Wednesday, July 4, 2012

Rafizi Alihkan Perhatian Isu Padang PKNS Kepada Isu Projek Sambungan LRT Ampang!

beberapa hari yang lalu, rafizi ramli (gambar) telah membuat laporan polis berhubung dengan pemberian tender projek sambungan transit aliran ringan (LRT) aliran ampang.

dalam laporan, rafizi mendesak pihak polis menyiasat dakwaan pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa oleh Perdana Menteri berkaitann dengan pemberian projek bernilai RM960 juta itu.

menurut rafizi, projek LRT diberikan kepada konsortium george kent yang dipilih oleh Perdana Menteri, sangat mengejutkan dan beliau mendakwa PKR mempunyai bukti yang kukuh berkaitan isu tersebut.

ini adalah kerana george kent bukanlah konsortium yang dipilih untuk projek LRT ampang sepertimana laporan akhbar Business Times.

nah! nampak jelas dakwaan rafizi ramli terhadap Perdana Menteri berhubung dengan pemberian projek itu adalah berdasarkan laporan akhbar Business Times semata-mata. semua tahu bahawa kerja-kerja putar belit   memang makanan rafizi bagi membantu PKR untuk memburukan Perdana Menteri dan kerjaan pusat.

sewaktu sidang media di PWTC, Perdana Menteri mengulas dakwaan rafizi bahawa projek tersebut berjalan menurut aturan yang telak ditetapkan dan malah tidak berlaku sebarang perkara meragukan terhadap projek tersebut.

nampaknya pembangkang cuba mengalih perhatian terhadap isu padang PKNSkian menghantui kerajaan selangor yang diterajui oleh PKR. ketika isu padang PNS sedang rancak diadili dalam Selcat, PKR cuba mengalihkan isu ini kepada campur tangan Perdana Menteri dalam projek LRT aliran ampang.

Rujukan : 

tukang karut PKR, sehari tak mengarut tak boleh tidur punya! huhuhu...

No comments: