Showing posts with label lahad datu. Show all posts
Showing posts with label lahad datu. Show all posts

Friday, November 8, 2013

Mana Pergi Tabung Sumbangan Wira Lahad Datu, Kenapa Pas Senyap Sepi?

Bertempat di Sri Perdana, Putrajaya satu lagi majlis diadakan bagi meraikan waris kepada para perwira negara yang telah dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, awal tahun ini. Majlis yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan untuk memberikan bantuan tambahan bagi meringankan beban waris keluarga tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, balu kepada wira negara akan menerima sumbangan sara hidup RM800 setiap bulan, RM500 (anak di bawah 18 tahun) dan RM400 (ibu bapa kepada wira yang bujang).

''Anak mereka turut menerima sumbangan pendidikan secara bulanan iaitu RM200 kepada anak di peringkat prasekolah, RM300 (anak peringkat sekolah rendah) dan RM500 (anak peringkat sekolah menengah).

''Selain sumbangan berjadual, ahli keluarga wira juga memperoleh sumbangan sekali gus iaitu RM22,000 bagi keluarga wira yang terkorban, wira alami kecederaan parah (RM10,000), kecederaan ringan (RM5,000), ahli keluarga yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi (RM10,000)," katanya di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyerahan sumbangan Tabung Wira Negara kepada ahli keluarga wira yang terkorban dan pegawai yang cedera dalam Op Daulat di Lahad Datu, Sabah.

Sejak dilancarkan pada 11 Mac lalu di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13, Tabung Wira Negara berjaya mengumpul lebih RM3.2 juta hasil sumbangan daripada penjawat awam Persekutuan, negeri, badan-badan berkanun serta melalui tajaan lain.

Namun yang menjadi persoalannya sekarang ialah, kenapa sehingga hari ini masyarakat langsung tidak mendengar cerita mengenai Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu yang dilancarkan pada 7 Mac oleh Pas. Senyap dan sunyi. Seolah-olah tabung tersebut langsung tidak wujud sama sekali. 


Sedangkan sebelum ini lidah rasmi Pas, Harakah begitu hebat mempromosikan tabung tersebut yang dikelolakan oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia. Itu belum lagi diambil kira melalui kutipan derma yang dianjurkan sepanjang kempen ‘road tour’ mereka.

Malah menurut maklumat yang diterima, di akhir ceramah anjuran pakatan pembangkang, hampir setiap malam mereka mengedarkan ‘karung duit’ bagi mengutip derma daripada para hadirin yang hadir kononnya untuk membantu keluarga mangsa tragedi.

Masakan tiada sambutan langsung dari pengikut, ahli, penyokong dan para dermawan Pas. Apakah isyarat senyap dan sunyi itu bermaksud kutipan tabung tersebut GAGAL mengutip walaupun RM10.00? Apakah ia bermaksud semua pengikut, ahli, penyokong dan para dermawan Pas sebenarnya terdiri daripada mereka yang bakhil?

Sudah tentu tidak. Ini kerana Pas yang selama ini mendakwa sebagai pejuang Islam sudah tentu berjaya mendidik pengikut, ahli, penyokong dan para dermawan mereka agar sentiasa bersifat pemurah.

Sekiranya Tabung Wira Negara anjuran kerajaan BN berjaya mengumpulkan RM3.2 juta, Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu anjuran Pas paling kurang tentu berjaya mengutip RM 4-5 juta. Ini kerana Pas yang sering mendakwa lebih Islam dari orang lain sudah pasti akan menyumbang melebihi mereka yang tidak berapa nak Islam.

Namun, persoalannya ialah ke mana GHAIBNYA semua sumbangan tersebut? Masakan kutipan yang sebegitu ‘banyak’ tidak dijalankan sebarang ‘audit’? Apakah tiada satu pun jawatankuasa pemantau yang menguruskan tabung tersebut?

Masyarakat perlu mendesak agar parti menjawab semua persoalan dan kekeliruan yang dibangkitkan ini. Atau setidak-tidaknya pengikut, ahli, penyokong dan para dermawan yang telah menyumbang melalui akaun seperti yang pernah dipromosikan oleh Harakah.

Kesimpulannya sekiranya sumbangan derma tersebut ‘masih ada’ Pas WAJIB menyerahkan kepada mereka yang berkenaan. Ini kerana sebagai sebuah PARTI POLITIK yang kononnya berpegang kepada DASAR ISLAM, sudah tentu mempunyai golongan ulama yang tahu akan hukum memakan harta anak-anak yatim.

Bukanlah niat untuk menuduh Pas telah ‘memakan’ jumlah kutipan tabung tersebut, hanya ingin meminta penjelasan bagi mengelakkan sebarang persepsi buruk.


Tuesday, May 21, 2013

Anwar Gelabah Dokumen 'Siapa Dalang Pencerobohan Lahad Datu' Sudah Siap!


Anwar semakin pening kepala apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi semalam berkata semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.

Pepatah Melayu ada menyatakan 'Siapa makan cili, dia yang rasa pedas'. Pepatah ini sangat bertepatan dengan Anwar kerana beliau sudah dapat merasakan dirinya akan sekali lagi dihumban ke dalam penjara walaupun Zahid hanya memberitahu tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah.

Apa yang lebih menarik, maklumat terperinci itu bukan sahaja datang dari pihak polis, malah pihak tentera juga terlibat dalam mengumpulkan segala bukti-bukti yang ada. Berdasarkan laporan tersebut, polis dan tentera  akan meneliti dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah. Polis, tentera dan peguam negara akan duduk bermesyuarat untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya.

Rakyat Malaysia nampaknya sudah tidak sabar lagi untuk mengetahui siapakah dua orang dari semenanjung dan seorang dari Sabah yang telah menjadi pengkhianat kepada negara. Bukan sahaja rakyat, tetapi pemimpin pembangkang iaitu bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee semalam turut mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.

Memandang pilihan raya umum telah berakhir dengan jayanya, adalah amat tepat dan masa yang terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut kerana jika pendedahan dibuat sebelum PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik.

Selepas dibebaskan dari penjara, Anwar sepatutnya menjadi seorang Muslim yang baik dan berguna untuk masyarakat  Islam di negara ini dan berhenti daripada menjadi seorang pengkhianat yang melampaui batas.

Anwar sepatutnya bermuhasabah diri dengan apa yang telah beliau lakukan selama ini dan bukannya menjadi pengkhianat bertindak menghasut rakyat serta menyalahkan pihak lain di atas kejahilan diri sendiri. Anwar harus kembali ke pangkal jalan, bermuhasabah diri dan memperbaiki diri untuk menjadi seorang Muslim yang baik dan bermanfaat kepada ummah.

Anwar perlu sedar, sudah ramai rakan-rakannya yang ikhlas dalam perjuangan, yang dulunya sanggup berkorban apa saja untuk beliau, kini seorang demi seorang telah meninggalkan beliau. Apakah rakan-rakan yang meninggalkan Anwar itu salah semuanya dan Anwar saja yang betul?

Sudah tentu ada sebab musabab yang menyebabkan mereka meninggalkan perjuangan Anwar walaupun sudah ada yang berpuluh tahun bersama dengan beliau. Anwar perlu sedar hakikat ini dan rakyat juga perlu melihat perkara ini dengan fikiran yang terbuka dan belajar menerima hakikat.

Sunday, April 14, 2013

Ops Daulat akan berakhir beberapa hari lagi - Najib #LahadDatu #BetterNation #PeaceMalaysia

LAHAD DATU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan bahawa Operasi Daulat yang diwujudkan sejak 5 Mac lepas bagi menangani insiden pencerobohan pengganas dari Filipina di pantai timur Sabah akan berakhir beberapa hari lagi.

Katanya operasi kepolisan dan ketenteraan bagi menghapuskan pengganas Sulu itu akan diteruskan di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

"Kita dapat bersama di majlis yang begitu bersejarah dan bermakna di Felda Sahabat ini, sebuah kawasan yang menjadi perhatian seluruh negara dalam masa beberapa minggu. Pada mulanya, cadangan saya datang untuk isytiharkan supaya ataupun bahawa Operasi Daulat sudah berakhir.

"Sebaliknya, kalau saya berbuat demikian ia mungkin memberi gambaran yang kurang tepat. Hakikat sebenarnya Operasi Daulat akan berakhir tetapi segala tindakan polis dan ketenteraan yang perlu diambil, yang perlu dilakukan, sehingga setiap orang sama ada pengganas atau pun tali barut mereka dapat
dihapuskan sama sekali. selanjutnya di sini.


Inline image 1

Inline image 2

Inline image 3

Inline image 5




Thursday, April 11, 2013

Keadaan Di Sabah Mula Kembali Normal #PeaceSabah #Pahlawanku #ESSZONE #LahadDatu #OpsDaulat

Setelah Ops Daulat berjaya menggempur penceroboh-penceroboh Sulu di Sabah, keadaan di Sabah mula kembali normal dan keselamatan rakyat di daerah-daerah yang terlibat mula terjamin semula.

Sekolah-sekolah dibuka semula, kerajaan bantu bina semula rumah-rumah yang musnah di Lahad Datu. Penubuhan ESSZONE memang untuk jamin keselamatan Sabah & Malaysia pada masa hadapan. Rakyat di daerah-daerah terlibat Ops Daulat mula kembali semula ke rumah masing-masing.










Inline image 1

Inline image 2
Inline image 3

Tuesday, April 9, 2013

Pas Kutip Derma Untuk Lahad Datu @ PRU? #TolakPR #PeaceSabah #GE13 #PRU13


Meskipun PAS tidak menyatakan dengan jelas pendirian mereka dalam Isu Lahad Datu, pemimpin PAS terutamanya daripada Dewan Pemuda PAS telah melancarkan kutipan derma bagi Lahad Datu.

Pelancaran Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu jelas mengelirukan apabila tidak jelas sama ada ia dilancarkan memang khusus untuk insiden di Lahad Datu atau kempen politik mereka menjelang Pilihanraya Umum ke-13 semakin hampir.

Malah, apabila semakan dibuat, akaun Maybank untuk menyalurkan sumbangan berkenaan tidak sama dengan nama tabung itu sebaliknya atas nama Tabung Rakyat Prihatin.

Promosi tabung tersebut juga dibuat oleh laman Harakah Daily dan boleh dilihat menerusi URL : http://bm.harakahdaily.net/index.php/home.

Sudah terang lagi bersuluh apabila naib Presiden PKR Tian Chua menuduh insiden Lahad Datu adalah konspirasi UMNO dan Barisan Nasional dan PAS sehingga hari ini tidak pernah mengeluarkan kenyataan membantah atau menyokong kenyataan Tian Chua tersebut.

Sebaliknya pemimpin PAS menuduh insiden pencerobohan yang mengorban 10 nyawa perjaurit tanah air itu adalah berpunca daripada kemiskinan penduduk yang diabaikan Barisan Nasional.

Sedangkan rakyat sedar kehadiran militan Sulu di bumi Sabah adalah untuk menuntut Sabah dan kumpulan pengganas Sulu itu datang menceroboh kerana ingin menuntut lebih pampasan daripada Sabah.

Sikap PAS melancarkan tabung itu dipuji, mungkin wujud perasaan patriotik dalam jiwa mereka, namun persoalan timbul adakah benar dana daripada tabung itu akan diterima keluarga perajurit yang terkorban dan cedera dalam insiden berdarah itu?

PAS juga perlu menyatakan secara terbuka pendirian mereka dengan kenyataan Tian Chua, bukan hanya tahu mengutip derma sahaja.

Pelancaran tabung tersebut sebenarnya tidak lebih sekadar gimik politik Pas untuk menunjukkan parti itu juga prihatin dengan apa yang berlaku walaupun lain ceritanya di pentas-pentas ceramah mereka.

Apa pun tujuan yang tersurat atau tersirat, Pas perlulah memastikan wang yang dikutip itu benar-benar sampai ke tangan keluarga perwira atau perajurit terbabit. Ini penting untuk parti itu membuktikan bahawa ia benar-benar ingin membantu, bukan sekadar tempelen politik.


Inline image 4

Wednesday, March 27, 2013

Kenapa Jamalul Kiram Lantik Paderi Jadi Penasihat? #LahadDatu #PeaceMalaysia

Sebelum terjadinya insiden pencerobohan bersenjata di Sabah oleh sekumpulan pengganas Sulu, rakyat Malaysia tidak pernah ambil tahu siapa Pastor 'Boy' Saycon kerana nama itu tidak pun wujud dalam kamus kehidupan rakyat negara ini.

Pastor 'Boy' Saycon

Hanya sekarang baru kita ketahui nama Pastor 'Boy' Saycon itu rupanya milik seorang paderi Kristian warganegara Filipina yang juga adalah penasihat kepada Jamalul Kiram III sejak 12 tahun lalu khususnya melibatkan hubungan asing, ekonomi dan kebudayaan.

Malah paderi ini 'Boy' Saycon juga turut terlibat secara langsung selaku penasihat utama semasa Jamalul Kiram mengemukakan tuntutan ke atas Sabah melalui saluran pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak berapa lama dulu.

Lelaki berbadan gempal bercermin mata dan berkulit putih itu juga dikenali sebagai political strategist dan masih memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Majlis Untuk Hal-Ehwal Filipina (COPA).

Dalam pada itu, ramai rakyat Malaysia sebenarnya tertanya-tanya kenapa Jamalul Kiram sebagai seorang yang beragama Islam boleh mengambil seorang paderi sebagai penasihat? 

Mungkinkah disebabkan kepandaiannya dalam bidang ekonomi dan mahir merencanakan hubungan dengan pihak luar untuk kepentingan Jamalul Kiram misalnya mendapatkan bantuan kewangan untuk pembelian senjata dan sebagainya?

Baru-baru ini Biro Penyiasatan Nasional Filipina (NBI) telah memulakan siasatan terhadap paderi terbabit bagi mengetahui sejauh mana keterlibatannya dengan perancangan Jamalul Kiram dalam menceroboh Sabah.

Sebagai penasihat tentu sahaja wujud peranannya, lagi pun paderi itu sendiri pernah mengakui telah menasihati Jamalul Kiram supaya membatalkan empat perancangan awal untuk menyerang Sabah oleh kumpulan pengganas Sulu yang di ketuai Agbimuddin Kiram, adik kepada Jamalul Kiram.

Salah satunya melibatkan perancangan serangan pada bulan Ogos 2012, iaitu selepas dua kali Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bertemu dengan bekas pemimpin utama MNLF, Nur Misuari.

Jika sebelumnya paderi itu mengetahui butir-butir perancangan serangan, mustahil pencerobohan yang terjadi di Lahad Datu tempohari langsung tiada dalam pengetahuannya, bukan begitu?

ESSZONE KUBURKAN AGENDA ANWAR CETUS KEGANASAN DI SABAH #PeaceMalaysia #Najib4Malaysia


Pewujudan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) yang diumumkan Perdana Menteri  pada 25 Mach lalu adalah satu langkah yang kena pada tempat dan masa bagi menangani pencerobohan pengganas Sulu yang dipercayai didalangi oleh pembangkang.

Kerajaan Barisan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya mengekang serta mengalahkan usaha jahat pembangkang yang mahu memporak perandakan negara menjelang pembubaran parlimen dan Pilihan Raya Umum ke 13.

Walaupun keadaan agak getir pada peringkat awal tatkala pasukan keselamatan berdepan dengan gerombolan pengganas yang lengkap bersenjata, namun berkat kerjasama pasukan polis dan tentera melalui konsep Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) yang menjadi asas kepada program transformasi Perdana Menteri, ancaman terhadap kedaulatan negara mampu di atasi dengan baik. 

Jika dahulu pembangkang menggunakan isu kehadiran ramai pendatang tanpa izin dan penduduk tanpa negara di bumi Sabah untuk menyerang kerajaan, kini mulut mereka sudah terkunci apabila tertubuhnya ESSZONE.

ESSZONE yang merangkumi 10 daerah di sepanjang 1,400 kilometer pesisir pantai timur Sabah meliputi Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau mempunyai matlamat jangka pendek dan panjang.

Rasional menubuhkan ESSZONE  bukanlah mainan politik tetapi berpunca daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu oleh pengganas Sulu yang mengorbankan dua komando polis serta pembunuhan kejam dan tidak berperikemanusiaan enam anggota.

Langkah kerajaan untuk memastikan pencerobohan pengganas Sulu tidak bertukar menjadi tragedi yang lebih ngeri boleh dilihat daripada tindakan untuk menambah sebanyak lima lagi batalion tentera dengan sokongan pihak polis.

Di samping itu lima lagi balai polis akan di bina di Sabah bagi memperkukuhkan keselamatan orang awam dan ketenteraman negeri.

ESSZONE akan berpusat di Lahad Datu sebagai 'central command' mengawal serta memantau 10 daerah di dalam kawalannya di
sepanjang pantai timur Sabah. 

Objektif jangka pendek sudah menunjukkan hasil yang amat memberangsangkan walaupun dalam fasa awal melawan pengganas Sulu, negara bersedih kerana kehilangan 10 wira. 

Sehingga kini 65 musuh berjaya ditembak mati manakala 110 lagi individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 sementara 416 yang lain ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk berada dalam zon larangan Operasi Daulat.

Agenda pembangkang untuk mencetus huru hara ketika negara di ambang pilihan raya dengan mendalangi mengguna isu tuntutan kesultanan Sulu nampaknya sudah dipatahkan dan peranan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai bapa petualang dalam krisis keselamatan di Sabah akan ditelanjangkan tidak lama lagi.

Usaha pantas kerajaan menggembeleng aset ketenteraan serta keselamatan negara secara pantas dan efisien untuk memerangi pihak yang cuba menodai kadaulatan negara membuktikan kemampuan luar biasa pasukan polis dan tentera Malaysia.

Ketika Anwar mengadakan komplot sulit dengan sekutunya, Nur Misuari dari MILF, mungkin beliau terlupa memikirkan kekuatan dan kemampuan pasukan keselamatan Malaysia untuk melindungi negara daripada sebarang pencerobohan.

Anwar tidak lagi boleh berselindung dengan apa-apa alasan untuk membersihkan dirinya daripada isu pencerobohan pengganas Sulu kerana bukti pembabitan beliau seperti yang didedahkan oleh media asing seperti Reuters, Phillipine Daily Inquirer dan Manila Times sudah cukup jelas dan nyata.

Cubaan kroninya seperti Tian Chua juga yang menuduh UMNO yang mendalangi peristiwa berdarah di Sabah untuk mengalih pandangan rakyat juga tidak dipercayai lagi oleh rakyat.

Dakwaan jahat dan tidak masuk akal itu dibuat hanya untuk terus mengapi-apikan hati rakyat serta mempengaruhi minda rakyat supaya bangkit menentang kerajaan.

Kerjasama erta yang diberikan oleh rakyat tempatan termasuk mereka yang berketurunan Suku terhadap usaha pasukan keselamatan untuk membanteras pengganas Sulu membuktikan segala yang didakwa pembangkang adalah pembohongan semata-mata.

Kewujudan ESSZONE pada matlamat masa panjang pula akan memastikan kemajuan dan pembangunan negeri Sabah seperti mana yang dinikmati rakyat sekarang akan terus kekal.

Ia bertindak sebagai serampang dua mata - mengekang kemasukan pendatang asing serta kegiatan penyeludupan oleh kumpulan pendatang asing di samping memastikan keselamatan penduduk negeri Sabah
 terjamin.

ESSZONE bukannya satu tindakan kerajaan yang terburu-buru kerana model pelaksanaannya berdasarkan kepada Markas Keselamatan Kawasan Rajang atau RASCOM (Rejang Security Command) yang telah diimplementasi pada tahun 1970an di Sarawak bagi menangani ancaman komunis ketika itu.

Kejayaan RASCOM menghapuskan ancaman pengganas komunis di Sarawak berjaya membawa keamanan ang berkekalan hingga ke hari ini.

Keamanan ini seterusnya diterjemahkan kepada kemajuan serta pembangunan sosio-ekonomi yang pesat yang dinikmati oleh rakyat Sarawak keseluruhannya.

Penubuhan ESSZONE juga mampu meningkatkan tahap keselamatan negeri yang besar seperti Sabah seperti mana matlamat yang sama dicapai oleh RASCOM.

Selepas wujudnya ESSZONE, rakyat Sabah akan melihat dengan sendiri betapa perancangan dasar ekonomi itu akan melonjak dalam keadaan aspek keselamatan dan ketenteraman awam dapat dipulih serta dipertingkatkan.

Impian pembangkang untuk menjadikan Sabah sebagai batu loncatan untuk mereka menuju ke Putrajaya sudah berkubur dengan adanya ESSZONE.


Tuesday, March 26, 2013

THE CORRIDORS OF POWER: Kisah Sebenar Di Sebalik Insiden #LahadDatu


- Raja Petra Kamarudin

Saya menulis berkenaan perkara ini lapan tahun yang lepas pada 2005. Namun mungkin ramai antara anda masih belum lagi membaca Malaysia Today pada tahun 2005 jadi terlepas untuk membaca apa yang saya tulis.

Sesiapa yang masih mengingati apa yang saya tulis, ceritanya agak panjang namun secara asasnya berkisar tentang hubungan antara pemimpin Islam dalam Kerajaan Malaysia dan juga pemimpin Islam di Filipina serta peranan yang dimainkan Malaysia berhubung “hal ehwal dalaman” Filipina.

Kebanyakan orang Malaysia tidak dapat memahami perbezaan antara Sulu, MNLF, MILF dan Abu Sayyaf—seperti mereka yang tidak mengerti perbezaan antara PLO dan Hamas. Walaubagaimanapun, izinkan saya merumuskan bahawa mereka ini adalah serpihan ataupun seteru kumpulan orang Islam di Filipina yang menuntut kemerdekaan, sama seperti orang Palestin di Timur Tengah.

Malaysia sebagai sebuah negara Islam, bersimpati dengan orang Islam di Filipina—sama seperti orang Islam di Selatan Thailand—dan kita telah banyak membantu dalam apa cara bagi menyelesaikan isu di Filipina dan Selatan Thailand.

Sepanjang jalan, bagaimanapun, sesuatu yang buruk telah berlaku. Seperti yang telah saya tulis pada tahun 2005, ada janji yang tidak dipenuhi. Dan ini ada kaitan dengan 'isu IC' Sabah (anda tidak perlu RCI untuk saya beritahu anda). Dan yang menyebabkan krisis tebusan Sipadan dan penglibatan Libya dalam menyelesaikan krisis selepas berbulan menemui jalan buntu.

Dilaporkan sejumlah RM50 juta bertukar tangan untuk mendapatkan pembebasan tebusan, kos yang ditanggung oleh Libya. Sudah tentu, tiada siapa yang akan mengaku hakikat ini walaupun mereka sendiri tidak akan dapat untuk menjelaskan bagaimana dan mengapa tebusan tersebut akhirnya dibebaskan.

Tetapi semua itu berlaku beberapa dekad yang lalu. Kita bercakap tentang permulaan krisis pada tahun 1970, apabila ramai daripada anda masih belum dilahirkan lagi, dan krisis tebusan 30 tahun kemudian pada tahun 2000. Sejak itu segala-galanya telah menjadi sangat tenang – sehinggalah  tahun lepas apabila keseluruhan perkara ini telah dibangkitkan dalam persediaan untuk pilihanraya umum akan datang.

Ini apa yang berlaku baru-baru ini.

Pada 16 Julai 2012, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah terbang ke Jakarta untuk bertemu dengan Nur Misuari yang sangat rapat dengan Anwar sejak Anwar berada dalam kerajaan, dan komander tentera MNLF. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Hotel Crowne Plaza Jakarta dan telah diatur oleh Ahli Parlimen Indonesia, seorang lagi kawan rapat Anwar, dibawah arahan Anwar sendiri.

Mesyuarat kedua telah diadakan di Manila pada 4 Ogos 2012 untuk memuktamadkan dan menandatangani perjanjian. Anwar terbang ke Manila dengan penerbangan MH 704, dan jika anda semak butiran penerbangan, anda dapat mengesahkan perkara ini, dan beliau juga telah ke Jakarta hanya dua minggu sebelum itu.

Dalam mesyuarat itu, Anwar memberitahu Misuari bahawa dia memerlukan bantuan untuk memenangi pilihanraya umum akan datang. Pakatan Rakyat yakin memenangi sekurang-kurangnya 82-85 daripada 165 kerusi di Semenanjung Malaysia. Beliau tidak yakin dengan 57 kerusi di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Pakatan Rakyat perlu menang sekurang-kurangnya 30 daripada 57 kerusi di Malaysia Timur untuk membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti yang cukup tipis tetapi selesa. (Anwar boleh meningkatkan majoriti ini kemudian dengan membawa ahli-ahli parlimen Barisan Nasional untuk beralih arah apabila mereka membentuk kerajaan). Untuk ini berlaku, Anwar memerlukan sokongan umat Islam di Malaysia Timur, khususnya di Sabah, ramai daripada mereka adalah orang Islam Filipina dengan kewarganegaraan Malaysia dan hak mengundi.

Anwar berjanji kepada Misuari bahawa sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak akan diberi autonomi, seperti yang telah mereka perjuangkan selama lebih 42 tahun sejak tahun 1970. Kedua-dua negeri di Malaysia Timur juga akan diberikan royalti minyak 20%, peningkatan sebanyak 15% daripada kadar semasa 5%. Ini akan memastikan bahawa kedua-dua negeri ini akan menjadi sangat kaya - dianggarkan RM4 bilion setahun bagi setiap negeri.

Tambahan pula, semua rakyat Filipina yang bukan warganegara Malaysia di Malaysia Timur akan diberi kewarganegaraan, atau sekurang-kurangya status pemastautin tetap yang sangat minimum, supaya mereka boleh mencari pekerjaan di Sabah. Pekerjaan untuk mereka juga akan dijamin.

Nur Misuari bersetuju dengan terma-terma tersebut dan kemudiannya melantik Haji Ibrahim Omar sebagai penyelaras MNLF atau 'duta tidak rasmi' ke Sabah untuk membantu Anwar meraih sokongan umat Islam Filipina di negeri itu.

Dan itulah sebabnya kerajaan Malaysia teragak-agak untuk mengambil tindakan drastik apabila krisis Lahad Datu mula menjelma. Pihak Kerajaan tahu ada sesuatu di sebalik insiden tersebut dan pada masa itu masih belum jelas kaitannya secara total.

Kerajaan tidak boleh membiarkan perkara tersebut berlalu begitu sahaja. Mengambil tindakan ketenteraan hanya akan memberikan kelebihan kepada pihak pengkomplot dan meyakinkan pihak orang Islam Filipina di Sabah agar bangkit menyokong Anwar bagi mendapatkan autonomi dari pihak Kerajaan Persekutuan.

Ya, kejadian di Lahad Datu adalah satu 'wayang', seperti yang dicanangkan oleh pembangkang. Tidak ramai yang akan berani untuk menyangkal perkara ini. Ramai rakyat Malaysia juga yakin bahawa terdapat 'dalang' di sebalik kejadian ini. Apa yang mereka tidak tahu ialah: Siapa dalang tersebut?  Malaysia Today telah mendedahkan cerita ini dan saya mencabar kerajaan Malaysia untuk menafikan kesahihan apa yang saya baru dedahkan.


Satu lagi perkara yang perlu dipertimbangkan ialah samada 'perang mulut' antara MNLF dan MILF juga satu “wayang”. Dengan mencanangkan konflik ini, proses damai akan hancur berkecai dan ini memberi mereka alasan untuk meneruskan konflik bersenjata. Walaubagaimanapun, hubungan antara MNLF dan serpihan kumpulan lain tidaklah bergejolak seperti apa yang ia pamerkan di sebalik tabir, jika gambar di atas dijadikan kayu ukurannya.
Kesimpulannya, memang wujud banyak plot dan sub-plot dalam perkara ini, yang mana akhirnya kita sendiri tidak mengetahui siapa yang mempermainkan siapa.


Friday, March 22, 2013

#LahadDatu #OpsDaulat : SAYA DIBAYAR!

Pengakuan salah seorang pengganas Hooland Kalbi yang ditangkap ketika #OpsDaulat baru-baru ini pasti mengemparkan seluruh rakyat, apabila ketika prosiding pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dia telah dibayar oleh seseorang untuk bertindak di Sabah.

Hooland merupakan antara lapan warga Filipina yang dituduh menjadi anggota kumpulan pengganas, berkata sedemikian di hadapan Hakim P. Ravinthran. Turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas ialah Lin Mad Salleh, Habil Suhaili dan Timhar Hadir.

Manakala Atik Hussin Abu Bakar dan Basad Manuel ialah dua individu yang dituduh atas pertuduhan melancarkan perang dan mereka turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas dan dua tertuduh lagi, Kadir Uyung dan Lating Tiong didakwa cuba melindungi sekumpulan pengganas.

Secara rationalnya, SEMUA pengganas yang ditangkap itu perlu dibicarakan atas tuduhan melancarkan perang terhadap Yang Di-Pertuan Agung. Dengan itu, sekiranya mereka didapati bersalah mahkamah mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada semua yang didakwa itu. 

Ia bertujuan untuk memberi amaran dan pengajaran kepada rakan-rakan mereka khususnya warga Filipina yang mempunyai cita-cita untuk menjadi Sultan Sulu (walaupun tidak diiktiraf) mengunakan pendekatan yang sama bagi MERAMPAS kedaulatan Sabah dari Malaysia.

Malah dengan kenyataan Hooland itu tadi, pastinya akan membuatkan ‘orang-orang tertentu’ panas punggung dan tidak senang duduk, kerana kenyataan tersebut dilihat selari dengan laporan yang dikeluarkan oleh agensi berita antarabangsa dan media Filipina sebelum ini.

Mereka sebelum ini melaporkan, menurut sumber perisikan tentera dan kenyataan pegawai tertinggi Filipina yang mengatakan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu telah dibiayai dan di dalangi oleh beberapa orang pemimpin pembangkang di negara ini.

Tambah menimbulkan keraguan ialah, sepanjang episod tragedi berdarah ini berlangsung boleh dikatakan majoriti pimpinan pembangkang seolah mengambil pendekatan lepas tangan. 

Malah ketua pembangkang, Anwar Ibrahim sebelum ini ketika diminta mengulas laporan yang dikeluarkan itu, terus marah sambil mengugut akan mengemukakan saman sekiranya mengulangi soalan tersebut.

‘You ulang, I saman’ adalah merupakan ungkapan beliau bagi mematikan persoalan itu dari terus dibangkitkan. 

Lebih pelik lagi, apabila dia seakan gugup dan secara jelas menipu dengan mengeluarkan kenyataan yang terbukti bercanggah dengan laporan yang dikeluarkan oleh agensi berita antarabangsa dan media Filipina.

Kerajaan Malaysia sebelum ini, cuba memberi peluang dengan membuka ruang perbincangan bagi menyelesaikan konflik ini secara baik. Namun tindakan para pengganas yang memulakan serangan telah memaksa pihak keselamatan negara membalas serangan tersebut seterusnya melancarkan #OpsDaulat.

Pihak berkuasa juga digesa untuk segera menjalankan siasatan secara menyeluruh agar mereka yang dikatakan sebagai DALANG itu turut dapat dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.

Sebagai sebuah negara yang berdaulat, tindakan yang tegas perlu diambil baik terhadap warga asing mahupun rakyat negara ini. Ia bagi mengelakkan sebarang percubaan yang ingin dilakuakn untuk mencetuskan huru-hara semata-mata untuk memperjuangkan ideologi politik songsang orang-orang tertentu.

Kepada pengkhianat negara, TUNGGU!!!! Masanya akan tiba, untuk kamu diseret sama ke muka pengadilan. 

Siapa Dalang #LahadDatu? #PeaceMalaysia #PDRM #ATM





 


You Ulang... I Saman You...!

Tuesday, March 19, 2013

Sandiwara Sulu: Tian Chua Perlu Jelaskan Pada Penduduk Lahad Datu


Menuduh sesuatu sebagai ‘sandiwara UMNO’ merupakan ayat ‘standard’ Pakatan Rakyat bagi melepaskan diri apabila terbelit perangkap sendiri. Ayat ini digunakan tanpa mengira tempat dan keadaan, termasuk dalam isu kedaulatan negara serta nyawa manusia. Seolah-olah, seluruh kejadian alam ini adalah berkisar kepada politik sempit UMNO-PAS atau BN-PR semata-mata.  

Tragedi berdarah Sauk suatu ketika dahulu yang menyaksikan kumpulan pengganas AlMaunah yang termakan hasutan pembangkang bahawa kerajaan adalah kafir dan wajib ditentang, turut dituduh sebagai sandiwara semata-mata kerana enggan mengaku bahawa ia berpunca dari doktrin mereka.  

Dan kini, pencerobohan Sulu pula dituduh yang sama. Walaupun pasukan keselamatan kita telah terkorban, malah dibunuh kejam dan disiksa oleh pengganas Sulu, tetapi puak pembangkang tetap berdegil menyifatkannya sebagai sandiwara.   

Tian Chua, Naib Presiden PKR yang menjuarai tuduhan sandiwara ini telah pun didakwa kerana beliau tetap enggan menarik balik tuduhannya dan enggan meminta maaf. Apa yang dikesalkan lagi ialah tiada seorang pun dari pemimpin PR lain yang menempelaknya, sekali gus bermakan mereka merestui tindakannya.  

Ini menyebabkan penyokong-penyokong PR terus menggila menuduh semuanya sandiwara sambil menghina dan mengetawakan anggota keselamatan negara, termasuk yang telah terkorban di dalam laman-laman sosial mereka. 

Kita akur bahawa mereka-mereka ini adalah tergolong dalam golongan yang mabuk politik dan bingung sehingga tidak mampu melihat apa-apa lagi di luar konteks politik.  Politik sudah menjadi makanan rohani bagi mereka sehingga nyawa juga sudah tidak punya harga.  Manakalah, Putrajaya yang ingin dilelong mereka dahulu, adalah matlamat hidup dan mati. Syurga dan neraka pula, bagi mereka, adalah terletak pada parti mana yang disokong, dan bukan lagi kepada amalan. 

Untuk kita menghilangkan mabuk dan menyedarkan mereka dari kebingungan merupakan  sesuatu yang hampir mustahil. Justeru, kita tiada banyak pilihan selain dari terus memberikan penjelasan selain berdoa agar suatu hari nanti mereka kembali waras dan melihat kebenaran.  

Namun, PR, khasnya, Tian Chua tidak boleh mengambil sikap lepas tangan dalam hal ini. Tian Chua bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada rakyat Sabah, khususnya di Lahad Datu tentang apa yang dikatakannya sandiwara.  

Jika Dato’ Seri Najib telah pun turun menemui penduduk dan anggota keselamatan kita di sana, malah mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir juga berusaha menjejakkan kaki ke sana demi untuk memberi semangat kepada wira-wira kita atas dasar prihatin, maka Tian Chua lebih lagi wajib ke sana bagi memberi gambaran ‘sebenar’ mengikut teorinya.  

Kita ingin Tian Chua berjumpa dengan penduduk yang terpaksa berpindah dan yang telah berhadapan dengan keganasan serta masih lagi trauma untuk memberitahu mereka bahawa ini hanya sandiwara. Dan lebih penting, kita ingin Tian Chua berjumpa dengan pasukan keselamatan dan pertahanan negara dan beritahu mereka bahawa mereka di sana hanya untuk bersandiwara serta rakan mereka sebenarnya masih hidup.  

Jika benar ini sandiwara, Tian Chua tidak harus punya masalah untuk ke sana kerana tiada apa yang perlu ditakutkan. Dan jika benar ini sandiwara, bukankah lebih berkesan dan memberi keuntungan kepada pembangkang sekiranya Tian Chua sendiri turun ke sana seperti yang disarankan?  

Bukankah itu yang pembangkang inginkan?  

Iaitu agar rakyat percaya bahawa kerajaan Barisan Nasional telah dengan sengaja menjemput rakan lama Anwar Ibrahim untuk menyerang negara kita bagi membolehkan PR membangkitkan isu kad pengenalan di Sabah? Dan kononnya, kad pengenalan itu diberi kepada puak Sulu sebagai syarat untuk membolehkan BN menang di Sabah, tetapi entah kenapa BN juga tiba-tiba menyerang balas dan menghapuskan puak Sulu sebelum sempat mereka mengundi?   

Bukankah ini yang dijaja oleh penyokong pembangkang di laman-laman sosial mereka?  Bukankah ini yang Tian Chua sogokkan ke kepala mereka?  Bahawa kerajaan bersandiwara?

Justeru, kita ingin Tian Chua tunjukkan kepada dunia bagaimana puak Sulu tidak akan memenggal dan mencungkil biji mata Tian Chua walaupun beliau turun berceramah di sana kerana semua yang ditunjukkan oleh media kerajaan hanyalah sandiwara.  

Jika tidak, bagaimana Tian Chua boleh membuktikan yang beliau bercakap benar?  

Monday, March 11, 2013

PENGGANAS SULU HARUS DIBICARA IKUT UNDANG-UNDANG MALAYSIA - AHMAD ZAHID


IPOH, 10 Mac (Bernama) -- Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengganas Sulu harus dibicarakan mengikut undang-undang Malaysia kerana telah bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan. Beliau berkata kerajaan Malaysia tidak akan berkompromi selain menahan kumpulan penceroboh dari selatan Filipina itu kerana mereka telah bertindak kejam membunuh lapan anggota polis dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
"Jangan ada seorang pun penceroboh terlepas...kita mahu penceroboh militan ini sama ada ditembak mati atau ditangkap hidup-hidup," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Barisan Nasional dan Badan Bukan Kerajaan kawasan Gopeng di sini hari ini. 
Ahmad Zahid tidak menolak kemungkinan bahawa pengganas dipengaruhi dadah atau menggunakan ilmu hitam sehingga bertindak kejam terhadap anggota pasukan keselamatan yang terkorban. "Dalam undang-undang peperangan sekalipun tidak ada yang membenarkan mana-mana penceroboh atau anggota yang terlibat dalam peperangan boleh mencungkil mata, boleh penggal kepala atau memotong anggota tubuh badan.
"Apa yang mereka lakukan ini tidak boleh diterima rakyat Malaysia kerana perbuatan ini tiada belas kasihan," katanya. Beliau berkata polis bertindak mengikut undang-undang sedia ada untuk mengambil tindakan terhadap pengganas militan itu. "ATM (Angkatan Tentera Malaysia) apabila kita berada di barisan hadapan, kita harus musnahkan musuh...kita hormati bidang kuasa yang ada pada polis dan kita serahkan kepada polis dalam menjalankan tugas mengikut perundangan," katanya.
Ahmad Zahid menegaskan mana-mana pihak tidak perlu mempersoalkan tindakan pasukan keselamatan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ATM dalam insiden pencerobohan itu. "Kita mahu memperlihatkan kepada masyarakat bahawa di dalam keadaan yang memerlukan polis dan ATM adalah pasukan yang bergerak bersama-sama sebab itu pada sidang akhbar Panglima ATM dan Ketua Polis Negara sentiasa bersama," katanya.
Mengenai tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram III, didakwa dalang pencerobohan itu, beliau berkata Malaysia tidak akan berkompromi dengan pihak tersebut kerana tiada tanda-tanda mereka akan bertindak demikian. "Saya telah berada di ground zero dan saya dapat merasakan bahawa mereka memang berhasrat untuk terus menduduki kawasan-kawasan diceroboh kerana mereka (pengikut) telah dijanjikan sejumlah wang dan dijanjikan dengan tanah untuk ladang-ladang di Sabah oleh Jamalul Kiram dan pemimpin-pemimpin lain," katanya.

Saturday, March 9, 2013

Rakyat Semenanjung Dan Sarawak Bersatu Pertahan Sabah

Insiden Keganasan Lahad Datu mencatatkan sejarah hitam dalam negara yang aman damai dan sejahtera ini.  Sejak  Mei 1969,  Malaysia tidak pernah lagi diancam keganasan sebegitu rupa.  

Walaupun Peristiwa Memali pada November 1985 dan Sauk pada Julai 2000, turut menyaksikan pertumpahan darah, kedua-duanya ‘berskala kecil’ kerana kawasan yang terancam adalah terhad serta yang terlibat adalah rakyat senegara yang tidak pernah terlibat dalam keganasan serius sebelumnya.  Pun begitu, pihak pasukan keselamatan negara tidak pernah mengambil enteng ancaman mereka.

Oleh kerana sudah terlalu asyik dibuai keamanan, maka rakyat Malaysia, terutama generasi baru tidak tahu lagi untuk menghargainya.  Jiwa dan jati diri yang lemah menjadikan memperlihatkan bagaimana sebahagian daripada generasi ini menjadi manusia yang tidak sensitif dan warga yang tidak patriotik. 
Bagi mereka, keganasan, penderitaan adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku ke atas mereka - di bumi Malaysia.  Dalam fikiran mereka, semua itu adalah ‘kisah-kisah’ di dalam Berita Dunia – tentang Iraq, Bosnia, Palestin, Syria atau negara-negara Afrika yang mana ‘terlalu jauh’ dari Malaysia, dari mereka. 

Di tambah dengan hasutan pembangkang yang tidak bertanggungjawab, yang berjuang dengan cara memusnahkan negara sendiri dari segi ekonomi dan juga sosial iaitu jatidiri warganya, maka generasi baru kita semakin jauh melayang sehingga sukar untuk berpijak di bumi nyata lagi.  Justeru, kita lihat bagaimana laman-laman sosial anak-anak muda kita, lelaki dan juga wanita, yang memperlekehkan pengorbanan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu.   Antara kekeliruan sama ada itu sebuah sandiwara atau tidak, anak muda ini memilih untuk bersikap tidak peduli sambil mentertawakan mereka yang terkorban.  Tidak kira apapun alasan mereka, yang pastinya, mereka sudah tidak punya semangat cintakan negara walau sekelumit pun lagi. 

Alhamdulillah, bukan semua anak muda kita begitu, hanya segelintir sahaja yang kurang matang yang termampu dihasut oleh pembangkang.   Dan insiden Lahad Datu telah mengurangkan lagi jumlah mereka yang kurang matang itu. 

Insiden ini membuka mata lebih ramai lagi rakyat Malaysia bahawa keamanan bukan sesuatu yang dinikmati secara automatik.  Pada bila-bila masa, nikmat keamanan boleh ditarik balik sekiranya kita tidak berhati-hati dan tidak bersyukur. 

Bagi rakyat Malaysia yang sudah terlalu asyik dibuai keselesaan dan keamanan, pastinya sukar untuk membayangkan keganasan yang dilakukan oleh puak Sulu.  Namun, sudah sampai masanya kita memahami bahawa bukan semua yang dianggap ‘serumpun’ itu seperti kita.  Mereka yang dilahir dan dibesarkan dalam suasana gasar, tidak berpeluang mendapat pendidikan sempurna dan terbiasa melihat keganasan, tidak akan berfikiran seperti kita. 

Kemampuan kita untuk berfikir panjang dan memahami akibat perbuatan yang salah adalah kerana kita dilimpahkan nikmat pendidikan dan keamanan yang tidak mampu dinikmati oleh mereka yang bukan warganegara ini. 

Oleh itu, insiden Lahad Datu bukan sahaja satu pengajaran dan peringatan, tetapi ia telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu bersatu tanpa syarat.   Biarpun Sabah dan Sarawak sering dianggap terasing dan gemar mengasingkan diri dari Semenanjung, tetapi itu tidak bermakna kita tidak menyayangi sesama sendiri. 

Buktinya, anggota-anggota keselamatan dari Semenanjung bergadai nyawa mempertahankan Sabah, begitu juga anggota dari Sarawak.  Akibatnya, 6 anggota dari Semenanjung, 1 dari Sabah dan 1 dari Sarawak telah pun terkorban, dengan beberapa orang dari mereka telah terlebih dahulu disiksa dengan kejam oleh pengganas.

1. Sarjan Sabarudin Daud, 46, dari Kem Ulu Kinta, Perak

2. Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29,dari Kem Ulu Kinta, Perak

3. Supritendan Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman

4. Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27, dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Tawau

5. Sarjan Abdul Azis Sakirun, 48, dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Tawau

6. Koperal Salam Togiran, 42, dari Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

7. Asisten Supritendan Michael Padel, 36, Ketua Cawangan Khas Polis Daerah Semporna

8. Sarjan Baharin Hamid, 49, dari Kontinjen Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Sabah.

Perasaan sayu dan tidak sampai hati mendengar bagaimana pengganas-pengganas menyembelih, memotong tangan dan mencungkil mata anggota keselamatan kita kini bertukar menjadi marah yang amat sangat.  Sedar tidak sedar, kesayuan dan kemarahan itulah yang membentuk semangat patriotik serta keinsafan di dalam diri masing-masing, termasuk yang selama ini musykil dengan tindakan kerajaan.

Rakyat Malaysia kini bangkit menyatakan cinta mereka pada negara dan hormat mereka kepada pasukan keselamatan dan pertahanan kita.  Kita semua sepakat bahawa Sabah adalah milik kita, milik Malaysia. 

Kita tidak akan membiarkan saudara-saudara kita di Sabah diperintah oleh masyarakat pengganas yang tidak bertamadun.  Kita tidak akan biarkan saudara-saudara Islam kita di sana terpesong dengan ajaran Islam yang bercampur baur dengan ilmu hitam yang diamalkan oleh kepimpinan pengganas Sulu.   Kerana kita pasti, setiap rakyat Sabah cukup maklum bahawa negeri itu tidak mungkin semakmur hari ini, dan hidup mereka tidak mungkin sejahtera seperti hari ini, jika tidak berada di bawah Malaysia.  

Hari ini, pengganas Sulu cuba merampas semua nikmat ini dari mereka, untuk apa?  Sekadar untuk membuat huru-hara atas jumlah bayaran tertentu oleh pihak tertentu – untung nasib, menjadi Raja, biarpun tidak mampu memerintah.

Justeru, jangan kita sesalkan wira-wira kita yang pergi.  Mereka bukannya pergi sia-sia, tetapi pergi dengan memberi pengajaran agar kita tidak kufur dengan nikmat kemakmuran, mereka pergi sebagai peringatan bahawa keamanan itu bukan ‘hak semulajadi’ rakyat Malaysia, mereka pergi dengan menyemai semangat sayangkan negara, mereka pergi dengan seruan agar kita semua bersatu. 

Merekalah wira dan pengorbanan mereka wajib dibalas dengan terus memastikan bahawa Sabah kekal menjadi milik kita! 

Thursday, March 7, 2013

Krisis Lahad Datu: Kerajaan Jangan Layan Permohonan Gencatan Senjata

Perkembangan terkini di Lahad Datu menyatakan yang pihak pengganas Sulu sudah mula menunjukkan tanda-tanda kekalahan.  

Dikhabarkan bahawa mereka telah menyuarakan tuntutan agar gencatan senjata diumumkan.  Antara alasannya adalah untuk mengebumikan mereka yang terkorban dan berharap agar permintaan tersebut dipenuhi berdasarkan persefahaman sesama agama.  

Sudah tentu sekali permintaan sebegini tidak perlu dilayan apatah lagi dengan alasan sedemikian.  Jika semangat persaudaraan dalam Islam yang diambilkira, insiden menceroboh dan membunuh saudara seagama dengan kejam di Lahad Datu, tidak seharusnya berlaku langsung.  

Justeru, kita lihat bahawa permintaan pihak  pengganas merupakan satu permintaan yang ganjil dan tidak konsisten dengan tindakan mereka yang begitu nekad dan berani mati sebelum ini.  

Seluruh dunia tahu bahawa kerajaan Malaysia telah memberi mereka masa yang cukup panjang untuk mereka keluar dari negara ini secara baik.   Namun, sikap diplomasi Malaysia telah dibalas dengan kebiadapan dan keganasan.  Malah, pihak pengganas juga kelihatan begitu nekad untuk memperbesarkan lagi isu ini dengan menjemput kuasa asing untuk campurtangan dan membantu mereka.  

Jelas, pihak Sulu tidak pernah memikirkan akibat dari tindakan mereka sama ada ke atas nyawa rakyat Sabah yang tidak berdosa, mahupun kepada umat Islam dari segi perpaduan dan kekuatan ummah, serta imej agama Islam itu sendiri, yang sudah teruk tercemar dengan sikap umat Islam yang gemar bersengketa sesama sendiri.  

Sesungguhnya inilah yang kerajaan Malaysia cuba elakkan apabila memilih cara diplomasi dalam menanangi pencerobohan puak Sulu.  

Namun, memandangkan puak Sulu langsung tidak menghormati kebaikan Malaysia, maka kerajaan Malaysia tidak punya alasan yang cukup baik untuk memenuhi permintaan mereka untuk melancarkan gencatan senjata.   Pihak pengganas Sulu nampaknya telah tersilap menilai kredibiliti pihak pertahanan dan keselamatan Malaysia melalui sikap diplomasi yang ditunjukkan di peringkat awal.   

Pendekatan Malaysia ialah, yang baik dilayan dengan baik, tetapi pengganas yang telah berikrar akan terus menentang kita hingga ke titisan darah terakhir, tidak mungkin diberi peluang untuk mencari ‘masa tambahan’ melalui gencatan senjata.  

Oleh itu, pengganas Sulu tiada pilihan, selain dari menyerah diri sepenuhnya kepada pihak berkuasa Malaysia.  

Untuk pengganas Sulu, terimalah hakikat bahawa Sabah bukan negara anda.  Rakyat Sabah tidak mungkin ingin diperintah oleh pengganas yang sanggup memperjudikan nyawa mereka.   Sultan palsu anda juga tidak layak memerintah, jadi apalah jenis negara yang akan anda dapati di bawah pemerintahannya?

Jika kini anda meminta sedikit masa untuk menyemadikan rakan yang tumpas, maka jika anda melengahkan sedikit masa lagi, anda akan dapati tiada siapa lagi yang tinggal untuk menguburkan sesiapa, di pihak anda.