Monday, September 10, 2012

Kerana Sakit Mata & Hati, Dewan Dato' Mufti Suib (Seri Melor) Dirampas Puak PR Melalui MPAJ !!!

sudah nampak dah sekarang ni puak pencacai PR semakin gerun dengan kekuatan BN. dewan yang pada mula dulu yang dirampas selepas PRU12 dan dibiarkan rosak begitu sahaja sampai menjadi sarang ular dan anjing. setelah diambil semula oleh UMNO Cawangan Seri Melor dan dipebaiki kerosakan serta ditambahbaik, dewan tersebut kini dirampas oleh pihak MPAJ atas arahan seorang Ahli Majlis MPAJ yang tidak senang dengan aktiviti yang kerap diadakan di dewan tersebut. ditambah lagi dewan ini dijadikan bilik gerakan BN di Kampung Seri Melor dan aktif pulak tu.

dewan sri melor ni dah siap dipasang dengan penghawa dingin, p.a. sistem, air/letrik yang dulu dia orang biarkan sampai kena potong dah disambung semula lepas tu senang-senang je dia orang rampas. 

sebelum : dewan seri melor yang dicat dengan warna bendera UMNO dan tertulis Bilik Gerakan BN yang menjadikan puak pencacai PR tak senang duduk.

selepas : dewan seri melor yang dirampas dicat semula dengan warna putih dan nama Bilik Gerakan BN dipadam.

                                  

sejarah ringkas : dewan yang diberi nama Dewan Dato' Mufti Suib (lebih dikenali dan senang dipanggil dewan seri melor) adalah hasil usaha ahli-ahli UMNO di Kampung Seri Melor dengan bantuan Allahyarham Dato' Setia Haji Mufti Suib (ADUN Ampang/Ketua UMNO Bahagian Ampang pada ketika itu) mendapatkan peruntukan untuk membina dewan tersebut dan telah dirasmikan oleh Allahyarham sendiri. 

mungkin kerana sakit mata puak pencacai PR tengok tertulis bilik gerakan BN dan warna dewan dicat dengan warna bendera UMNO dan juga mengikut telunjuk pemimpin pujaan dia orang, mak lampir kottt! sebab tu la dia orang rampas balik dan sanggup keluar duit untuk cat semula dewan nih. opss! kejap, duit peruntukan mana dia orang gunakan tu? boleh ke membazirkan duit peruntukan semata-mata kerana nafsu busuk hati, dengki pemimpin puak pencacai nih??? 

sebelum : tertulis UMNO Cawanagn Seri Melor, logo dan bendera UMNO.
selepas : semuanya dipadam!

ni dia rupa ahli majlis MPAJ, hamsah djabir (pencacai PR) yang dengki sangat suruh MPAJ rampas dewan seri melor 
nak tahu jugak apa yang dia orang buat dengan dewan-dewan yang lain yang dirampas selepas PRU12 dulu, sampai terbiar rosak tu??? kenapa tak baik pulih je dewan-dewan tu??? kenapa dewan seri melor yang satu nih pulak yang nak direbutkan??? agaknya PR kat ampang nih dah tergugat kedudukannya kot? tu yang nak tunjuk kuasa tu!!! tapi untuk kepentingan puak PR bukan kepentingan rakyat. boleh blah la PR lepas nih!!!

No comments: