Monday, July 16, 2012

Dihalau Oleh Puak PAS Dari Bantu Gotong Royong Di Surau???

program gotong rotong membersih, mengecat dan membaiki surau yang dirancang telah oleh penduduk setempat telah disabotaj oleh puak PAS! ini berlaku di surau kampung bukit sungai seputih, lembah jaya utara, ampang.


rupanya penyokong puak PAS itu telah lebih dahulu berada disurau kampung bukit sungai seputih untuk membuat kerja-kerja tersebut seolah-olah macam mereka yang telah merancang untuk program gotong royong ni terlebih dahulu. walhal program telah dirancang oleh persatuan belia bandar ampang serta jabatan belia dan sukan daerah hulu langat setelah mengadakan mesyuarat bagi program jiwa murni ini minggu yang lalu.

rombongan Dato' Ismail Kijo bersama penduduk kampung telah ke surau tersebut bagi memulakan gotong royong yang juga melibatkan hampir seramai 50 orang peserta PLKN yang turut ingin mambantu. malangnya  rombongan ini telah dihalau dari memasuki surau dan menyuruh mereka beredar dari situ. yang tak bagusnya Dato' Ismail telah menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan salah seorang dari mereka (orang PAS tu la) tapi telah menepis tangan Dato' Ismail tanda tidak mahu bersalaman. 

macam tu ke seorang Islam melayan orang yang seagama dengannya??? lebih lagi sebagai penyokong parti yang kononnya membawa memperjuangkan Islam, patutkah begitu?

pelatih PLKN dihalang masuk ke kawasan surau.
salah seorang 'orang' surau yang ditemui oleh Dato' Ismail.
kelihatan juga perlatih PLKN berpalah balilk setelah kedatangan mereka tidak diterima. 
bendera PAS diletakan berhampiran dengan surau.

 

orang-orang kuat PAS yang telah 'menguasai' program gotong royong di surau kampung bukit sungai seputih.
sebagai orang Islam sillaturrahim patut dipelihara dikalangan masyarakat. aktiviti atau program kemasyarakatan tidak sepatutnya membabitkan fahaman politik. satu contoh yang tidak baik bagi generasi y/golongan muda. 

memutuskan sillaturahim tu kan berdosa tapi kenapa orang Islam dalam parti PAS suka buat macam tu ye? wallahualambisawab!

No comments: