20.04.2012, Jumaat - Hari ini tiga badan bukan kerajaan atau NGO telah membuat laporan polis secara berasingan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak berhubung tindakan pemimpin pembangkang mempersendakan raja-raja Melayu ketika istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Balairong Seri Istana Negara pada 11 April lepas. NGO berkenaan adalah Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (DESMMA) dan Lembaga Pemantau Pengguna Islam Malaysia (LPPIM).
Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay memaklumkan bahawa pihaknya memandang serius perbuatan mempersendakan raja-raja Melayu dan pihak berkenaan perlu dikenakan tindakan tegas. Manakala Presiden DESMMA, Mohd Fazil Abdullah dalam kenyataannya memaklumkan perbuatan tersebut merupakan satu penderhakaan terhadap raja-raja Melayu selain menunjukkan pemimpin terbabit tidak layak memimpin rakyat.
Ketiga-tiga NGO itu juga turut membuat laporan berhubung demonstrasi membantah pinjaman perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN. Mereka meminta polis menyiasat peserta yang mengganggu kenteteraman awam.
sumber tengkusyah
sekarang ni sudah ada segelintir pemimpin/rakyat yang tidak menghormati dan sanggup mempersenda-sendakan Raja-Raja Melayu. di manakah adap orang Melayu kita sekarang ni? kalau dengan raja pun sudah biadap inikan pula dengan pemimpin-pemimpin yang lain terutama pada Perdana Menteri.
dikalangan rakyat jelata juga ramai kerabat-kerabat raja. jangan ingat mereka tak peduli tentang perkara ini. sekarang ni mungkin mereka boleh bersabar dengan kebiadapan yang belum terlampau. BB sendiri pun terasa juga kalau Raja-Raja Melayu ini dipersendakan. memang kurang ajar pada mereka yang berbuat demikian. kalau zaman dulu-dulu memang dah kena dah. daulat Raja-Raja Melayu ni jangan dibuat main-main!
No comments:
Post a Comment