Berikut adalah petikan pendedahan
laman web Wikileaks yang didapati dari kabel Kedutaan Amerika (http://wikileaks.org/static/html/faq.html)
Dreaming of Sabah...?
---------------------
¶8. (C) MG Dolorfino commented that Malaysia
is not only concerned about Misuari's intentions toward Sabah, where Misuari
apparently still has hundreds of followers, but also about his recent contacts
with Malaysian opposition figure
Anwar
Ibrahim, described as an "old friend" of Misuari's. Over the
past several months, Malaysian officials have held at least three meetings with
Misuari and/or Misuari's wives, according to Jainal and Dolorfino. During
an April 10
meeting, a special envoy from Malaysian
Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi told Misuari not to meddle in Malaysia's
domestic politics, Dolorfino said. According to Jainal, Misuari promised
Badawi's representative that he had no
intention of getting involved in Malaysia's
internal affairs.
Ternyata, hubungan
Anwar dengan Misuari adalah lebih dari sekadar hubungan ‘diplomatik’, kerana
Anwar telah digambarkan sebagai ‘kawan lama’ oleh Misuari. Malah,
pendedahan ini juga membuktikan bahawa Anwar dan Misuari telah pun mula
berhubungan semula sejak 2007 lagi.
Nampaknya Anwar
mempunyai ramai kawan dan sahabat di kalangan ‘orang-orang’ yang kontroversi,
termasuk musuh-musuh negara dan musuh-musuh Islam. Sebelum ini, pembunuh
Umat Islam, iaitu Wolfowitz juga pernah merujuk kepada Anwar sebagai ‘sahabat
baik’. Begitu juga Al-Gore yang tidak segan silu membela Anwar
secara terbuka di pentas Malaysia sendiri, demi persahabatan yang ikhlas.
Rakyat Malaysia tidak
boleh mengambil mudah apabila seorang yang bercita-cita untuk menjadi Perdana
Menteri Malaysia mempunyai sahabat dari kalangan musuh-musuh negara.
Selain itu, secara logiknya, tiada umat Islam yang waras yang sanggup menerima
sahabat kepada pembunuh saudara-saudara seagama dengan kita, sebagai Ketua
Negara ini.
Hubungan baik dan
pertemuan kedua-dua pihak yang gemar ‘mengganggu’ pentadbiran kerajaan di
negara masing-masing ini tidak boleh dianggap sebagai biasa.
Apatah lagi dengan
kedua-duanya terbukti mempunyai kecenderungan dan keupayaan untuk mencetuskan
huru-hara.
Kita sedia maklum
bahawa bukan sekali Anwar bercakap mengenai ‘Arab Spring’ dan bukan sekali
Anwar cuba mencetuskan keganasan melalui demonstrasi jalanan. Semua
ini dibuatnya berkali-kali dengan harapan untuk menaikkan semangat
penyokong-penyokongnya agar bangkit dan membuat huru-hara sehingga kerajaan
terpelanting keluar dari Putrajaya.
Seperti juga
pengganas Sulu yang menceroboh Sabah, Anwar turut beberapa kali mengundang
campurtangan asing dalam pilihanraya, malah dalam kes mahkamahnya.
Tindakan ini jelas menunjukkan kebergantungan Anwar kepada pihak asing sekali
gus memberi gambaran jelas tentang jenis pemerintahannya sekiranya beliau
mendapat mandat untuk memerintah; iaitu, negara pasti akan hilang
kedaulatannya.
Berdasarkan
pendedahan Wikileaks serta laporan-laporan risikan Manila yang disebarkan dan
juga sikap dan tindakan Anwar sendiri sebelum dan selepas insiden Lahad Datu,
kita tidak lagi dapat menolak hakikat bahawa insiden keganasan di Sabah adalah
bertitik tolak dari pertemuan-pertemuan sulit Anwar dengan Misuari.
Walaupun kita tahu
Anwar amat bencikan pasukan keselamatan dan pertahanan negara kita, kita tidak
dapat membayangkan bagaimana Anwar sanggup meletakkan nyawa rakyat Sabah di
dalam bahaya demi mencapai cita-citanya. Apatah lagi jika mengambilkira
bahawa ada di antara rakyat di Sabah itu yang merupakan penyokongnya
sendiri.
Namun, apa yang
dihairankan lagi kerana Anwar telah membuktikan yang beliau tidak kisah
menggadaikan masa depan penyokongnya, mahupun keselamatan mereka dalam
siri-siri demonstrasi yang didalanginya sebelum ini.
Justeru, kenapa kita
harus hairan jika Anwar sanggup menggadaikan nyawa penyokongnya dalam insiden
Sulu? Bukankah Arab Spring yang diidamkan Anwar itu juga mempunyai
objektif yang sama iaitu pertumpahan darah di kalangan penyokong kerajaan dan
penyokongnya?
Maka, sudah sampai
masanya bagi penyokong-penyokong Anwar untuk memikirkan, apakah jenis pemimpin
yang sanggup menggadaikan nyawa penyokong sendiri?
No comments:
Post a Comment