khalid menjumpai jalan terbaik merawat air lombong yang dicemari dengan sisa logam berat (heavy metal contamination) yang biasa dikaitkan dengan kegiatan perlombongan seperti boron dan sebagainya bagi membolehkan air tersebut selamat diminum?
Adalah sebab kenapa tidak ada negeri-negeri di Malaysia yang menggunakan air lombong sebagai sumber minuman, kerana ia tidak selamat.   

yang sebetulnya bukan air lombong sahaja yang tidak selamat di selangor, air sungai di selangor juga dikenalpasti sudah tidak boleh dirawat untuk dijadikan air minuman kerana teruk tercemar oleh sisa industri yang tidak terkawal di negeri tersebut sejak pakatan rakyat mengambil alih.

ada banyak masalah berkaitan dengan air ini di Selangor kalau nak dikisahkan.  kalau dibiarkan tanpa tindakan segera, rakyat Selangor hanya tinggal 2 pilihan – tukar kerajaan sedia ada kepada kerajaan BN semula atau menghadapi risiko penyakit yang disebabkan oleh minum air dari sumber tercemar.

sumber dari beruang biru 
nampaknya ada yang kena beli penapis air la nih. kalau tak rakyat selangor sakit nanti. apa kata kerajaan selangor belikan setiap rumah penapis air yang berharga rm1000 ke atas tu. tu barulah demi rakyatkan. ~BB

Tuesday, May 29, 2012

HBN : Program Pink Village Dapat Sambutan.

program perkhemahan 'pink village' yang diadakan pada 25 hingga 27 mei 2012 tempohari mendapat sambutan. seramai 3000 ribu beliawanis hadir ke program ni. pelbagai program diadakan sepanjang tempoh berkampung berhampiran wisma tani di putrajaya.

gambar-gambar yang sempat BB rakamkan.

 
 beriadah mengeluarkan peluh ala-ala senamrobik untuk kesihatan.

 
 gusti lengan, Datuk Hishamuddin vs Datuk Shabery Cheek.

 

tetamu vip yang turut meriahkan program pink village; Datuk Hishamuddin Tun Hussein, Datuk Shabery Cheek, Datuk Razali Ibrahim, Datuk Rosnah Rashid Shirlin dan artis-artis jemputan.


Majlis Perasmian Perkhemahan Pink Village disempurnakan oleh Datuk Rosnah Rashid Shirlin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

  
aktiviti sukan rakyat

sekali sekala memeriahkan sambutan hari belia negara / himpunan jutaan belia, apa la salahnya. dari membiarkan remaja berpeleseran tak tentu arah serta keselamatan yang tak terjamin. kedudukan tapak pekhemahan pink village berhampiran Masjid Besi Putrajaya memudahkan peserta menunaikan perkara wajib.

Monday, May 28, 2012

Ramainya Belia Hadir Himpunan & Konvensyen Belia Selangorku!


Tanggal 26 Mei 2012 yang baru saja berlalu tentu saja meninggalkan detik hitam untuk kerajaan negeri Selangor yang diperintah oleh pakatan pembangkang, untuk entah ke berapa, realiti semasa sama sekali tidak menepati propaganda yang mereka sering war-warkan.


Jika selama ini mereka gah mendakwa perjuangan mereka mendapat sokongan kuat daripaga generasi muda, apa yang terjadi pada Sabtu lalu membuktikan sebaliknya apabila Himpunan & Konvensyen Belia Selangor 2012 yang dianjurkan oleh kerajaan PKR Selangor di Seksyen 7 Shah Alam gagal sepenuhnya.



Mengikut perancangan asal, sepatutnya majlis tersebut dihadiri oleh lebih 20,000 belia, mahasiswa dan remaja Selangor, namun yang berlaku ialah hanya sekitar 100 orang sahaja yang hadir.

Malah Anwar Ibrahim yang pada mulanya dijadualkan merasmikan Konvensyen tersebut akhirnya terpaksa membatalkannya pada saat akhir selepas jumlah peserta yang hadir terlampau sedikit. Malu & segan agaknya.


Sedari awal penganjuran Konvensyen Belia Selangor 2012 anjuran kerajaan negeri Selangor matlamatnya untuk divert golongan belia daripada memenuhi Himpunan Jutaan Belia 2012 anjuran Kerajaan Pusat yang di langsungkan di Putrajaya, lain yang diharap malu pula yang dapat.

Kegagalan Konvensyen Belia anjuran kerajaan negeri Selangor itu sekaligus membuktikan majoriti belia dan mahasiswa menolak dasar perjuangan pakatan pembangkang.

beruang biru
---------

hadoi... nak tiru macam Himpunan Jutaan Belia Malaysia tapi tak dapat sambutan langsung. buat malu je dia orang nih. kan dah membazir duit rakyat selangor. takat nak dengar pemimpian PR berceramah syok sendiri apa barang beb! ~belimbingbintang

Fatwa Pemimpin PAS DiSahkan Sesat?


ahli-ahli PAS tak buat apa-apa ke?

Jika UMNO yang menyatakan bahawa fatwa yang disebarkan PAS bahawa ‘undi PAS masuk syurga’ adalah sesat, maka PAS akan menuduh UMNO cemburu, jahil, sesat hatta kafir.  

Justeru, kita ingin bertanya ahli-ahli PAS, apakah Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi juga cemburu, jahil, sesat atau kafir juga kerana menyatakan fatwa yang digunapakai PAS itu adalah bodoh, jahil dan sesat?  Kenyataan ini dibuat beliau dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia semalam.

Jawapan pemimpin-pemimpin PAS mengenai kenyataan Dr.  Sulaiman ini sudah boleh dijangka iaitu “bahawa UMNO telah memberi penerangan yang tidak benar mengenai PAS kepada Sheikh Dr. Sulaiman sehingga menyebabkan beliau salah faham mengenai fatwa tersebut”.  

Ahli-ahli PAS totok pun akan turut berkata yang sama sebagai mempertahankan diri mereka.  Sebahagian ahli PAS yang lain pula iaitu yang mampu menggunakan sedikit akal fikiran, akan menafikan bahawa pemimpin mereka pernah berfatwa demikian sebaliknya UMNO yang sengaja mengada-ngadakannya.

Apa yang pasti, pemimpin dan ahli PAS akan melakukan apa sahaja untuk menyedapkan hati sendiri setelah menyedari yang mereka telah tersesat.   Ego dan takbur akan menghalang mereka-mereka dari mengakui kesalahan, jauh sekali untuk kembali ke pangkal jalan.

Kenyataan Sh. Dr. Sulaiman ini amatlah dialu-alukan di ketika umat Islam di Malaysia berpecah-belah dan keliru akibat dari hasutan Ulama-ulama jahat akhir zaman.  Namun, usaha untuk memperbetulkan kembali pemikiran umat yang telah dicelarukan ulama-ulama ini bukanlah mudah.  Rata-rata umat Islam yang celaru itu enggan mengakui kecelaruan mereka kerana terpesong jauh oleh emosi benci dan dendam yang tidak berasas terhadap kerajaan.

Jika dulu, umat Islam di Malaysia dihasut oleh PAS untuk membenci kerajaan kerana tidak menggunapakai undang-undang Islam dan dianggap kafir, tetapi kini PAS masih terus membenci kerajaan walaupun mereka sendiri telah pun membuang negara Islam dari perjuangannya apabila bekerjasama dengan kafir harbi DAP dan pluralis PKR.

Lebih menyedihkan ialah apabila PAS bukanlah dominan dalam Pakatan Rakyat tetapi menjadi pak turut kepada DAP dan PKR.  Maka, sedar tak sedar, PAS kini sebenarnya sedang membantu perjuangan pluralis PKR dan Kristian Evangelist DAP untuk bertapak di Malaysia secara mutlak melalui penguasaan politik.

Hakikat yang sukar untuk ditelan ialah kesesatan PAS bukan sedikit, tetapi sudah terlalu jauh dan terlalu dalam, berakar umbi sejak tahun 70an, menjadi barah yang semakin parah kepada ummah.  Dalam hal ini, mungkin kerajaan juga berkongsi sedikit kesalahan kerana tidak mengharamkan saja PAS sejak dahulu.

Jika dulu, kesesatan PAS terlindung oleh imej ekstrem dan fanatik Islam, tetapi kini kesesatan PAS terserlah dengan duduk di belakang golongan liberal yang meletakkan hak asasi kebebasan mengatasi tuntutan agama.  Bertitik-tolak dari itu, pemimpin-pemimpin mereka terpaksa mengeluarkan kenyataan bercanggah dan merapu semata-mata untuk menjustifikasikan kesepakatan mereka dengan golongan ini.

Walaupun kesesatan mereka kini jelas dan nyata, tetapi kerana fatwa ‘undi PAS masuk syurga’ telah berakar umbi sekian lama, maka ramai umat Melayu yang tetap kekal di dalam PAS semata-mata mengharapkan syurga mudah.  

Syurga adalah nikmat, rahmat yang diberi kepada manusia yang berbuat kebaikan, yang berbudi kepada manusia lain dan alam semulajadi, yang suci hatinya serta ikhlas perbuatannya.  Syurga adalah untuk manusia yang tahu bersyukur akan nikmat Allah kepadanya, yang menggunakan sebaiknya anggota, pancaindera dan akal kurniaan Allah untuk kebaikan diri sendiri, saudara-saudaranya, manusia sejagat dan alam sekitar.  Syurga adalah untuk manusia yang mengamalkan ayat-ayat Allah untuk meneroka dan mencari ilmu dari seluruh kejadian alam dan cakerawala iaitu matlamat utama mereka dicipta.

Syurga bukan ditentukan oleh manusia, parti, undang-undang atau kerajaan.  Syurga neraka adalah hak Allah S.W.T.  Kerana itu, kita diberitahu tentang kisah bagaimana seorang pelacur boleh masuk syurga hanya kerana memberi makan seekor anjing serta bagaimana seorang Ulama boleh tergelincir ke neraka kerana riak.  

Kita tidak faham bagaimana ahli-ahli PAS yang kononnya amat mementingkan agama tidak mampu memahami perkara asas dalam agama Islam iaitu tentang syurga neraka yang tidak boleh ditentukan oleh manusia.   Kita tidak faham bagaimana begitu mudah sekali sebahagian dari kita untuk terpesong, terpedaya dan tertipu oleh serban, jubah dan kata-kata yang tidak masuk akal.

Inilah akibatnya jika gemar menolak penggunaan ‘akal’ dalam membincangkan soal agama.  Sedangkan Allah S.W.T telah menegaskan bahawa ‘akal’ adalah kurniaan tertinggi yang diberikan kepada makhlukNya.  Apa guna diberikan akal jika bukan untuk digunakan terutama dalam menghayati ajaranNya?

Sh. Dr. Sulaiman bukan orang UMNO, bukan orang politik dan bukan mewakili kerajaan Mesir atau mana-mana negara Arab.  Beliau bercakap atas kapasiti seorang Ulama yang bertanggungjawab menyatakan kebenaran demi kebaikan ummah.

Maka, terpulanglah kepada ahli-ahli PAS untuk terjun bersama serban pemimpin mereka atau mendengar nasihat Sh. Dr. Sulaiman dan kembali ke pangkal jalan

blue bear
---------

yang peliknya kenapa ahli-ahli PAS sendiri tak nak memperbetulkan pemimpin mereka ye? bulat-bulat je mereka ikut apa-apa kata/fatwa pemimpin mereka walaupun ada diantaranya diragui.cerdik pandai yang ada pun seolah-olah macam terpaksa ikut sebab takut ingkar, nanti masuk neraka kot... macam tu? syurga dan neraka tu Allah SWT je yang boleh tentukan. manusia ni cuma perhebatkan amal ibadat disamping buat amal pada yang memerlukan. kuasa, jawatan, wang ringgit tu semua sementara aje, bukan boleh bawa ke hujung nyawa. bersederhana adalah sebaiknya. wallahualam...~belimbingbintang

Friday, May 25, 2012

Pernahkah Isteri Lim Guan Eng 'Kacau' Ng Paik Kheng?


Ng Paik Kheng mungkin nama yang kurang dikenali.  Dia bukan bintang filem, bintang sukan pun bukan, tapi ada sesuatu mengenai dirinya yang akan menjadikannya popular – walaupun bukan dalam skop popular seperti mana membabitkan artis dan selebriti ternama.

Dihikayatkan bahawa Ng Paik Kheng ada hubungan terlarang dengan seseorang.  Siapa orang itu penulis tidak tahu tapi hubungan terlarang itu menyebabkan ADUN Kota Laksamana dari DAP, Betty Chew begitu terganggu dengannya, sehingga sanggup mengambil tindakan sendiri dengan ‘mengacau’ wanita tersebut.  Khabarnya, bukan mengacau yang biasa ni, tapi ada sentuhan fizikal juga.

Isu ini sudah menjadi perbualan panas dikalangan inner circle DAP yang rapat dengan Betty Chew.

Asalnya, kita tidaklah berminat dengan masalah apa Betty Chew dengan perempuan tersebut.  Tapi sebab ia membabitkan orang politik, maka kita wajiblah mengambil tahu hal yang sebenarnya.  Orang politik ni macam orang seni juga, privasinya tu milik rakyat sebab yang meletakkan mereka di puncak kuasa pun rakyat juga.

Lebih-lebih lagi bila dah masuk bab-bab kaki tangan naik ni, sudah tentulah rakyat perlu tahu, paling tidak, apa hal sebenarnya yang berlaku?

Itu satu hal, satu hal yang lain ialah bila maklumat yang kita terima mengatakan, jentera propaganda DAP bersungguh-sungguh untuk menafikan kewujudan perempuan ini.  Sehingga ke satu tahap, penulis dimaklumkan gambar dan nama Paik Kheng ini ditukar untuk mengelak identiti sebenarnya dari diketahui orang ramai.  

Tapi kita pun hebat juga, kita ada gambar dan nama yang sebenarnya.

Kesungguhan ini semualah yang mencetuskan tanda tanya yang lebih besar.  Mesti ada sesuatu yang besar cuba ditutup dari pengetahuan ramai.   Sebab, kali terakhir ‘kesungguhan’ sama digerakkan jentera propaganda DAP ialah ketika salah seorang anak Ketua Menteri Pulau Pinang dikaitkan dengan cubaan meraba buah dada seorang pelajar perempuan di Pulau Pinang.

Pokok pangkalnya, jentera propaganda DAP tidak akan bersungguh seperti ini kalau kes itu tidak serius dan boleh menjejaskan parti tersebut.

Justeru, penulis rasa, wajiblah untuk Betty Chew tampil dalam satu sidang media khas untuk menjelaskan hal ini kepada umum.  Betulkah dia ada ‘mengacau’ perempuan tersebut seperti mana yang digambarkan di atas.  Sebab kalau ada berlaku kejadian seperti itu, rosaklah imej DAP selama ini yang berbangga dengan konsep akauntabiliti dan intergritinya.

Mana boleh letak undang-undang di tangan sendiri, Betty Chew sepatutnya tahu ini.  Kalau ada kesalahan Paik Kheng ini yang menyalahi undang-undang, laporkan pada polis supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.  Penulis rasa, ramai orang dalam DAP yang boleh menasihatkannya tentang undang-undang, kot kotlah kalau dia tak faham.

Lainlah kalau kesalahan Paik Kheng ini tidak ada kaitan dengan undang-undang tapi lebih kepada peribadi?

Apa pun kita tak berminat nak bincang soal ini dari sudut kesensasiannya, walaupun kalau nak diikutkan, itulah yang menarik sekali dalam politik ini.  Kita cuma mahu tahu bagaimana perbuatan yang melanggar undang-undang ini dilakukan oleh seorang penggubal undang-undang, walaupun diperingkat negeri.  Hari ini negerilah, besok lusa mungkin parlimen pula.  Perkara ini bukan mustahil berlaku dalam DAP, yang hanya dikawal dan dikuasai beberapa kerat pemimpin dari kalangan keluarga tertentu sahaja, sejak dulu hingga sekarang.

Apalah rupanya nanti kalau penggubal undang-undang sendiri pun langgar undang-undang?

blue bear

Thursday, May 24, 2012

Contoh Pendidikan Percuma Yang Tak Berapa Nak Nampak.

'pendidikan percuma'... mendengarnya memang teruja dan nampak bagus kerana memberi kesan mendalam kepada rakyat khususnya para pelajar untuk melanjutkan pelajaran tanpa dibebani yuran yang tinggi dan sebagainya.

tetapi jika kita lihat dalam skop yang lebih luas, bagaimana mentaliti bangsa kita di Malaysia, terutama orang Melayu. tak usah cerita tentang bangsa lain, cukup kita tengok bangsa Melayu... 

pendidikan percuma sebenarnya banyak telah diadakan walaupun tidak pada skop yang luas. contohnya, seperti seminar dan kursus yang selalu diadakan untuk para pelajar atau pun bukan pelajar, tak kira untuk beberapa hari pun.

kemudahan seperti dewan seminar, peralatan kursus, nota-nota, makan dan minum, penginapan dan sebagainya sepanjang kursus dijalankan, peserta tidak perlu membayar sesen pun. tetapi kekadang keadaan ini tidak berapa mendapat sambutan yang menggalakkan, ada yang datang lewat, tidak hadir pada sesi tertentu mungkin penceramahnya tidak menarik perhatian, ada juga yang pada awalnya menghantar nama tetapi bila sampai masa membatalkannya pula pada saat akhir. berbaloikah apa yang disediakan penganjur secara percuma?

adakah keadaan seperti ini yang kita inginkan terjadi apabila pendidikan percuma disediakan secara menyeluruh???

jika bangsa lain boleh berdiri sendiri tanpa mangharapkan bantuan pihak lain kenapa tidak bangsa Melayu sendiri?

ini cuma contoh yang kecil yang tak berapa nak nampak. perumpamaan yang lebih kurang dan pendapat yang biasa-biasa saja. ~BB.

Wednesday, May 23, 2012

Punca Kes Liwat Anwar Tertunda Lebih 60 Kali Terjawab


Kes Liwat Anwar yang membabitkan Saiful Bukhari telah berakhir dengan kejutan pada 9 Januari tahun ini, iaitu setelah lebih 60 kali atau lebih 3 tahun tertangguh jika dikira dari tarikh laporan polis dibuat.

Ketika kes masih berjalan, ramai yang tertanya-tanya apakah drama atau permainan yang sedang dimainkan oleh pihak pengamal undang-undang Malaysia?  Mana tidaknya, jika kes jenayah seksual tersebut melibatkan rakyat biasa, pastinya ia sudah lama selesai, lebih-lebih lagi apabila terdapat bukti forensik dan saintifik yang nyata.

Ramai yang mengesyaki bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan keseluruhan perbicaraan apabila pihak pembela dilihat mendapat kelebihan untuk menangguhkan kes dengan berbagai-bagai alasan yang tidak masuk akal dan merapu.  Lebih pelik lagi, pihak pendakwa juga tidak banyak menyanggah alasan-alasan yang tidak masuk akal dan merapu itu.  Sebaliknya, pihak pendakwa membiarkan saja pihak pembela mempermainkan undang-undang dan seolah-oleh mengejek rakyat jelata yang dambakan keadilan.

Walaupun hujah Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden begitu baik, konklusif, tepat serta layak diberi ‘tepukan berdiri’, tetapi sikap beliau yang keberatan atau enggan menyanggah strategi licik pembela untuk terus menunda kes membuatkan kita hairan.

Dan apabila peguam Anwar memilih untuk membela diri dengan hujah ‘suka-sama-suka’, mereka sebenarnya telah membuka ruang untuk pihak pendakwa mengikat terus keputusan berdasarkan undang-undang Malaysia yang mengharamkan aktiviti homoseksual tanpa mengira keadaan suka-sama-suka berlandaskan hak asasi dua orang dewasa yang waras.

Inilah yang dijangkakan oleh rakyat, kecualilah jika rakyat tidak dimaklumkan yang undang-undang ini telah dihapuskan?

Jika alasan penghakiman adalah DNA yang diperolehi dari lokap tidak wajar diterima, maka pihak pendakwa seharusnya berusaha memohon sampel melalui perintah mahkamah bagi mencari keadilan.

Namun, ini tidak berlaku.  Rayuan juga tidak berlaku.  Yang berlaku ialah Anwar lepas bebas.  Pembebasannya membuatkan ramai yang kecewa termasuk orang-orang di dalam ‘inner-circle’nya yang bercita-cita untuk mengambil tempatnya.   Dunia bagaikan terkedu sekejap, cuba menjustifikasi pembebasan beliau yang dianggap mustahil jika dilihat dari perkembangan perbicaraan.

Akhirnya, hari ini, sebahagian dari kemusykilan kita sudah terjawab iaitu apabila Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, bekas pendakwaraya dalam kes liwat tersebut kini dilantik sebagai peguam bela Anwar dalam kes BERSIH 3.0.

Benarlah, bila ianya melibatkan Anwar Ibrahim, tidak ada apa-apa lagi yang boleh mengejutkan kita.   Begitulah juga dengan perkembangan terbaru ini.

Jika dulu, Karpal Singh adalah antara orang pertama yang mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim adalah peliwat tegar, tetapi kemudian Karpal Singh juga yang menjadi peguambelanya menafikan yang beliau meliwat.   Jika dulu Karpal Singh mendesak tindakan diambil ke atas Anwar kerana terlibat dalam salahlaku homoseksual tetapi kemudiannya Karpal Singh juga yang berhujah bahawa aktiviti homoseksual di antara dua orang dewasa yang suka-sama-suka adalah tidak salah.

Justeru, apa beza Karpal dengan Datuk Mohd Yusof?  Hampir tiada.  Kedua-duanya dibayar untuk membela Anwar, dan kita pasti bayarannya amatlah lumayan sekali.   Jika ada pun perbezaan, ialah kerana Karpal mendapat ‘bonus tambahan’ iaitu dari segi keuntungan politik.

Benar, dari segi perundangan Datuk Mohd Yusof tidak salah untuk membela Anwar.  Yang nampak salahnya hanyalah dari segi etika kemanusiaan dan persepsi masyarakat yang melihat beliau sebagai tidak berpendirian.

Namun, melihat dari sikap Majlis Peguam yang langsung tidak punya etika, professionalisme dan integriti, maka seperti juga Anwar, tiada apa lagi yang mengejutkan kita mengenai watak-watak para pengamal undang-undang di Malaysia.

Bagi ramai pengamal undang-undang hari ini, undang-undang itu adalah mengatasi keadilan, moral, etika malah agama juga.  Jika ada pun yang lebih ‘tinggi’ dari undang-undang, ia adalah wang!

Apapun, yang pasti, seperti juga kes liwat, Anwar mungkin menang dalam kes BERSIH 3.0.

Namun, selagi Anwar tidak sanggup bersumpah laknat, selagi Anwar terus bersekongkol dengan zionis dan kafir harbi, selagi Anwar tidak sanggup menunjuk jam omeganya dan selagi Anwar terus cuba menghuru-harakan negara dan memburukkan nama negara dengan berbagai cara, selagi itulah nama Anwar tidak akan bersih.

Biarpun terlepas dari undang-undang, sejarah tetap akan merekodkan riwayat hidup Anwar sebagai seorang peliwat dan pengkhianat.