Isu air dan perletakan jawatan peguam lantang, Latheefa Koya dari jawatan ahli majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) jauh lebih besar dari isu pungutan sampah.
Isu dalaman PKR itu boleh memercikkan titik awal perebutan jawatan-jawatan utama menjelang pilihan raya umum 13.
Apa kaitan krisis air dengan Khalid dan perebutan kuasa dalam PKR?
Jika Khalid gagal menyelesaikan krisis air ini, sudah pasti Menteri Besar itu tidak diperlukan lagi dalam pilihan raya umum 13.
Malah sebelum ini, kumpulan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sudah berusaha `menyingkirkan’ Khalid dengan menyerang Setiausaha Politiknya, Faekah Husin.
Isu peletakkan jawatan Latheefa ini menunjukkan pergolakan dalam pentadbiran Khalid belum reda.
Sebulan dua lalu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli meletak jawatan dari pejabat penasihat ekonomi Menteri Besar Selangor.
Khalid enggan meneruskan pembinaan loji rawatan air Sungai Langat 2 yang dicetuskan Dr Mohd Khir Toyo ketika menjadi Menteri Besar Selangor.
Pemimpin BN dan NGO-NGO kini melemparkan kecaman dan menuding jari kepada kedegilan Khalid tersebut.
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sudah pun mengumumkan mahu melaksanakan catuan air. Akibatnya, Selangor mahu mengambilalih pengurusan syarikat bekalan air itu.
Khalid seperti tidak percaya dengan keputusan Syabas itu kerana berkeyakinan empangan-empangan air di seluruh negeri masih penuh.
Negeri lawan Pusat
Jelas Khalid berdolak dalih. Tindakan-tindakannya sebelum ini tidak menyakinkan dan penuh tanda tanya.
Bagi menutup kelemahan, Khalid mengumumkan Selangor mahu mengambilalih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Beberapa NGO telah melaungkan senario ini akan menyebabkan kemarahan rakyat Selangor.
Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin berkata, rakyat Selangor marah kerana isu air telah dipolitikkan.
Beliau yakin rakyat akan meluahkan kemarahan ini kepada peti undi.
Bagi bekas Menteri Besar, Dr Mohd Khir Toyo, tindakan Selangor melengahkan Langat 2 semata-mata kepentingan politik.
Katanya, Pusat telah membuka laluan untuk menyelesaikan krisis air di Lembah Kelang tetapi kerana kuasa, rakyat terbanyak akan menjadi mangsa.
Asas Khalid menolak Langat 2 kerana projek itu untuk kroni BN. Sudah ada tanda-tanda kerajaan negeri akan melawan kerajaan pusat dalam merebut hak air ini.
Jika Khalid gagal menyelesaikan krisis air ini, sudah pasti Menteri Besar itu tidak diperlukan lagi dalam pilihan raya umum 13.
sumber : freemalaysiatoday
No comments:
Post a Comment