Friday, September 7, 2012

DR M: INDIVIDU BIADAP GARA-GARA PANDANG REMEH KEMERDEKAAN NEGARA.




KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan perbuatan biadap beberapa peserta perhimpunan haram di Dataran Merdeka pada malam ambang Merdeka adalah akibat daripada tidak memahami erti kemerdekaan dan kebebasan bersuara.  
    
Beliau berkata kebanyakan peserta adalah remaja dan profesional muda yang tidak pernah merasa hidup di zaman pemerintahan asing. 
    
"Kebanyakan mereka di bawah usia 55 tahun. Mereka tidak tahu tentang pengalaman di bawah pemerintahan asing. Jadi mereka menganggap "Merdeka" itu remeh.  
    
"Mereka tidak tahu menghargainya, kerana mereka fikir kita selama ini sentiasa merdeka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri DRB-Hicom di sini malam tadi.
    
Pada malam ambang Merdeka itu, peserta berkenaan memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa kenamaan lain.  

petik kat sini

No comments: