Thursday, March 14, 2013

Tian Chua Perlu Didakwa Segera Sebelum Sabah Menerima Nasib Seperti Timor Leste!


Akhbar hari ini melaporkan bahawa Tian Chua sudah pun didakwa di mahkamah kerana menghina polis dan tentera dengan menuduh bahawa insiden Lahad Datu hanyalah sandiwara UMNO.  Tian Chua benar-benar biadap dan tidak berperikemanusiaan kerana enggan meminta maaf walaupun sedia maklum bahawa tuduhan dan penghinaannya mengguris hati keluarga wira-wira yang terkorban.  

Lebih buruk lagi, apabila penyokong-penyokong Tian Chua dan parti pembangkang, amnya, turut menghina anggota keselamatan termasuk yang terkorban di dalam laman-laman sosial.  Justeru, majoriti rakyat Malaysia mengutuk sikap Tian Chua dan merasa hairan kerana tiada seorang pun dari pemimpin PR, termasuk dari PAS yang menempelak Tian Chua seolah-olah bersetuju dengannya.  

Mungkin ramai yang melihat Tian Chua ini sebagai seorang ahli politik biasa, cuma terlebih  lantang atau celupar, atau terlebih berani ataupun bodoh dari yang lain-lainnya.  Namun, jika kita meneliti latarbelakang Tian Chua, kita wajar mengambil serius terhadap ‘ancaman’ yang mungkin dibawanya.  

Rakyat Malaysia tidak boleh terus menerus melihat politik dari sudut sempit di dalam negara sendiri.   Masanya sudah lama tiba untuk kita memahami percaturan politik dunia serta tidak lagi tersalah langkah dengan memandang rendah atau mengambil mudah atau menafikan terus wujudnya percubaan untuk menakluk dunia oleh kaum Yahudi, sepertimana yang diingatkan oleh Allah SWT di dalam AlQuran.   

Oleh itu, usaha tidak jemu-jemu sesetengah pihak untuk menjemput campurtangan asing dalam urusan negara, termasuk dalam urusan mahkamah, tidak harus dipandang ringan.  Apabila dikatakan ‘campurtangan asing’ maka ia secara automatik merujuk kepada kuasa besar yang didalangi Yahudi.  Sebagai negara Islam, dan sebagai umat Islam, tentulah amat mencurigakan jika kita meminta musuh Islam untuk campurtangan dalam urusan negara kita sedangkan AlQuran telah pun mengingatkan  bahawa musuh-musuh kita itu tidak mungkin ikhlas dan tidak akan berhenti sehingga kita menuruti mereka.  Apakah kita sudah tidak lagi percaya pada AlQuran?

Di Malaysia, pihak mana lagi yang sering menjemput campurtangan asing jika bukan pakatan pembangkang?   Walaubagaimanapun, Pakatan pembangkang tentu saja tidak mahu dilihat berhubungan dengan Yahudi secara langsung.  Oleh yang demikian, mereka memerlukan rangkaian atau badan lain untuk menjadi perantara dan untuk dijadikan penyamaran dalam usaha mencapai matlamat mereka untuk berkuasa.  

SUARAM dan BERSIH adalah antara organisasi yang telah terbukti menjadi rangkaian pembangkang dan telah pun mengaku menerima dana asing dari rangkaian George Soros untuk menjalankan operasi mereka.  Sudah menjadi rahsia umum bahawa rangkaian Soroslah yang menaja pertukaran rejim di beberapa negara di dunia.  

Dan di sinilah nama Tian Chua menjadi satu nama yang penting.  

Tian Chua adalah antara pemimpin PKR yang turut berada dalam kepimpinan tertinggi SUARAM.  Hari ini, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) sudah pun mendedahkan di dalam sebuah program yang mana telah pun dimuatnaik ke Youtube, tentang bagaimana SUARAM menyalurkan USD2 juta kepada pengganas Sulu untuk menceroboh Malaysia.   Kita tunggu SUARAM menyaman JMM jika pendedahan ini tidak benar.  

Umum sedia maklum bahawa Tian Chua telah beberapa kali berkunjung ke Filipina dalam masa sebulan dua sebelum pencerobohan ke atas Sabah berlaku.   Mungkin ada yang bertanya, kenapa Tian Chua, sedangkan ramai lagi pemimpin PKR di dalam SUARAM?  

Tian Chua mempunyai pengalaman dalam misi seperti ini kerana beliau bernah  bekerja di bawah Ramos Horta di Timor Timur yang mempunyai hubungan rapat dengan Amerika dan Australia.  

Pada 9 November 1996, Tian Chua menggunakan platform SUARAM untuk menganjurkan Asia Pacific Conference on East Timur II (APCET II) di Kuala Lumpur, sebagai lanjutan dari APCET I yang diadakan di Manila pada Mei 1994.   Program ini adalah bertujuan untuk membincangkan pemisahan Wilayah Timor Timur dari negara Indonesia.  Cadangan pemisahan ini membawa kepada keganasan dan pertumpahan darah apabila pemimpin etnik Timor Timur, Gusmao melancarkan serangan bersenjata.  Pertempuran antara pemberontak Gusmao dengan ABRI dan kerajaan Indonesia berlangsung untuk beberapa lama.  

Sejarah kemudiannya merekodkan Ramos Horta berjaya memisahkan Timor Leste dari Indonesia pada tahun 2002, dan menjadi Presiden di negara Kristian tersebut.

Jelaslah bahawa Tian Chua telah mempunyai rekod ‘cemerlang’ dalam membantu memisahkan sebuah wilayah dari negara asalnya.   Dan Tian Chua nampaknya sedang berusaha untuk melakukan yang sama dengan Sabah.  

Perlu difahamkan bahawa tujuan sebenar Tian Chua, SUARAM, Anwar mahupun dalang mereka, iaitu puak zionis Yahudi bukanlah sangat untuk memisahkan Sabah, tetapi untuk menghuru-harakan dan melemahkan sebuah negara Islam yang makmur dan maju.   

“Menyebarkan agama Kristian” juga bukanlah motifnya, tetapi agama adalah sekadar ‘alat’ atau ‘penyamaran’ untuk mengaburi mata dunia.  Lagipun, menggunakan agama sebagai alasan untuk berperang atau apa saja, adalah lebih mudah kerana manusia cenderung menjadi ekstrem, taksub ataupun keliru apabila berhadapan dengan isu agama.   Kecenderungan itu akan digunakan oleh pihak mereka untuk mencetuskan ketegangan dan juga pertumpahan darah.  

Hakikatnya, yang menjadi motif utama semestinyalah aset, sumber asli, potensi dan lokasi strategik negara ini kerana kesemua ini adalah asas penting untuk membina struktur bagi menakluk dunia.  Negara ini punya sumber asli yang banyak, selain berpotensi besar untuk terus berkembang maju kerana lokasinya, selain sifat penduduknya.  Sejak beratus tahun dahulu, negara ini sering menjadi rebutan penjajah atas alasan yang sama.    

Rasanya, kita semua boleh berfikir bahawa tidak mustahil semua yang berlaku ini turut berkaitan dengan tindakan kerajaan menolak permintaan Amerika untuk membina pengkalan tentera di Lumut dan tidak mustahil juga ia berkaitan dengan kesungguhan Malaysia membantu Palestine.  

Kesimpulannya, Tian Chua adalah pengkhianat negara dan dakwaan menghina atau menghasut adalah terlalu ringan dan tidak menepati kesalahannya.  Sewajarnya, Tian Chua didakwa kerana mengkhianati negara, sebagai pembelot atau petualang yang tidak harus diberi peluang kedua lagi.  

No comments: