semakin kencang angin PRU13 bertiup semakin gabra/gelabah pulak la si anwar. mana taknya, dia sudah ketandusan idea serta kehabisan modal politik untuk terus nak menipu rakyat.
semua janji-jani manis yang dilaung-laungkan hanya palsu dan merupakan pembohobngan belaka kepada rakyat. bermula dengan episod 16 september 2008, di mana ketua pembangkang ini dengan bongkaknya menjanjikan rakyat satu kerajaan persekutuan baru pada hari menyambut penubuhan Malaysia. sehinggalah hari ini, semuanya keluar dari mulut anwar itu adalah pembohongan semata-mata.
tak cukup itu, satu lagi pembohongan untuk memansuhkan pinjaman pendidikan PTPTN telah anwar lakukan. sekumpulan mahasiswa dan bekas mahasiswa yang jumlahnya dalam lingkungan 50 orang telah diupah untuk membuat kecoh di dataran merdeka. kununnya mereka ini memperjuangkan golongan mahasiswa sebenarnya boleh dikatakan pembuat kacau profesional yang dibayar wang untuk tujuan menimbulkan huru-hara.
mereka ini adalah juga kumpulan orang yang sama pada setiap perhimpunan haram dan demontrasi jalanan yang membabitkan pihak pembangkang. baik pada perhimpunan Bersih, mahupun demontrasi anti-ISA, ataupun perarakan tuntutan air selangor hinggalah gerakamn membebaskan anwar, adalah mereka wajah-wajahnya yang sama.
secara keseluruhannya, golongan mahasiswa ini tidak menyokong agenda politik kotor, sebaliknya kumpulan ini (pendemo) yang cuba menonjolkan imej sebagai jurucakap puluhan ribu warga institusi pendidikan tinggi. idea pemansuhan PTPTN datangnya dari anwar tetapi kelibat beliau sendiri tidak kelihatan untuk bersam-sama kumpulan tersebut di dataran merdeka. (atau sebenarnya malu untuk bersama-sama kumpulan tersebut kerana dikatahui penubuhan PTPTN itu sebenarnya juga adalah idea anwar).
anwar memperalatkan anak-anak muda berperang untuknya sehinggan meereka sanggup berkhemah dan tidur atas jalanan sementara ketua pembangkang itu enak tidur di atas hamparan baldu di rumahnya yang berharga jutaan ringgit.
inilah sikap hipokrit anwar yang perlu dilihat oleh rakyat jika mahu faham individu ini sebenarnya. anwar mengamalkan politik yang percaya semua orang boleh dikorbankan demi mencapai cita-cita peribadinya untuk menjadi perdana menteri. antara yang utama menjadi korban politik anwar adalah isteri, anak-anak dan keluarganya.
semenjak dari tahun 1998 hingga kini keluarga anwar dipaksa mengharungi pengalaman pahit dan getir disebabkan mahu mengejar impiannya ke putrajaya. kalau keluarga boleh dijadikan taruhan politik, apatah lagi budaj-budak universiti yang penuh idealisme dan semangat yang berkobar-kobar di dalam dada? memang mudah bagi anwar. taktiknya melontarkbn satu isu yang dekat dihati mahasiswa iaitu kos pengajian mereka ke universtit dan kolej.
anwar nmelihat isu ubu adalah modal terbaik untuk memproak-perandakamn masa depan mahasiswa dengab menyruh mereka berdemontrasi dan berdepan dengan risiko tindakan undang-undang ke atas mereka. apabilan bihak berkuasa mengambil tindakan, anwar akan mendakwa kerajaan zalim dan menindas pelajar-pelajar tersebut dengan harapan untuk meraih undi rakyat. tidak cukup itu dengan berkhemah untuk mendesak pemansuhan PTPTN, kumpulan mahasiswa ini juga mengaitkan tindakan mereka itu dengan perhimpunan Bersih 3.0 yang mahu diadakan pada 28 april 2012.
bukankah nampak jelas bahawa mahasiswa-mahasiswa ini sedang diperkudakan dengan sewenang-wenangnya oleh pembangkang bagi isu Bersih atau PTPTN?
mana perginya pemimpin pembangkan ini sewaktu mahasiswa-mahasiswa tersebut diambil tindakan oleh pihak berkuasa dan ada yang ditahan oleh pihak polis?
golongan mahasiswa yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada satu masa kelak seharusnya sedar bahawa mereka telah dipengaruhi untuk bermain percaturan politi pihak pembangkang.
bila-bila masa saja mereka ini boleh dikorbankan. dan bila tiba masa itu jangan harap pemimpin pembangkang akan membantu bila dalam kesukaran. mereka tidak menjaminkan apa-apa selain dari kepentingan sendiri.
wallahualam...
No comments:
Post a Comment