Surat di atas telah disebarkan oleh
laman web Malaysia Today, milik penulis pengecut yang sakit jiwa, iaitu Raja
Petra Kamaruddin. Jangan ditanya kenapa
dan bagaimana web beliau mendapat surat tersebut kerana jika ianya RPK, ia
pasti dijayakan dan jika ianya tidak benar, ia pasti akan direka-ciptakan.
Walaupun surat ringkas tersebut
memperlihatkan sipenulis sebagai menyebelahi Anwar, tetapi ia jelas bertujuan
untuk menjatuhkan keseluruhan keluarga Anwar sekali gus. Penulisnya nampaknya dengan sengaja cuba
menimbulkan keraguan mengenai hubungannya dengan Anwar yang terkenal sebagai
biseksual tersohor. Penulisnya juga
tanpa berselindung memuji Azmin untuk menobatkan Azmin sebagai satu-satunya
pemimpin yang layak menerajui PKR.
Sudah tentulah kita musykil melihat
surat ringkas yang terlalu ‘straight-to-the-point’ ini. Apatah lagi apabila ia ditujukan kepada Hadi
Awang, Presiden PAS yang hanya dipandang sebelah mata saja dalam kepimpinan Pakatan
Rakyat.
Semua orang sedia maklum bahawa Hadi
Awang di mata DAP dan PKR, adalah jauh lebih hina dari orang-orang yang
dihinanya, seperti rakyat Sarawak yang dikatakan masih bercawat atau guru
sekolah rendah yang dikatakan tidak layak memberi teguran dan pandangan. Hadi dan PAS adalah tidak lebih dari sekadar
kuda tunggangan atau anjing kurap yang sanggup berbuat apa saja termasuk makan
najis sendiri demi secebis peluang untuk ke Putrajaya.
Justeru, menulis surat kepada Hadi Awang
untuk meminta beliau menangani masalah di dalam Parti PKR merupakan satu
kejahilan yang nyata di pihak sipenulis yang mengaku sebagai Setiausaha Politik
kepada YB Zuraidah, Ahli Parlimen Ampang dan Ketua Wanita PKR. Mungkinkah seorang setiausaha politik boleh
menjadi begitu jahil mengenai politiking di dalam partinya mahupun bidang kuasa
Presiden parti sekutunya?
Segalanya mungkin, jika penulis yang
bernama Mohd Fareez Kamal Intidzam ini memiliki ciri-ciri tertentu yang turut
dimiliki oleh Saiful Bukhari, Azizan atau Sukma Dermawan.
Apapun, kita tidak boleh menolak
kemungkinan yang surat tersebut benar memandangkan persengketaan di dalam Parti
Pakatan Rakyat sudah menjadi rahsia umum.
Semua orang tahu bagaimana Wan Azizah membenci Azmin Ali dan semua orang
tahu kerakusan Azmin untuk berkuasa. Anwar ternyata mendidik Azmin dengan baik sehingga terciptanya seekor
‘raksaksa’ yang benar-benar menyerupai dirinya.
Nampaknya, kedudukan Anwar benar-benar
tidak selamat apabila raksaksa itu pula ingin memakannya. Dirinya sudahlah ditolak PAS, dan dengan
insiden Lahad Datu, Anwar benar-benar sudah menjadi beban kepada partinya
sendiri. Hanya DAP sahaja yang masih
‘terpaksa’ menjulang Anwar walaupun dengan muka berpaling ke arah lain.
Kesimpulannya, parti PKR sudah lama mati
sejurus terdapatnya penyokong sendiri yang menolak Anwar sejak akhir-akhir ini. Yang kita lihat masih berjalan dan bercakap
hari ini, hanyalah batang tubuh PKR tanpa roh, iaitu bagaikan zombi. PKR lahir kerana Anwar dan untuk Anwar, iaitu
supaya beliau lepas dari pertuduhan dan hukuman dan supaya beliau punya
platform untuk memakai gelaran ‘bakal Perdana Menteri’.
Tanpa Anwar, apalah PKR? PKR hidup kerana Anwar, dan akhirnya mati
juga kerana Anwar. Justeru, jika Mohd
Fareez Kamal inginkan PKR atau PR selamat dalam PRU-13, beliau tidak perlu
mengadu kepada Hadi atau RPK kerana parti itu pada hakikatnya telah pun
mati. Tetapi jika beliau hanya inginkan
hubungannya dengan Anwar selamat, maka beliau hanya perlu mengadu kepada Anwar
seorang kerana tiada siapa yang dapat membantunya dalam hal-hal songsang.
No comments:
Post a Comment