"Banyak pihak mendakwa mereka pewaris kesultanan itu tetapi saya adalah pewaris yang sah," demikian kata Ampun Muedzul-Lail Tan Kiram kepada sebuah portal berita online pada 22 Februari 2013 lepas, sebagai merujuk kepada Jamalul Kiram III.
Kenyataan Ampun Muedzul betul. Memang terlalu ramai orang yang mendakwa diri mereka merupakan Sultan Sulu yang sah, sekurang-kurangnya ada 9 individu yang mengaku sebagai pewaris sebenar Kesultanan Sulu.
Menariknya lagi kesemua 9 individu termasuk Jamalul Kiram III mahu dipanggil sebagai Sultan Sulu dan telah melalui upacara penabalan dan mempunyai pengikut masing-masing, yang menariknya tiada seorang pun di kalangan 9 Sultan Sulu ini yang memiliki tanah jajahan atau wilayah pemerintahan sendiri.
Jamalul Kiram III, merupakan salah seorang daripada 9 individu tersebut kini terlibat secara langsung mengarahkan sekumpulan 200 orang pengikutnya yang didakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu untuk menceroboh Lahad Datu, Sabah.
Kumpulan warga Filipina yang diketuai oleh adiknya, Agbimuddin Kiram itu bertanggungjawab membunuh 8 orang anggota keselamatan Malaysia dalam dua pertempuran di Lahad Datu dan Kampung Srijaya, Simunul, Sampoerna yang turut mengakibatkan 18 orang pengikutnya terbunuh.
Mereka mula menceroboh Sabah sejak 9 Februari 2013 lalu dengan matlamat untuk menuntut hak ke atas Sabah yang didakwa milik Kesultanan Sulu serta turut mendesak Kerajaan Malaysia tidak menghantar pendatang Filipina keturunan Sulu pulang ke negara asal.
Sudahlah datang secara kurang ajar kemudian tunjuk lagak samseng menuntut pemerintahan ke atas Sabah, memang memalukan orang Sulu. Sewajarnya kumpulan pengikut Jamalul Kiram III ini kita gelarkan sahaja sebagai pengganas Sulu.
Rentetan pencerobohan yang berlaku sejak 4 minggu lalu itu menyebabkan satu persoalan sering menerjah ke akal dan minda kita minda ramai tertanya-tanya siapakah Jamalul Kiram III dan benarkah dirinya adalah Sultan Sulu yang sebenar-benarnya?
Jamalul Kiram III sebetulnya bukanlah waris Kesultanan Sulu yang sah disebabkan dirinya bukanlah berasal dari darah zuriat hakiki Sultan Sulu kerana keturunan keluarga Kiram tidak lagi diterima oleh rakyatnya setelah dianggap sebagai sebagai tali barut kepada Amerika Syarikat.
Peristiwa pembunuhan sejumlah 4,000 orang Sulu dari keluarga Datu & Syarif Tausug di Bud Bagsak dan Bud Dahu sekitar tahun 1906 dulu adalah hasil kerja Amerika Syarikat selepas mendapat restu Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yakni Sultan Sulu terakhir dari keturunan keluarga Kiram di Jolo, Sulu.
Semenjak kejadian pembunuhan tersebut, rata-rata orang Sulu Tausuq menentang Sultan mereka dan tidak lagi mengiktiraf mana-mana keturunan keluarga Kiram untuk memimpin mereka.
Kini dengan wujudnya sekurang-kurang 9 orang individu dari pelbagai keturunan yang juga mengaku sebagai waris sah Kesultanan Sulu, maka bertambahlah keraguan ramai untuk mempercayai Jamalul Kiram III sebagai satu-satunya waris yang sah.
Tambah menjelikkan orang Sulu sama ada yang tinggal di Filipina mahupun di Sabah bila mana tatkala Jamalul Kiram III sibuk mendabik dada sebagai Sultan Sulu, di masa yang sama adiknya Esmail Kiram II pula turut mengaku merupakan pewaris sah Kesultanan Sulu. Memalukan.
No comments:
Post a Comment