SHAH ALAM - Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa tiada keperluan untuk membuat catuan air di Selangor dan Kuala Lumpur buat masa sekarang jelas membuktikan isu air dijadikan gimik politik untuk menimbulkan prasangka buruk terhadap kerajaan Selangor.
Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong berkata, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) pula menjadi alat Umno untuk mengugut Kerajaan Selangor supaya memberi kelulusan pembinaan Loji Pembersihan Air Sungai Langat atau Langat 2.
---------
itu lah dia puak PR ni, semuanya nak dikaitkan dengan politik. krisis air di selangor ni pun dia orang nak salahkan UMNO/BN jugak. eli wong kata kerajaan pusat menghalang usaha kerajaan selangor (projek mitigasi air bernilai RM225J) dan menuduh pula kerajaan pusat lebih menyebelahi syarikat korporat yang ada kaitan langsung dengan UMNO dan bukannya melindungi rakyat. wah! siapa yang tak melindungi rakyat sebenarnya nih?
hiasan |
kalau betul kerajaan selangor prihatin terhadap rakyat, seharusnya projek langat 2 diteruskan segera tanpa apa-apa prasangka dan tidak dipolitikan. bukankah kerajaan pusat dah bagi tau, perlaksanaan projek langat 2 dibuat secara tender terbuka kepada semua syarikat yang berkelayakan dan mengalu-alukan anak-anak syarikat kerajaan selangor untuk menyertai tender tersebut apabila diiklankan.
dek kerana kedegilan kerajaan selangor ini dan nak menunjuk sebagai hero, rakyat yang jadi mangsa sebenarnya. masalah sekarang ni bukan nak nama atau gimik PRU13 atau apa pun. sekarang adalah kepentingan kepada rakyat selangor dan berhampiran kerana air adalah satu perkara 'wajib' bagi semua manusia. termasuk juga industri-industri yang bergantung sepenuhnya pada air.
malu la wei! selangor yang dulu merupakan antara negeri yang kaya tetapi sekarang dah jatuh miskin akibat kerakusan puak PR 'menarah' dana dan aset negeri selangor. ini sebenarnya menandakan puak PR tiada perancangan untuk terus kekal di kerajaan selangor. kalau ye, dah tentulah langat 2 diteruskan. demi rakyat kan! amacam?
No comments:
Post a Comment