Showing posts with label misuari. Show all posts
Showing posts with label misuari. Show all posts

Tuesday, March 12, 2013

53 Mayat Tidak Wujud, Misuari!!?


ANWAR dan pencacainya dalam pakatan pembangkang bukan ikhlas sangat bila meminta setiap rakyat menyokong perjuangan pasukan keselamatan dalam menghadapi pencerobohan lanun-lanun Sulu di Lahad Datu, Sabah.

Maklum sajalah, ini kita cakap tentang undi pasti dari beratus ribu orang yang berkhidmat sebagai anggota tentera dan polis sekarang, hilang akal ke Anwar nak hentam anggota keselamatan secara terang-terangan?  Sebagai orang yang hanya beriman kepada undi dan jawatan Perdana Menteri, apa pun tindakan Anwar perlulah berpandukan kepada mood rakyat, kalau rakyat nampak menyokong, Anwar tak akan cukup gila untuk membangkang.

Ini sikap Anwar yang sebenarnya kalau ada orang tak tahu.

Tapi kalau disokong pulak, dilemanya rakyat akan bersatu dan mengundi BN.  Sebagai bekas pemimpin UMNO dan bekas Timbalan Perdana Menteri, ada banyak peristiwa lalu yang Anwar boleh rujuk, antaranya peristiwa 13 Mei 1969 bila mana rakyat yang bersatu selepas insiden tersebut, membawa kepada kemenangan BN antara yang terbesar dan paling selesa dalam pilihanraya umum 1974,

Ini yang paling Anwar bimbang sekali.  Sebab itu anjing-anjing Anwar macam Tian Chua, Khalid Samad dan CheguBard diarah untuk hentam pasukan keselamatan tapi dengan beralaskan kecaman terhadap kerajaan BN. 

Kononnya kerajaan BN gagal mengawal keadaan di Sabah sejak pencerobohan bermula, walaupun kita semua tahu yang mengawal situasi keselamatan di Sabah (selepas semua proses rundingan tamat) ialah pasukan keselamatan yang menjawab kepada DYMM Yang Dipertuan Agung sebagai pemerintah tertinggi, dengan kerajaan BN sebagai regulatornya sahaja.

Antara 3 nama itu, paling menjengkelkan sudah tentulah Tian Chua, tapi CheguBard juga tidak kurang sialnya.


Manakan tidak, CheguBard dalam akaun Facebooknya beberapa hari lepas, dengan sengaja telah menggunakan pembohongan dari akaun Facebook pemimpin MNLF, Nur Misuari (yang mendakwa kematian 53 orang lanun Sulu di Sabah adalah satu pembohongan oleh kerajaan), dengan niat untuk menghasut rakyat Malaysia supaya hilang keyakinan terhadap keupayaan pasukan keselamatan menghapuskan ancaman lanun-lanun tersebut. 

Tapi jelas kelihatan, cubaan halus CheguBard itu ditolak sepenuhnya oleh rakan Facebooknya sendiri yang tidak segan silu menempelak bekas guru tersebut sebagai tidak patriotik dan hanya menjatuhkan maruah bekas-bekas guru yang lain kerana keterlaluan mempolitikkan perkara sensitif yang tidak perlu dipolitikkan.  Dikala ada rakyat Malaysia di Sabah yang terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing untuk menyelamatkan diri dan keluarga, CheguBard lebih berminat bersekongkol dengan Nur Misuari dengan menyebarkan maklumat tidak berasas.

Untuk menambah perit kepada masa depan politik CheguBard, kerajaan hari ni membenarkan pihak media untuk mengambil gambar mayat 22 lanun Sulu yang ditembak mati anggota pasukan keselamatan sebelum ini.  Mayat-mayat itu hanya berjaya dibawa keluar semalam (Ahad) selepas pasukan keselamatan berjaya memasuki lokasi tempat mayat-mayat itu berada.
Ia ibarat malang berganda untuk CheguBard,  Tapi seperti biasa, najis berat seperti dia ini bukan berminat kepada kebenaran, sebaliknya bagaimana nak memutar belit keadaan supaya rakyat tidak cenderung keterlaluan menyokong kejayaan pasukan keselamatan dan seterusnya memberi potensi yang amat cerah untuk BN menang.

Rakyat perlu ingat, inilah orangnya yang bermimpi besar untuk membentuk kerajaan di peringkat persekutuan.  Rakyat perlu tolak orang seperti ini dan menunjukkan kepada mereka pintu keluar dalam pilihanraya umum akan datang.  Golongan keparat seperti ini perlu diingatkan batas-batas dalam berpolitik, jangan sampai melepasi sempadan yang ditetapkan.

STATUS FACEBOOK MISUARI TIBA-TIBA GHAIB???



Inilah akibatnya apabila terlalu ghairah ingin menunjukkan sokongan dan mengambil hati Anwar Ibrahim, akibatnya ‘posting’ yang sebelum ini diletakkan tiba-tiba hilang tanpa dapat dikesan. Saling tak ubah seperti perumpamaan popular mengenai biskut satu ketika dahulu ‘sekejap ada, sekejap tak ada’.

Ia berhubung tindakan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari yang secara tidak sengaja telah mengesahkan hubungan baiknya dengan Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim seperti yang di dakwa sebelum ini.

Misuari (yang mengaku masih memimpin MNLF, walaupun pada hakikatnya telah lama disingkirkan) nyata tersilap langkah apabila memasukkan di dalam entri laman sosial Facebooknya mengenai sokongan kepada Anwar berhubung dakwaan liwatnya.

‘We happy that the innocent are vindicated and that truth and justice should always prevails’ katanya yang merujuk kenyataan bapa kepada mangsa liwat Anwar, Azlan Mohd Lazim.

Menyedari akan kesilapan yang dilakukan itu, posting Misuari berkenaan kenyataan tersebut akhirnya ‘ghaib’ dari laman sosialnya tanpa sebarang alasan yang kukuh. Atau mungkinkah bekas gabenor Mindanao itu telah dihubungi oleh ‘orang-orang tertentu’ yang melihat posting tersebut seperti membuka pekung di dada?

Walaupun secara dasarnya ia bukan merupakan satu kesalahan namun secara prinsipnya ia berkait dengan hubungan rapatnya dengan Anwar. Tambahan pula agensi berita antarabangsa dan media asing turut melaporkan kenyataan dari unit perisikan tentera Filipina yang mengaitkan Anwar terhadap pencerobohan bersenjata di Sabah.

Malah kenyataan Misuari sebelum ini juga dilihat berbelit-belit, berbau propaganda dan penuh dengan tipu muslihat. Pada satu ketika, dia menafikan terlibat dalam insiden pencerobohan di Sabah namun di masa sama menyatakan akan menghantar tenteranya membantu pengikut Jamalul Kiram yang semakin tertekan di Sabah.

Tidak cukup dengan itu, Misuari juga turut mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang menurutnya ‘mendengar cerita’ kononnya kehadiran penceroboh adalah kerana jemputan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia.

Untuk rekod, bekas Gabenor Wilayah Autonomi Mindanao itu sebelum ini telah di tolak oleh rakyatnya kerana gagal membangunkan wilayah kelahirannya, malah turut dikaitkan dengan amalan rasuah dan didakwa hanya mengutamakan kepentingan diri.

Tun Mahathir ketika diminta mengulas mengenai Anwar berhubung isu Sabah mengatakan hairan bagaimana boleh terpedaya untuk percaya kepadanya semasa di dalam kerajaan suatu ketika dahulu.

“Dia (Anwar) penipu yang terbesar sampai saya pun tertipu. "Kononnya warak, kononnya boleh (kendalikan) usrah tapi buat kerja yang tak boleh diterima oleh orang Islam”.

Kesimpulannya sehingga kini, Anwar masih gagal menjawab beberapa persoalan yang menjadi tanda tanya sebilangan besar rakyat berhubung tragedi berdarah yang melanda negara ini.

1.     Mengapa Anwar ghairah berulang kali menyentuh soal Sabah akan hilang. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.

2.     Apakah yang beliau bincangkan semasa pertemuan dengan Nur Misuari sebelum itu?

3.     Menjawab berhubung dakwaan, terdapat pemimpin PKR lain yang turut menemui pihak tertentu di selatan Filipina.

4.     Dakwaan pencerobohan pengganas Sulu berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang, sebagaimana dilaporkan Reuters dan media Filipina.

5.     Pencerobohan tersebut dikatakan ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.