ini kot baru betul gula-gula pilihanraya! kupon shopping rm100 program yang dijalankan oleh kerajaan selangor. kupon ni ada had tarikh tak? Rantaian Mesra Sdn Bhd ni siapa punya ek?
di ampang ada juga warga emas yang datang pejabat UMNO ampang nak dapatkan kupon ni . dia orang ni nak bagi kupon tapi maklumat tempat nak ambil tak dimaklumkan dengan jelas. atau hanya yang terpilih sahaja yang dapat ni? agaknya la, kalau dia orang bagi tunai ni, lepas tu pergi shopping kat Kedai Rakyat 1Malaysia mesti dapat beli barang banyak ni.
kalau betul nak bagi sumbangan atau bantuan, mesti la bagi semua tak kira fahaman politik berlainan sebab mereka semua adalah rakyat juga. contoh macam BR1M RM500.00, boleh dikatakan hampir semua yang dapat kecuali yang tidak layak. itu pun ada yang tertinggal untuk memohon sebab tak yakin akan dapat pada awalnya.
bantuan sekolah RM100.00 pun semua anak-anak yang bersekolah dapat tak kiran ibu bapa mereka sokong parti pplitik mana pun. tak tertinggal juga baucar buku RM200.00 untuk pelajar IPTA/IPTS, tak tengok pun keahlian parti politik mana.
pokoknya kerajaan yang diterajui BN dah banyak beri bantuan sejak berpuluh tahun dulu. cuma ada sesetengah manusia tidak tahu nak bersyukur atas nikmat yang telah dirasai/kecapi. jangan nafikan darah yang mengalir dalam badan kita terdapat hasil dari kerajaan kepada rakyat.
berterima kasihlah walaupun budi sebesar kuman!
No comments:
Post a Comment