- Raja Petra Kamarudin
Saya
menulis berkenaan perkara ini lapan tahun yang lepas pada 2005. Namun mungkin
ramai antara anda masih belum lagi membaca Malaysia
Today pada tahun 2005 jadi terlepas untuk membaca apa yang saya tulis.
Sesiapa
yang masih mengingati apa yang saya tulis, ceritanya agak panjang namun secara
asasnya berkisar tentang hubungan antara pemimpin Islam dalam Kerajaan Malaysia
dan juga pemimpin Islam di Filipina serta peranan yang dimainkan Malaysia
berhubung “hal ehwal dalaman” Filipina.
Kebanyakan
orang Malaysia tidak dapat memahami perbezaan antara Sulu, MNLF, MILF dan Abu
Sayyaf—seperti mereka yang tidak mengerti perbezaan antara PLO dan Hamas.
Walaubagaimanapun, izinkan saya merumuskan bahawa mereka ini adalah serpihan
ataupun seteru kumpulan orang Islam di Filipina yang menuntut kemerdekaan, sama
seperti orang Palestin di Timur Tengah.
Malaysia
sebagai sebuah negara Islam, bersimpati dengan orang Islam di Filipina—sama seperti
orang Islam di Selatan Thailand—dan kita telah banyak membantu dalam apa cara
bagi menyelesaikan isu di Filipina dan Selatan Thailand.
Sepanjang
jalan, bagaimanapun, sesuatu yang buruk telah berlaku. Seperti yang telah saya
tulis pada tahun 2005, ada janji yang tidak dipenuhi. Dan ini ada kaitan dengan
'isu IC' Sabah (anda tidak perlu RCI untuk saya beritahu anda). Dan yang
menyebabkan krisis tebusan Sipadan dan penglibatan Libya dalam menyelesaikan
krisis selepas berbulan menemui jalan buntu.
Dilaporkan
sejumlah RM50 juta bertukar tangan untuk mendapatkan pembebasan tebusan, kos
yang ditanggung oleh Libya. Sudah tentu, tiada siapa yang akan mengaku hakikat
ini walaupun mereka sendiri tidak akan dapat untuk menjelaskan bagaimana dan
mengapa tebusan tersebut akhirnya dibebaskan.
Tetapi
semua itu berlaku beberapa dekad yang lalu. Kita bercakap tentang permulaan
krisis pada tahun 1970, apabila ramai daripada anda masih belum dilahirkan
lagi, dan krisis tebusan 30 tahun kemudian pada tahun 2000. Sejak itu
segala-galanya telah menjadi sangat tenang – sehinggalah tahun lepas apabila keseluruhan perkara ini
telah dibangkitkan dalam persediaan untuk pilihanraya umum akan datang.
Ini apa yang berlaku baru-baru ini.
Pada
16 Julai 2012, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah terbang ke
Jakarta untuk bertemu dengan Nur Misuari yang sangat rapat dengan Anwar sejak
Anwar berada dalam kerajaan, dan komander tentera MNLF. Mesyuarat tersebut
telah diadakan di Hotel Crowne Plaza Jakarta dan telah diatur oleh Ahli
Parlimen Indonesia, seorang lagi kawan rapat Anwar, dibawah arahan Anwar
sendiri.
Mesyuarat
kedua telah diadakan di Manila pada 4 Ogos 2012 untuk memuktamadkan dan
menandatangani perjanjian. Anwar terbang ke Manila dengan penerbangan MH 704,
dan jika anda semak butiran penerbangan, anda dapat mengesahkan perkara ini,
dan beliau juga telah ke Jakarta hanya dua minggu sebelum itu.
Dalam
mesyuarat itu, Anwar memberitahu Misuari bahawa dia memerlukan bantuan untuk
memenangi pilihanraya umum akan datang. Pakatan Rakyat yakin memenangi
sekurang-kurangnya 82-85 daripada 165 kerusi di Semenanjung Malaysia. Beliau
tidak yakin dengan 57 kerusi di Sabah, Sarawak dan Labuan.
Pakatan
Rakyat perlu menang sekurang-kurangnya 30 daripada 57 kerusi di Malaysia Timur
untuk membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti yang cukup tipis tetapi
selesa. (Anwar boleh meningkatkan majoriti ini kemudian dengan membawa
ahli-ahli parlimen Barisan Nasional untuk beralih arah apabila mereka membentuk
kerajaan). Untuk ini berlaku, Anwar memerlukan sokongan umat Islam di Malaysia
Timur, khususnya di Sabah, ramai daripada mereka adalah orang Islam Filipina
dengan kewarganegaraan Malaysia dan hak mengundi.
Anwar
berjanji kepada Misuari bahawa sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan
Persekutuan, Sabah dan Sarawak akan diberi autonomi, seperti yang telah mereka
perjuangkan selama lebih 42 tahun sejak tahun 1970. Kedua-dua negeri di
Malaysia Timur juga akan diberikan royalti minyak 20%, peningkatan sebanyak 15%
daripada kadar semasa 5%. Ini akan memastikan bahawa kedua-dua negeri ini akan
menjadi sangat kaya - dianggarkan RM4 bilion setahun bagi setiap negeri.
Tambahan
pula, semua rakyat Filipina yang bukan warganegara Malaysia di Malaysia Timur
akan diberi kewarganegaraan, atau sekurang-kurangya status pemastautin tetap
yang sangat minimum, supaya mereka boleh mencari pekerjaan di Sabah. Pekerjaan
untuk mereka juga akan dijamin.
Nur
Misuari bersetuju dengan terma-terma tersebut dan kemudiannya melantik Haji
Ibrahim Omar sebagai penyelaras MNLF atau 'duta tidak rasmi' ke Sabah untuk
membantu Anwar meraih sokongan umat Islam Filipina di negeri itu.
Dan
itulah sebabnya kerajaan Malaysia teragak-agak untuk mengambil tindakan drastik
apabila krisis Lahad Datu mula menjelma. Pihak Kerajaan tahu ada sesuatu di
sebalik insiden tersebut dan pada masa itu masih belum jelas kaitannya secara
total.
Kerajaan
tidak boleh membiarkan perkara tersebut berlalu begitu sahaja. Mengambil
tindakan ketenteraan hanya akan memberikan kelebihan kepada pihak pengkomplot
dan meyakinkan pihak orang Islam Filipina di Sabah agar bangkit menyokong Anwar
bagi mendapatkan autonomi dari pihak Kerajaan Persekutuan.
Ya,
kejadian di Lahad Datu adalah satu 'wayang', seperti yang dicanangkan oleh
pembangkang. Tidak ramai yang akan berani untuk menyangkal perkara ini. Ramai
rakyat Malaysia juga yakin bahawa terdapat 'dalang' di sebalik kejadian ini.
Apa yang mereka tidak tahu ialah: Siapa dalang tersebut? Malaysia
Today telah mendedahkan cerita ini dan saya mencabar kerajaan Malaysia
untuk menafikan kesahihan apa yang saya baru dedahkan.
Satu
lagi perkara yang perlu dipertimbangkan ialah samada 'perang mulut' antara MNLF
dan MILF juga satu “wayang”. Dengan mencanangkan konflik ini, proses damai akan
hancur berkecai dan ini memberi mereka alasan untuk meneruskan konflik
bersenjata. Walaubagaimanapun, hubungan antara MNLF dan serpihan kumpulan lain
tidaklah bergejolak seperti apa yang ia pamerkan di sebalik tabir, jika gambar
di atas dijadikan kayu ukurannya.
Kesimpulannya,
memang wujud banyak plot dan sub-plot dalam perkara ini, yang mana akhirnya
kita sendiri tidak mengetahui siapa yang mempermainkan siapa.
No comments:
Post a Comment