Monday, April 23, 2012

Semua Tuntutan Bersih Dipenuhi, BERSIH Kini Ingin Menuntut Putrajaya?

tuntutan Bersih 3.0 adalah lanjutan dari tuntutan Bersih 2.0. apakah sebenarnya tuntutan mereka itu?
senarai tuntutan Bersih 2.0 & 3.0 (sama je) :-

1. bersihkan senarai undi.
2. reformasikan undi pos.
3. gunakan dakwat kekal.
4. akses media yang bebas dan adil.
5. tempoh kempen minima 21 hari.
6. kukuhkan institusi awam.
7. hentikan rasuah.
8. hentikan politik kotor.

hampir semua tuntutan Bersih 2.0 ini telah dilaksanakan.

bersihkan senarai undi 
- SPR bersetuju untuk menguatkuasakan undang-undang sedia ada mengenai mereka yang memberi maklumat palsu ketika mandaftar sebagai pengundi. SPR JUga setuju untuk membersihkan senarai undi dan menyelidik berkenaan kes di mana terdapat begitu ramai pengundi di alamat yang sama.

reformasikan undi pos
- rakyat Malaysia yang berada di luar negara juga boleh mengundi melalui pos. walaubagaimanapun, SPR tidak akan menubuhkan stesyen mengundi di negar-negara luar kerana ia amat sukar untuk dilaksanakan. ini kerana setiap pengundi pos dari luar negara ini perlu berdaftar mengikut kawasan mengundi yang berlainan mengikut alamat mereka ketika di sini.

gunakan dakwat kekal
- awal tahun ini, SPR telah meluluskan penggunaan dakwat kekal.

akses media yang bebas dan adil
-SPR bersetuju mengambil langkah memberi akses meida secara adil kepada semua parti politik dan calon-calon bertanding. semua media perlu berdaftar dengan pegawai di kawasan undian  masing-masing dan permohonan mereka perlu diluluskan oleh organisasi media yang mereka wakili.

tempoh kempen minima 21 hari
- SPR telah bersetuju menambah tempoh kempen pilihanraya daripada 7 hari kepada 10 hari. 

jelas 5 dari tuntutan Bersih telah pun diberi perhatian. sementara tuntutan bersifat umum iaitu 6. kukuhkan institusi awam, 7. hentikan rasuah dan 8. hentikan politik kotor telah dans edang dilaksanakan oleh kerajaan secara berterusan dan dari dahulu hingga sekarang. dengan transformasi yang dilakukan, integriti institusi awam semakin menyerlah dan ini dapat dilihat sendiri melalui makulmbalas rakyat.

kesungguhan kerajaan menangani rasuah sudah pun terbukti dengan kes-kes besar di dalam imigresen, kastam malah pemimpin politik sendiri, disiasat dan ditangkap. semuanya berjalan dengan lancar dan profesional. hanya apabila kes melibatkan pemimpin-pemimpin pembangkang shaja maka siasatan mengalami gangguan, contohnya kes penyalahgunaan wang negeri oleh pemimpin DAP yang membawa kepada kematian saksi penting SPRM.

dari satu sudut, Bersih ni lahir dari politik kotor, justeru itu bagaimana pula Bersih ni nak tuntut supaya politik kotor dihentikan? Bersih didalangi oleh NDI iaiti agensi asing yang tugasnya ialah menjatuhkan kerajaan yang sah. ini diakui sendiri oleh ambiga sreevanesam, pengerusi bersih 2.0.

apa gunanya menuntut kempen 21 hari yang menjadi punca tragedi 13 mei 1969 jika ini tidak benar? ini adalah kerana Bersih ingin mengulangi tragedi itu, secara tak langsung mencetuskan huru-hara di mana ianya adalah strategi penting dalam menjatuhkan kerajaan sepertimana yang diajar oleh NDI.

tuntutan Bersih telah didengari, diberi perhatian, dipersetujui dan diambil tindakan swajarnya, apa perlunya berdemonstrasi pada 28 april 2012 ni? sudah terang lagi bersuluh bahawa Bersih ini hanya mencetuskan keekcohan dan huru-hara dalam negara. Bersih ini perlu bagi pembangkang sebagai alasan untuk menolak keputusan pilihanraya sekiaranya mereka kalah teruk dalam PRU yang akan datang.

sudah pasti, walaupun senagari undi benar-benar bersih dan negara benar-benar sifar rasuah sekalu pun, Bersih tetap akan menafikan dan mancari asalan untuk mengadakan demontrasi. jika mereka masih tidak dapat menjatuhkan kerajaan,  sudah pastinya mereka akan berterusan dengan senarai tuntutan yang sama berlanjutan ke Bersih 4.0, 5.0 dan seterusnya. jangan tak percaya.

tujuan utama pembangkang hanya kemenangan walaupun hanya dengan majoriti rakyat tidak mengundi mereka, maka pilihanraya itu akan diiktirafkan sebagai bersih oleh mereka.
 
---------

marilah ramai-ramai tolak Bersih kerana sebenarnya tuntutan mereka itu juga kan menyusahkan semua rakyat. dan ekoran dari himpunan Bersih 2.0 yang lalu ramai peniaga-peniaga mengalami kerugian. mereka berjanji nak buat secara aman tetapi apa yang jadi. huru-hara, haru-biru dibuatnya sampai ada yang meninggal dunia akibat diserang sakit jantung. kalau boleh janganlah terjadi perkara yang sama ataupun ada yang tercedera. mulut kata boleh kawal tapi kadang nafsu mengatasi segalanya (bagi yang kurang beriman kot). ~BB

No comments: