SHAH ALAM 21 Julai - Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) hari ini mencabar kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar menukar wakilnya di dalam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).
Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, perkara itu perlu dilakukan kerana wakil terlibat telah gagal menjelaskan situasi sebenar krisis air yang berlaku di Selangor kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan Exconya.
"Sebab itu, walaupun mempunyai 30 peratus pegangan saham, Menteri Besar dan Exco masih tidak maklum dan faham bahawa krisis yang sedang berlaku adalah kekurangan air terawat akibat permintaan yang meningkat. Bukannya kekurangan air sungai, lombong atau empangan.
"Mereka juga tidak faham yang loji rawatan air sedia ada tidak lagi mampu merawat kapasiti air terkini yang diperlukan pengguna dan hanya pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dapat menyelesaikan masalah itu.
"Jadi, daripada sibuk hendak mengambil alih pengurusan Syabas, lebih baik mereka urus dan tukar dahulu wakil mereka yang 'tidur' di dalam syarikat tersebut," kata Sohaimi kepada pemberita di pejabat GPRS, di sini hari ini.
Sohaimi seterusnya mencadangkan agar kerajaan negeri menguruskan Langat 2 selepas pembinaannya siap kelak dan kemudian menjual air terawat dari loji rawatan itu kepada Syabas.
Jelas beliau, ia secara langsung dapat membantu meringankan kebimbangan tidak berasas mereka mengenai kenaikan harga air selepas Langat 2 siap dibina.
"Tak perlulah ambil alih pengurusan Syabas kerana isu lain seperti sampah pun gagal diuruskan dengan baik. Kita yakin jika Langat 2 siap kelak, harga air tidak akan naik kerana bekalan air terawat sudah banyak dan mencukupi," ujar beliau lagi.
Dalam pada itu, Sohaimi turut menjelaskan yang GPRS bukan membela Syabas dalam isu ini tetapi mahu rakyat faham perkara sebenar yang telah dikelirukan oleh kerajaan negeri.
Malah kata beliau, GPRS juga telah membuat permohonan untuk berjumpa dengan pihak pengurusan Syabas di ibu pejabat mereka bersama wakil 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain pada 24 Julai ini.
"Kami akan dapatkan maklumat sama ada Syabas mempunyai agenda tersembunyi berhubung isu air atau kerajaan negeri yang main politik dan cuba kelirukan rakyat.
"Jika ada keperluan, kami juga akan melawat loji rawatan air sebagai tindakan susulan," tambah beliau sambil menyeru NGO lain agar turut serta dalam perjumpaan itu nanti.
-------
dah kata dah, wakil2 rakyat selangor ni bukan nya pandai sangat. tak boleh nak beza antara air banyak dengan air yang tak dirawat. memang la air banyak, tapi macamana nak gunakan kalau tak dirawat. ~BB
No comments:
Post a Comment