Inilah akibatnya apabila terlalu
ghairah ingin menunjukkan sokongan dan mengambil hati Anwar Ibrahim, akibatnya
‘posting’ yang sebelum ini diletakkan tiba-tiba hilang tanpa dapat dikesan.
Saling tak ubah seperti perumpamaan popular mengenai biskut satu ketika dahulu
‘sekejap ada, sekejap tak ada’.
Ia berhubung tindakan bekas pemimpin
Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari yang secara tidak
sengaja telah mengesahkan hubungan baiknya dengan Ketua Pembangkang Malaysia,
Anwar Ibrahim seperti yang di dakwa sebelum ini.
Misuari (yang mengaku masih memimpin
MNLF, walaupun pada hakikatnya telah lama disingkirkan) nyata tersilap langkah
apabila memasukkan di dalam entri laman sosial Facebooknya mengenai sokongan
kepada Anwar berhubung dakwaan liwatnya.
‘We happy that the innocent are
vindicated and that truth and justice should always prevails’ katanya yang
merujuk kenyataan bapa kepada mangsa liwat Anwar, Azlan Mohd Lazim.
Menyedari akan kesilapan yang dilakukan
itu, posting Misuari berkenaan kenyataan tersebut akhirnya ‘ghaib’ dari laman
sosialnya tanpa sebarang alasan yang kukuh. Atau mungkinkah bekas gabenor
Mindanao itu telah dihubungi oleh ‘orang-orang tertentu’ yang melihat posting
tersebut seperti membuka pekung di dada?
Walaupun secara dasarnya ia bukan
merupakan satu kesalahan namun secara prinsipnya ia berkait dengan hubungan
rapatnya dengan Anwar. Tambahan pula agensi berita antarabangsa dan media asing
turut melaporkan kenyataan dari unit perisikan tentera Filipina yang mengaitkan
Anwar terhadap pencerobohan bersenjata di Sabah.
Malah kenyataan Misuari sebelum ini
juga dilihat berbelit-belit, berbau propaganda dan penuh dengan tipu muslihat.
Pada satu ketika, dia menafikan terlibat dalam insiden pencerobohan di Sabah
namun di masa sama menyatakan akan menghantar tenteranya membantu pengikut
Jamalul Kiram yang semakin tertekan di Sabah.
Tidak cukup dengan itu, Misuari juga
turut mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang menurutnya ‘mendengar
cerita’ kononnya kehadiran penceroboh adalah kerana jemputan yang dibuat oleh
kerajaan Malaysia.
Untuk rekod, bekas Gabenor Wilayah
Autonomi Mindanao itu sebelum ini telah di tolak oleh rakyatnya kerana gagal
membangunkan wilayah kelahirannya, malah turut dikaitkan dengan amalan rasuah
dan didakwa hanya mengutamakan kepentingan diri.
Tun Mahathir ketika diminta mengulas
mengenai Anwar berhubung isu Sabah mengatakan hairan bagaimana boleh terpedaya
untuk percaya kepadanya semasa di dalam kerajaan suatu ketika dahulu.
“Dia (Anwar) penipu yang terbesar
sampai saya pun tertipu. "Kononnya warak, kononnya boleh (kendalikan)
usrah tapi buat kerja yang tak boleh diterima oleh orang Islam”.
Kesimpulannya sehingga kini, Anwar
masih gagal menjawab beberapa persoalan yang menjadi tanda tanya sebilangan
besar rakyat berhubung tragedi berdarah yang melanda negara ini.
1. Mengapa
Anwar ghairah berulang kali menyentuh soal Sabah akan hilang. Kalau tiada angin
masakan pokok bergoyang.
2. Apakah yang
beliau bincangkan semasa pertemuan dengan Nur Misuari sebelum itu?
3. Menjawab
berhubung dakwaan, terdapat pemimpin PKR lain yang turut menemui pihak tertentu
di selatan Filipina.
4. Dakwaan
pencerobohan pengganas Sulu berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang,
sebagaimana dilaporkan Reuters dan media Filipina.
5. Pencerobohan tersebut dikatakan ada kaitan
dengan janji pembangkang di Malaysia memberikan kuasa autonomi kepada Sabah
jika berjaya membentuk kerajaan kelak.
No comments:
Post a Comment