Akhirnya,
yang menjadi isu kini bukan lagi scorpene atau Altantuya, tetapi Suaram
sendiri. Dengan kenyataan pihak
Perancis sendiri dan penjelasan pihak Angkatan Tentera dan kerajaan serta
perbicaraan kes pembunuhan Altantuya, maka terserlahlah sudah bahawa Suaram telah
melakukan fitnah yang amat berat.
Rupanya,
Suaram hanyalah topeng yang dipakai oleh Pakatan Rakyat (PR) untuk berpolitik,
dan bukannya untuk memperjuangkan hak asasi manusia. Sehubungan dengan itu, siasatan terhadap
latarbelakang Suaram mendedahkan bahawa Suaram selama ini beroperasi atas dana
yang meragukan iaitu dari pihak asing bagi melancarkan operasi dan misi
mereka.
Nampaknya,
dengan berpegang kepada prinsip ‘musuh kepada musuh kita adalah kawan’, Suaram atau
PR telah bekerjasama dengan pihak asing untuk mencapai satu matlamat yang sama
iaitu menjatuhkan kerajaan.
Apabila
bercakap mengenai ‘pihak asing’, nama yang sering timbul ialah George Soros dan
organisasi yang diterajuinya iaitu Open Society Foundations.
Dalam
isu scorpene, Suaram telah menggunakan dua peguam Perancis iaitu Joseph Breham
dan William Bourdon, seorang peguam hak asasi manusia yang terkenal. William Bourdon adalah pengasas Sherpa, iaitu
organisasi yang memperjuangkan isu ekonomi di negara-negara miskin. Sherpa pula ditaja oleh Tides Foundation dan
kedua-duanya menerima dana dari Open Society Foundation (OSF) yang dimiliki
oleh George Soros itu.
Tides
Foundation pula didapati telah menyalurkan dana kepada Suaram. Mengikut laman web mereka, Tides Foundation
adalah sebuah organisasi antarabangsa yang menyokong perjuangan berhaluan kiri
yakni yang menentang kerajaan. NGO ini juga menyalurkan dana untuk perjuangan
LGBT.
Maka
ini menjelaskan pengakuan Ambiga Sreenevasen bahawa Bersih juga menerima dana
dari OSF selain dari National Democratic Institute (NDI) kerana Ambiga
merupakan tunjang program Seksualiti Merdeka yang menjadi platform perjuangan
LGBT di Malaysia. Sekali gus,
membuktikan bahawa Bersih, seperti juga Suaram, adalah ditaja oleh Soros dan
didalangi oleh PR.
Untuk
pengetahuan, Anwar Ibrahim, iaitu pemimpin tertinggi PR mempunyai sejarah
pertalian yang jauh lebih awal dengan George Soros. Iaitu ketika krisis ekonomi 1997/1998.
Pada ketika
itu, Tun Dr. Mahathir Mohammad, sebagai Perdana Menteri Malaysia menyalahkan
Soros dan memanggilnya sebagai ‘penyangak mata wang’. Beliau yang telah bekerja keras menjadikan
Malaysia sebagai Harimau Asia begitu berang apabila ekonomi negara diserang
sehingga hampir ‘hilang kawalan’. Beliau
percaya yang ianya bukanlah sesuatu yang ‘semulajadi’ tetapi dirancang lebih
awal oleh pedagang matawang seperti Soros, atau terutamanya, Soros.
Tun Mahathir
enggan menerima saranan pemulihan dari IMF bagi menyelamatkan ekonomi
negara. Oleh itu, pihak barat telah
menggunakan ‘senjata’ mereka yang telah lama disimpan iaitu Anwar Ibrahim,
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan ketika itu untuk memastikan
matlamat mereka meruntuhkan ekonomi Asia, terutamanya, Malaysia berjalan
lancar. Ini dilaporkan secara terperinci
oleh Executive Intelligence Review, dalam tajuk The Case of Malaysia. (http://www.larouchepub.com/eiw/public/2008/2008_20-29/2008-27/pdf/75-77_3526.pdf)
Anwar diketahui
telah menjadi ‘kesayangan’ barat sejak beberapa tahun sebelum itu lagi.
Kunjungan beliau ke Amerika dan negara-negara barat lain selalunya disambut
dengan penghormatan tertinggi mengatasi penghormatan terhadap Tun Mahathir
sendiri dan ini sering menjadi tandatanya kepada dunia.
Sebagai Menteri
Kewangan, Anwar pun memaksa rancangan pemulihan ekonomi mengikut telunjuk IMF
iaitu menaikkan kadar faedah walaupun Tun Mahathir menentangnya. Ternyata, cara ini telah menyebabkan begitu
banyak perniagaan terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu membayar pinjaman
sehingga akhirnya bank juga tidak mampu bertahan kerana tiada yang mampu
membayar pinjaman dan tiada siapa berani memohon pinjaman. Oleh itu, dalam masa yang singkat, ekonomi
negara hampir lumpuh.
Menyedari situasi
yang semakin meruncing, Tun Mahathir pantas mengambil-alih teraju kewangan
negara dan mencari pendekatan lain untuk memulihkan ekonomi. Beliau akhirnya mengambil keputusan untuk
mengikat Ringgit sekali gus, menyahkan risiko diserang lagi. Dengan itu, ekonomi Malaysia dapat dipulihkan
dalam masa yang singkat sedangkan negara-negara jiran terus ranap setelah
menerima bantuan IMF.
Di waktu yang sama, Anwar semakin agresif dan tidak sabar
untuk menjatuhkan Tun Mahathir namun, kecundang apabila siasatan terhadap surat
Ummi Hafilda mengenai kegiatan homoseksual, salahlaku dan salahguna kuasa yang
membabitkan dirinya selesai dan mendapat perhatian Tun Mahathir yang sebelum
itu mengenepikannya. Siasatan lebih lanjut
dijalankan dan berakhir dengan pemecatan Anwar.
Sejak itu, tangan Soros yang memegang tali pengikat leher
Anwar semakin jelas kelihatan. OSF
memainkan peranan penting memburukkan imej Tun Mahathir dan menaikkan imej
Anwar di peringkat antarabangsa melalui media-media barat. Anwar dijadikan ikon demokrasi dan secara
tiba-tiba Tun Mahathir digambarkan sebagai kukubesi.
Rakan-rakan Soros yang lain, termasuk Al-Gore dan
Wolfowitz turut menghulurkan sokongan dan bantuan ketika Anwar di penjara,
keluar penjara, tinggal di Amerika dan sehinggalah kini, iaitu setelah beliau
kembali ke Malaysia dan aktif berpolitik.
Dana terus disalurkan kepada Awnar melalui Suaram, Bersih dan tentunya
berbagai-bagai cara lagi yang mungkin tidak mampu dibayangkan oleh kita, rakyat
biasa. Kerana itu, hidup Anwar dan
keluarga kekal mewah, parti PKR yang hidup segan mati tak mahu juga mewah
semewah-mewahnya dalam berbelanja untuk menghadapi pilihanraya.
Hanya orang-orang yang buta sahaja yang tidak mampu
melihat tangan Soros di leher Anwar dan tangan Anwar di belakang Suaram. Sama ada Soros sedang bersedia untuk mencium
atau mencekik Anwar, adalah bergantung kepada berapa lama lagi Anwar mampu
meyakinkan Soros yang beliau mampu berkuasa di Malaysia.
Persoalan
yang tinggal ialah, jika Anwar, PKR, DAP melalui Suaram dan Bersih menjadi alat
Soros untuk menghancurkan negara dan Islam secara langsung dan tidak langsung, bagaimana
pula dengan PAS? Apakah PAS tidak sedar
atau sememangnya tidak kisah lagi menjadi alat kepada Soros?
beruang biru
No comments:
Post a Comment